Sunday, December 25, 2011

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

Assalammualaikum..

Hari ini nak cerita pasal peribahasa
'Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat'
Ramai yang tak berapa nak setuju dengan peribahasa ini bukan?


Tadaa..ini aku bagi contoh..untuk menunjukkan..
Adala yang tak bersetuju..hehe..
Tujuan aku buat begini bukanlah untuk memburukkan sesiapa..
tapi, cuma untuk memahamkan sesiapa yang tak faham..
Aku dulu pun tak setuju jugak dengan peribahasa tu..

Seperti yang kita tau, orang dulu-dulu ney..
Suka berkias-kias..contoh, macam cerita Puteri Gunung Ledang tu..
Sultan nak meminang dia, tapi dia bagi syarat yang agak luar biasa..

"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat"
bermaksud orang yang berpegang kuat dengan adat tertentu.
sebagai contoh, anak dia melanggar pantang larang adat dalam Adat Perpatih <--contoh la..
Anak dia melakukan perbuatan sumbang.
Mesti la kena hukumkan? Jadi dia terima je la seadanya.
Sebab, anak dia da melakukan kesalahan.
Itulah yang cuba disampaikan berdasarkan peribahasa di atas.

Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah
Kata adat banyak kiasan
Ditunjuk dia tetapi bukan
Bergulung pendek panjang direntang
Tak faham kalau tak direnungkan
Usang-usang diperbaharui
Lapuk-lapuk dikajangi
Yang elok dipakai
Yang buruk dibuang
Kalau singkat minta disambungkan
Kalau panjang minta dikerat
Kalau koyak minta ditampal
Kalau bocor minta dibetulkan

"Sesungguhnya peraturan adat seperti yang dipaparkan di atas telah tersimpul dalam bentuk teromba yang pendek, namun ia boleh dihuraikan secara panjang lebar. Seseorang mungkin tidak faham tanpa merujuk kepada orang yang arif atau memikirkan dengan mendalam. Selanjutnya adat atau peraturan ini boleh dipinda atau dibuang. Sebaliknya adat yang baik perlulah digunakan dalam kehidupan. Sekiranya terdapat kekurangan maka adat itu bolehlah ditambah, diperbaiki atau diperkemas supaya kehidupan masyarakat adat lebih terjamin dan sejahtera. Sebenarnya peraturan atau adat dapat menjamin kebahagiaan manusia dalam kehidupan."

Diingatkan bahawa, peribahasa Melayu tu bersifat tersirat
dan bukannya tersurat. Peace V

Salam.

Sunday, December 4, 2011

What's happening right now?

Assalammualaikum.

Lama menyepikan diri dari dunia blog ney. haha.
Sebab, ada lagi kerja-kerja yang perlu diselesaikan
sebagai seorang pelajar.

Assignment-assignment yang tak lekang dek panas
oleh lecturer perlu disiapkan secepat mungkin.
Tak lama lagi nak final exam. haha.

Setakat ney alhamdulillah. Insyaallah berjaya jugak la
menyiapkan assignment yang diberikan.hoho.

Maaf la yer, aku letak banyak gambar kali ini. hoho

Yang ini la assignment Bengkel 1. Membangunkan sistem menggunakan C++ dan Oracle tak lupa juga SQL.

Salah satu fungsi dalam system aku. Customer viewer system. ahaks!

Yang ini serba sedikit coding C++.
a
Menjadi goalkeeper futsal Sukan Antara Fakulti (SAF)
Dapat no. 3 jew. Menjadi sejarah dalam Fakulti aku. First time dapat tempat. haha.

Membuat silap dalam Jurus 1 Malaysia masa Kem Gempur hari tu.

Menyanyikan lagu Negaraku~

Dapat bersalam dengan Dekan Fakulti. hoho

Berakhirnya Kem Gempur.

Itu je la yang nak dikongsikan. haha.
Maaf la kalau lambat loading tu ehh..hoho..

Salam :)

Tuesday, November 29, 2011

Beza Tutup Aurat dan Bungkus Aurat

Apa beza tutup dgn bungkus..
Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:

Aisyah: Ahmad, cuba teka aku tengah BUNGKUS apa?

Ahmad: Alaaa, nasi lemak.

Aisyah: Aik? Mana kau tau?

Ahmad: Aku nmpk nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tau ko memang jual nasi lemak.

Aisyah: Ok2. Cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit?

Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la.

Aisyah: Ha? Macam mana kau tau ni?

Ahmad: Tengok bentuk & saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi.

Aisyah: Pandainya kau ni.

Ahmad: Bukan aku yang pandai, kau yang tak pandai. Haha.

Aisyah: Ceh. Malas la soal.


Situasi 2:

Aisyah: Ahmad, cuba teka aku TUTUP apa dgn tudung saji ni?

Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?

Aisyah: Salah.

Ahmad: Telur dadar?

Aisyah: Salah lagi.

Ahmad: Karipap?

Aisyah: Salah jugak.

Ahmad: Fail MQA?

Aisyah: Ish. Lagi la salah.

Ahmad: Abis tu apa? Mana la aku nak tau apa yang kau TUTUP tu.

Aisyah: Nasi lemak laa. Cuba teka banyak ke sikit?

Ahmad: Ceh. Mana aku nak tau. Malas la jawab.


Maka pilihlah TUTUP.... :-)

Wednesday, November 23, 2011

That's not my name

Assalammualaikum.

Lama giler tak blogging. haha.
So, apa khabar semua rindu aku tak?
tak payah nak rindu sangat la kan. haha.

Agak busy minggu ini sebab da masuk
separuh masa kedua kuliah. *macam bola pulak*
terus masuk ke tajuk hari ini.

Aku ada masalah dalam menyebut huruf R.
Nama aku kan Izzar.
So, bila aku bagi tau nama aku Izzar.
Orang akan dengar sebagai
Izzat, Izhar dan sewaktu dengan nya.
That's not my name ok? haaha.

Benda ney berlaku setiap kali orang tanya nama aku.
Maka, aku pun mengajar mereka dengan mengeja nama aku.
I -Z-Z-A-R.
Mereka-mereka akan cakap macam ney.
"Ooo, IZZAR.."

Aku pun macam, what the hell.... =.=
Itu la apa yang aku bagitau dari tadi. hadoi.
Tapi, apa-apa pun aku tak salah kan mereka.

Itu je la untuk kali ini.
Bosan, nak study tadi tapi, tak dapat buka pulak
Note kat system tu. Memang tak nak bagi aku study kot. haha.

Salam :)

Friday, November 11, 2011

3 Hari

Assalammualaikum.

Hye, everybody. hehe.
Aku da sampai kat Melaka da. hoho.
Penat betul. huhu.

Just nak update seringkas yang boleh.
Sebab, aku takda idea nak taip ape.
tapi, nak buat entry jugak. haha.

So, apa yang 3 hari ney?
3 hari aku akan masuk ke kem gerak tempur.
bermula Jumaat pagi, sampai la Ahad pagi. baru balik.
harap benda yang menyeronokkan la berlaku.

so, untuk itu akan menghilangkan diri kejap
dan insyaallah akan balas jejak korang secepat mungkin. huhu.
ada gambar untuk dikongsikan. hehe

Hoyeah. Memperkenalkan ini Maya dan aku.
Hari Rabu hari tu. aku dapat berjumpa dengan Maya yang aku kenal kat Facebook.
First time jumpa, so, aku rasa malu sikit nak bercakap. haha!

Dan yang ini.
Dua babe baru aku. Terpaksa meninggalkan mereka untuk 3 hari.
warghhhhh~!
Jaga diri baik-baik. huhu

ok la itu je la. Salam :)

Monday, November 7, 2011

Raya di Perantauan

Assalammualaikum.

Hoyeahh. Sudah sekian lama, aku membiarkan blog ini sunyi.
Tapi, masih ada lagi yang sudi berkunjung.
Terima kasih. hehe.

Apa-apa pun sekarang aku tengah bercuti.
Lokasi sekarang di Putrajaya Presint 16.
Rumah abang aku. Bosan. Abang aku pergi kerja.
Aku duduk rumah. Online.

Korang nak dengar lagu tak?
Tak nak? Tak nak sudah. Takda paksaan.
Lagu ney sebenarnya assignment Audio kitorang.
Bukan suka-suka nak buat. haha.


Amacam dah dengar?
Ok tak? haha.
Buat lirik satu malam, besoknya record and submit.
Buat lagu tu lama jugak la. Seminggu kot kawan aku buat.haha.

Tapi, sedih la sikit.
Aku takda menyumbangkan suara sangat.
Ada tu ada. Tapi, tak dengar sangat. haha.
Kalau ada pun, mesti lagi sumbang lagu ney. hahaha.

Lepas ney, assignment Video + Animation plak.
Bakal busy jugak lepas cuti nanti. adei.
Tambah-tambah dengan report, ulasan, projek, presentation.
Sakit kepala.

Salam dan Selamat Hari Raya Aidiladha semua :)

Tuesday, November 1, 2011

Di Tag oleh blogger.

1. Dalam banyak-banyak hati , hati apa anda makan ?
- saya makan hati ayam je. hoho

2. Kalau terjumpa maknyah , anda ?
- menyapa beliau. "hai nyah" hehe

3. Kalau anda tersesat dalam hutan tebal setebal 4 inci , anda ?
- keluar dari hutan tersebut. haha

4. Ada seekor katak boleh bercakap, dan meminta anda menyiumnya , anda ?
- jangan harap aku nak cium ko katak. haha

5. Kalau diberi pilihan, mana satu anda pilih ? camera DSLR, laptop atau hp blackberry ?
- nak semua boleh? haha

6. Kalau anda cirit birit di offis , anda ?
- pergi tandas la. ini pun nak tanya jugak ke?

7. Sedang asyik makan , tetibe anda terkentot , anda ?
-  sila baca post aku yang ini "Kentut" Jangan gantikan U kepada O". :) berbalik  kepada soalan, kentut dengan sepuasnya. hahaha.

8. Kalau ada jejaka/wanita masuk minang anda , apa reaksi anda ?
- terharu.

9. Kalau anda gagap, anda ?
- tak kesah. :P

10 . Antara duit , handphone , kereta, rumah dan pasangan , mana lebih penting ? pilih satu!
- Duit. $$
11 . Kalau saya di depan mata ANDA , anda ?
- Belanja makan pizza. hahah!

ditag oleh Cik Nana.
1. Mana ko lebih suka, ayam goreng ka ayam kicap?
- ayam kicap. my fav dish :)
2. Kenapa kulit Mokgobja hitam?
- tak tau plak aku kulit dia hitam. literature english ney kan "Looking for A Rain God"

3. Berapakah panjang Banjaran Titiwangsa?
- Demn. Geografi wa C derr. =.=

4. Kalau Drogba dan Messi main seremban. Agak2nya siapa menang?
- Mesti la aku. Aku lagi terer main. haha.

5. Berapa ekorkah semut yang anda pijak sepanjang tahun ini?
- Aku rasa, semut takda ekor. hehe

6. Betul ke Steven Gerard minat SNSD?
- Eh, betol ke Frank Lampard minat MAX 24/7???!!!

7. Dulu ko study kat Sekolah menengah mana?
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau.

8. Ko tak rasa ka aku penat taip soklan ni?
- seriusly. aku rasa. =.=

9. Ko suka tak jawab soklan aku ni? Jawab jujur. Kalau tipu bisul punggung.
- Boleh la. tapi, aku prefer kalau ko tak soal. haha.

10. Ko pernah minat kat classmate sendiri ke?
- Banyak kali. haha.

11. Ko rasa aku ney hot ke gay?haha.
- super duper hot & gay. let's gay together. haha!

ditag oleh Nisa Gay
1. Which one do you prefer to follow? Blog with simple deco but with awesome entry OR blog with cute stuff but has nothing?
- Of course. Simple & Awesome!

2. Do you like wearing yellow?
- Never try to wear one. So, I don't know. haha.

3. Straight or curl hair? which one suit me?
- Straight I guess. ;)

4. What the difference between CONTEST, GIVEAWAY and SEGMEN?
- Isn't it obvious? Their names. hahah! JK~ Contest you have to answer question. Giveaway, do nothing and hopes for luck. Segmen, do some entry that related to the segmen. I think.

5. Love chocolate? What brand?
- Yup. Toblerone, Ferrero Rocher, and one that I already forget its brand.

6. Like or dislike my blog? let me know.
- For now I'm liking your blog. haha. Simple and easy to load. 

7. Single, taken, engaged, married or divorce?
- Single.

8. Like milk?
- Of course.

9. Are you seriously answer all my question that I gave to you?
- Do I look like playing around? sigh* :P

10. Are you afraid of something? name it..
- Err, I don't know.

11. Would you like to keep in touch with me by shouting me when you update my blog?
- It's my pleasure :)

ditag oleh Ayien Ocaca

P.S___: itu je la. malas aku nak tag orang dan buat soklan. haha! Selamat Hari Raya Qurban semua. Tahun ney adalah tahun ke 3 sambut raya qurban di tempat orang :)

Monday, October 24, 2011

Kemalasan Melanda

Assalammualaikum.

Lama nya tak update blog. hoho.
Sejak akhir-akhir ney aku malas nak update blog.
Sebab, terlalu rajin membuat kerja last minit.
Oleh sebab itu, aku malas update blog. tak sempat. haha.

Dengan assignment bengkel 1 lagi.
Lepas tu, buat assignment Maya. Alhamdulillah da hantar.
Then, aku tolong kawan buat dorang punya bengkel 2.
Alhamdulillah jugak da selesai.
Bengkel 2 tu, aku kena belakon. seriusly penat. haha.
Tapi, enjoy jugak la.

Barisan pelakon lelaki. hensem bukan? haha

Makan besar. Selepas penat mengambil penggambaran. 

Assignment-assignment ney.
Buatkan kitorang budak-budak sama course ney.
Jadi rapat. hoho.

Yang ney, assignment maya aku. Bunga dan pasu tu aku buat dengan bantuan kawan aku. Meja tu copy & paste. hahah!

Rabu minggu lepas. aku pergi negeri Sembilan.
Buat projek hubungan etnik kat Muzium Adat.
Nak ketahui lebih lanjut pasal Adat Perpatih. hoho.
Jumpa pegawai dia plak, orang Sabah. Jauh dia merantau.

Dan tadi aku pergi pejabat pos.
Untuk ambil barang yang datang nya dari Sarawak. hoho.
Terima kasih Cik Aida. Cantik dan aku suka. haha!

 Aku tak tau apa nama benda ney. haha.

Aku dapat sebab dapat teka dengan tepat.
Soalan teka-teki Cik Aida tu. hoho.

Itu je la. terima kasih kerana membaca.
Salam.

P.S.___: sape nak kasi aku hadiah lagi ney? hoho

Wednesday, October 19, 2011

#WW : Seluar Dalam Superman??!






P.S__: Gambar ney aku ambil masa kat Johor tu. HAHAHA! Aku ingat kan seluar dalam superman yang kaler merah tu. Ada sapa-sapa nak beli? Call la nombor tu ye. haha

Tuesday, October 18, 2011

Everything Happen For a Reason.

Assalammualaikum.

Yes it is midnight. *2:51 AM is this still call midnight?*
So, it is time for me to write in English. haha.
I don't know why, the only time I can write an English entry is on midnight.
Okay, enough with this craps introductions.

So, do you believe everything happen for a reason?
Well, of course I do believe that.
Everything that ever happen to me, teach me and create who am I right now.


Sometimes, people come to your life and break your heart.
If they break your heart, forgive them. Because of them, you learn
about trust and the importance of being cautions to whom you
open your heart.

Sometimes, things happen to you at the time that may seem horrible,
painful and unfair, but in reflection you realize that,
without overcome those 'walls' you would never realize your potential,
strength and will power of heart.

I want to thanks to people who comment and give some advice on my entry title "What I've Done?".
Those comments really give me something to think back again.
And because all of those comments I'm really move on.
The past that I've been regrets, there is no more.

Now, when I look back to my past.
I won't regrets it.
I will smile thinking of that and those memories.
And talking to myself saying "Why am I being so stupid?" then I laugh. haha.

I'm grateful those thing happen to me.

Well, if you ever read my entry title "Ini Cerita Aku | Pengalaman Aku".
Me and A *not a real name*. Basically we are friends now.
No more fighting. haha.
But, Me and B *also not a real name*. She already forgives me. *I hope so*
Well, B also my course-mate here.
We don't talk much and avoiding eyes contact if possible.
Even, if I see her, I'm just look somewhere else or just look down.
It is awkward for me and so does for her. *I'm sure you know how feels it is right?*

Just hoping she will finds someone better than me.
She deserves it. :) *well, everyone deserves it*
So, my advice.  Don't fall in love with your classmate!

“I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together.” 
-Marilyn Monroe-

Monday, October 17, 2011

Trip ke Johor.

Assalammualaikum.

Hello everybody.
Semua sihat ke?
Maaf la lama menghilangkan diri. haha.
Rindu aku tak?
Hari Khamis yang lepas tu, aku pergi ke Johor.
Tinggal kat rumah makcik kawan aku kat Pontian Johor.
Kat sana takda line broadband Celcom.
Kecewa giler aku. huhu.

Buat apa aku pergi Johor?
Of course la menyemakkan diri. haha.
Aku da bagitau jugakkan.
Ikut kawan-kawan aku buat projek Hubungan Etnik tentang zapin.

Rumah makcik kawan aku tu, seriusly macam hotel.
Ada aircond, heater untuk mandi air panas.
Dan tandas dalam bilik. Awesome. hoho.

Kat Johor tu, sempat pergi jalan-jalan kat Jusco Tebrau.
Pergi kedai Machines(nama kedai tu) main dengan Ipad 2. hoho.
Sepanjang kat sana, aku dapat tengok gak persembahan kuda kepang.
Menarik jugak la.


Banana Split. *yummy* ^^
Lepas tu, ada jugak singgah makan kat Singgah Selalu, Danga Bay dan Angsana.
Kitorang tak dapat nak tengok tarian zapin kat stadium apa ntah nama dia.
Sebab, kitorang sesat jalan. huhu.
Jalan kat Johor memeningkan, even kawan aku yang orang Johor tu pun.
Tak pasti sangat tentang jalan dia.

Singgah Selalu, Danga Bay.
Tak dapat tengok persembahan zapin,
kitorang pun pergi la UpTown, window shopping.
Terbeli lak satu beg. hahah.
Kat Stesen Kereta Api Kluang.
Semalam, sebelum balik tu.
Kitorang singgah kat Kluang. Stesen kereta api tu.
Dorang kata kopi dia sedap.
Tapi, bila aku dengar yang kawan aku cakap.
Kopi kat sana ada gelatin Bab!. Masuk paper lagi dulu.
Walaupun itu dulu, tapi aku rasa was-was.
Tak boleh jugak kan nak minum. huhu.

Bergambar dengan Persatuan Penggiat Zapin Johor.
Time dorang pergi kat Persatuan Penggiat Zapin Johor.
Dapat jugak la aku ilmu sedikit. Dengar sejarah zapin tu macam mana.
Zapin tu ada 18 jenis. Korang tau tak? aku baru je tau. haha.

Sedang berehat sekejap. ^^
Then, sempat jugak belajar.
Asas Zapin Tenglu.
Agak susah bagi aku. Yela, badan keras kan. haha.

So, sekarang baru la dapat online.
Semalam penat sangat, tak larat aku nak online lama-lama.

Ok, sampai sini je.
Nak balas jejak korang plak. hoho.

P.S.__: Kenapa gambar aku sikit? aku tak suka bergambar sangat. Takpe la aku kenalkan kawan-kawan aku je la ehh. hahaha!

Thursday, October 13, 2011

Kura-Kura Dah Sampai. Hoyeah!!

Assalammualaikum.

Bzz..bzz..bzz *bunyi handset begetar*

Aku : Hello?
En. Rashid : Assalammualaikum, Mohd Izzar ke ne?
Aku : Waalaikummussalam. Ya, saya.
En. Rashid : Saya En. Rashid felo kolej kediaman Murai. Sila datang ke pejabat sekarang. Ada barang pos laju untuk awak.
Aku : Ouh, ok. Terima kasih.

Maka, aku pun bergegas la ke pejabat.

Tadaaa! bungkusan dalam pos laju tersebut. hoho.
Setelah di buka bungkusan tersebut.

Kura-kura dari Cik Syima Simanis da pun sampai dengan selamat nya. hoho.
Apa-apa pun terima kasih Cik Syima untuk kura-kura itu.
Mesti Wadi AR jeles ney aku dapat kura-kura. hahahha!

P.S___: Petang nanti nak pergi Johor. Nak menyemak ikut member-member aku buat projek HE dorang pasal Tarian Zapin. Hoyeaahhh!

Happy? Sad? Angry? Surprise?

Assalammualaikum.

Ouh, aku tak jadi nak pegi Negeri Sembilan semalam. hoho.
Yela, macam tak sempat pulak dengan masa yang sekejap tu.
Dengan ada kelas lagi keesokan pagi nya.
So, di tunda ke next la pulak.

Ouh, semalam.
Ada kuiz Computer Animation.
Aku da takut da tak dapat jawab.
Last-last dapat kertas soalan.
Dengan gembira nya aku jawab. hahha!

Aku harap boleh dapat full mark. hahah!
Soalan suruh buat expression muka.
Jadi aku buat je la macam ney. aku bukan nya terer nak lukis.
Kalau Cik Kaja tu mungkin tutup sebelah mata je kot. hoho.
Cik Kaja ajar saya melukis. *sambil buat muka comel*

P.S___: Maaf, tak dapat balas jejak kat shoutbox tu. busy. huhu

Critical And Creative Thinking

Assalammualaikum.

Miss me? hoho.
Okay, I'm not gonna talk write about what is Critical and Creative Thinking.
It just I'm taking this subject, this semester.
It is quite boring. =.=

But, this morning.
My lecture talk about something that made me think.
So, I wanna share it with all of you.
Who is reading my blog of course.

Why don't you try it also.
First, close your eyes *after reading this instructions of course*
Then, imagine your face while closing eyes.
Did you see your image clearly or blurry?
For me I just can see about 50% of my own image.

Second,
after imagine your own image.
Try to imagine people that your love.
It doesn't matter who.
Your bf, gf, mom, dad even your best friends.
Try imagine their image while your eyes close.

Did you see their image clearly?
Me, just 70%.*just randomly guessing.haha*


So, that is why some people says,
you can see yourself with your loves one.
because you love them more than you love yourself.
That is what my lecture said.

P.S___: Yes, I know there might be some grammar error or what so ever. But feel free to correct them. Really appreciate it. Thanks :)

Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Merepek


Besok habis kelas pukul 1 petang.
Lunch dulu, dalam pukul 2 petang terus pegi Negeri Sembilan.
Buat projek hubungan etnik tentang adat perpatih.
Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit.*mungkin*
Ulang alik.
GG! =.=

Monday, October 10, 2011

Moon Ring

Assalammualaikum.

Semalam ada fenomena Moon Ring.
Korang ada tengok tak?
Aku tak tau sangat pasal fenomena ini.
Just, kawan aku bagitau sama ada aku tengok bulan tak.
So, aku keluar la sekejap.

Cik Bulan tu, betul-betul di bawah rumah aku. *rumah kediaman UTeM*
Perghh, cantik siot.
Aku cuba untuk ambil gambar, tapi.
Ring bulan tu tak nampak.

Jadi aku ambil gambar kat Facebook je la. haha.

awesome!!!

Ouh, ada yang tak dapat pasal gambar dalam entry yang sebelum ney.

before.

after.

Awesome kan? hoho.

Salam :D

Saturday, October 8, 2011

Korang tau tak?

Assalammualaikum.

Haa, korang tau tak.
Mesti la tak kan.
Nak bagitau la ney.

Aku format laptop aku,
dari Windows 7 - XP - Windows 7 balek.
Asalnya laptop aku guna Win XP, tapi bila guna XP.
Jadi slow pulak.
Lepas tu, certain flash media tak boleh nak buka.
Format balik ke Win 7.

Paham tak gambar kat atas tu?
Tak paham.
Meh, aku terangkan.
Facebook berubah, lepas tu banyak la manusia komen.
"Wey, Mark Zuckerberg apa ney asyik-asyik ubah. Pening aku. "
Lepas beberapa minggu, da biasa guna da.
The moral of the story.
Get used to it people! Stop complaining.
Things do change so, do people. hehehe.
*merepek je*
Kalau tak nak berubah, pergi la
Myspace ke, Friendster ke, Twitter ke dan lain-lain.

So, akhir kata.

Get it? No?
Well, find it yourself. haha!

Salam :)

What I've Done?

Assalammualaikum.

Hello, readers and stalkers as well :)
The clock on my desktop show, it is already 1:45 a.m. *when I start typing this entry*
Why this entry in English?

This is because...
Currently something in my head or I'm in emotional mood. haha
And I don't know who to talk with. So, I write it here.

Sometimes, I don't like this kind of feeling but..
It makes me think. How would my future would be? *still thinking*
Sometimes, I think about my act in the past.
There is too much regrets I've done.
I wish, I could go back and make things right. *which I've done wrong*
Well, past is past. We should move on.

Move on is not hard.
The hardest part is to left behind all once were yours.
But, life must goes on and I'm happy with it :)
So, looking forward to future now.
*not really, sometimes I look back the old good memories I had*

I still remember, when I broke up.
I wrote my status (Facebook, of course) in English. *broken heart status*
Then my friend said this to me.
"Why won't your girlfriends break up with you when you are taking MUTE test. Surely you will get band 6"
I laugh hard at what he said to me. haha!

I try hard not to remember what I've done wrong in the past.
But, the memories still lingering around somewhere in my head. *i hate this*
What I've done? *suddenly Linkin Park song pop-up in my head. haha*
That is a long story.
So, I think that's all for this entry.

What I've done,
I will face myself,
To cross out what I've become,
Erase myself,
And let go what I've done.

For what I've done,
I start again,
And whatever pain may come,
Today this ends,
I'm forgiving what I've done.

Linkin Park - What I've Done lyrics :P

Thursday, October 6, 2011

Merepek :)

Assalammualaikum.




Lukisan kreatif lagi sengal dari cik Nana. haha.
Aku tengok lukisan beliau ney cute. *yake dia yang lukis? haha*
So, itu la aku letak dalam entry kali ni.
sebab aku pun tak tau nak cerita apa. hurm.


Nak cerita pasal makanan.
Aku bukan la kaki makan macam cik CTK.
Lepas tu, sape la nak bagi aku makanan free kan. haha. *lapar la plak*


Besok hari Jumaat. aku takda kelas.
Tapi, nak buat proposal balik. sebab, kena reject.
Tajuk aku terlalu luas. Supervisor aku suruh kecilkan lagi scope.
Beliau suruh aku tumpukan pada Database, Function system and print result. hoho.


Alhamdulillah. dapat supervisor yang baik.
Berbanding dengan kawan-kawan aku yang lain.
Semua demand tinggi. hoho.


Ouh, entry yang sebelum ney Budak BITM.
BITM stand for Bachelor of Interactive Media. :)
*eh, yake? bedal saja la. haha*

Aku yang mana?
Yang berdiri. No.2 dari kiri korang. jumpa?
Hensem kan.? hahahha.


Ok la babai. hoho.
Salam

Wednesday, October 5, 2011

#WW : Budak BITM


P.S.__ : Open-house Universiti 2 minggu lepas. hahaha!

Saturday, October 1, 2011

Maya Autodesk | Animation

Assalammualaikum.

Seperti yang korang tau. *kalau tak tau nak bagitau la ney*
Aku adalah student dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Ambil course Sains Komputer (Media Interaktif).
Ramai yang tanya apa ke benda nya Media Interaktif tu.
Aku tak tau jugak nak explain panjang-panjang.
Terus jew cakap buat macam Upin - Ipin tu. haha.

Tapi, sebenarnya tak jugak.
Start batch aku. Semua student Sains Komputer.
Akan belajar benda yang sama.
Keluar bekerja nanti. Tak kisah la.
Ambil Networking ke, dia boleh jugak bekerja jadi
Animasi Kordinator.
Begitu jugak la course aku Media Interaktif, bole jadi
Programmer.
Dan sebagai nya yang berkaitan dengan Sains Komputer.

Semester 3 ney. Aku ada ambil subjek Animasi.
Memang mencabar la. Di tambah lagi.
Dengan laptop yang Old School ney. *tapi masih berbakti*
Tak dapat la aku nak mem'polish'kan skill menggunakan Maya Autodesk.
Sebab, laptop tak power nak angkat Software tersebut. huhu.

Yang ini print-screen lab excercise hari tu.
Bukan aku yang buat ney. haha.
Yang ini kawan aku punya kerja. Al-Hafiez nama beliau.
Aku dapat buat bilik dan pintu dia je.
Langsir, Kerusi dan Pasu tu.
Tak lepas lagi. adei.

Yan ney contoh Animation yang da siap la.
Da siap animate segala bagai. hoho.
Pixar Jr. cute kan? hhaha

Friday, September 30, 2011

Proposal da siap!!

Assalammualaikum.

Alhamdulillah.
Proposal untuk bengkel 1 aku semester ney da siap.
Da hantar da pun.
So, harap-harap tak kena reject.
Kalau kena reject, masak la aku nak buat balik lagi.

Da la semalam aku buat aku tak tidur sampai pukul 2.30a.m.
Sebab, nak buat proposal je.adei.
tak buat system dia lagi. tak tidur barangkali.

saje nak bagi korang tengok. haha

Rasa macam nyesal lak amik tajuk begini.
Harap takda apa-apa masalah la nanti. huhuh.
ok, bai.

Thursday, September 29, 2011

Miss Ass-ignments

Assalammualaikum.

hoyeah.
da start busy dengan ass-ignment.
bukan gembira tapi, excited. haha.
tension buat ass-ignment tu tak da lagi.
jadi boleh la aku bergumbira. hoho.

1st ass-ignment.
kena buat proposal pasal bengkel 1.
bengkel 1 ney, mengkehendaki aku untuk buat
satu system database menggunakan Oracle C++.
aku dapat tajuk Agriculture. *ini ass-ignment individu*
so, nak buat system pasal penjualan anak pokok. *simple*
tapi, apa yang aku nak letak dalam system tu,
masih difikirkan. adei.

2nd ass-ignment.
Hubungan Etnik.
Proposal da diterima.
tajuk group aku ada kena mengena dengan adat perpatih.
so, aku akan pergi Negeri Sembilan minggu depan. hoyeahh!
Inysaallah kalau takda halangan.

3rd ass-ignment.
Audio & Video ney.
takda buat proposal, terus buat jew.
ada 4 tajuk di beri. kena pilih.
1. Public Service 2. Organization 3. Product 4. Trailer
Group aku pilih Product kot. tak pasti.
Tapi, video tu nanti nak kena intergrate dengan Animation. *arghhhh*
takda idea lagi.

Last but not least.
Insyaallah. kalau ada duit lebih.
aku akan menyemakkan diri mengikut rakan-rakan aku
ke Johor untuk buat ass-ignment mereka iaitu tarian zapin.
hoho.

rasa macam seronok pulak buat ass-ignment ney. hahaha!


Wednesday, September 28, 2011

Namewee Dan Nasi Lemak 2.0


Dah tengok video di atas?
Kalau dah bagus la.
kalau belom tengok la. hoho.

Secara keseluruhannya, dia marah.
Sebab, ada penulis Utusan Malaysia tu.
Komen negatif pasal filem dia dan penulis tu tak nak tengok filem dia.
Wajarkah begitu?
Semua orang tau.
Don't Judge Book by Its Cover.
Da baca, da tengok isi dalam dia.
Baru kita cakap.

Tapi, apa yang Namewee cuba sampaikan.
Ada betulnya jugak. Kita fikir-fikirkan la.

Everyone deserve a second chance.

Kejahatan orang kita ingat,
tapi, kita tak pernah nak ingat kebaikan yang orang tu pernah buat. :)


#WW : The Next Maru?






P.S.__: aku busy minggu ney dengan proposal Bengkel 1. =.= nanti balas jejak korang. huhu

Tuesday, September 27, 2011

Cat Itu Kucing.

Assalammualaikum.

Setelah entry yang SURPRISE! tu.
Adakan kucing beranak kat beg laptop aku.
Beliau da selamat aku pindahkan ke dalam kotak.
Dan di jadikan binatang peliharaan jiran sebelah.
Sebab, jiran sebelah nak sangat. bagi jewla.
Rupanya jiran sebelah tu ada beli Whiskers.

Patut la kucing-kucing berlegar-legar kat area rumah kitorang.
Beg laptop aku pun da selamat aku letak kan ke dalam tong sampah.
Dan baju aku, aku dermakan dengan keluarga kucing tersebut. huhu.







Monday, September 26, 2011

Tension.

UTeM bus management su*ks.
terutama bus pegi Murai Jaya.
aku tunggu dari pukul 4 p.m. 5.30p.m baru ada bus.
sekali dua kali boleh di maafkan.
tapi, masalah nya ne da masok minggu kedua macam @#$%^&*(

ok la bai.

Sunday, September 25, 2011

Surprise!!!

Assalammualaikum.

Warghh, penat nya la plak hari ini.
Semalam aku pegi KL bersama 3 orang kawan yang lain.
Lutfie, Afif dan Akim
Pergi open-house kawan aku, Atikah nama dia.
Kitorang tak bagitau, sebab nak buat SURPRISE! *konon-kononnya*
Selain dari tu, ambil printer Akim kat rumah abang dia.
Di Sri Kembangan.

Disebabkan nak buat SURPRISE! kitorang terpaksa
menunggu sorang kawan ney Qma, dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari.
Yeahh, memang SURPRISE!
Qma pun terkena SURPIRSE! gak sebab dia ingat yang Akim tu
datang sorang jew.

Lepas tu ada SUPRISE! lagi.
kitorang ingat open-house Atikah tengah hari.
Rupa-rupanya 5 petang.
Memang SURPRISE! la.

Kat KUD tu, ada auto-show gak. aku amik gambar ne jew.

Nasib la baik.
Kat Putrajaya tu ada expo KUD.
*Karnival Usahawan Desa*
Makan tengahari kat situ.
So, try makan Laksa Sarawak dan Nasi Tumpang.
Cik CTK saya da try Nasi Tumpang. Sedap gilerr. haha.

figura ben10 nak beli tapi cam membazir lak.
Jalan-jalan menghabiskan masa dekat OU. *One Utama*
Masa tu memang penat sangat dan lapar.
Sesuai untuk pergi open-house. hoho.

Penat tawaf OU
Pergi open-house Atikah.
Sate dan Popiah menjadi pilihan.
Sebab, sedap sangat.
Entah berapa round kitorang makan.
Sampai perut pun da kembang.

Sate.
SURPRISE! tak habis lagi.
Aku teringat housemate aku, Taufik.
*macam la korang kenalkan aku letak nama*
Birthday dia. So, timbul rancangan jahat. hehe.
Aku beli tepung dan McD Cheese Burger.
*nak beli kek, membazir plak*

Sampai rumah. Buat drama sikit.
Kemudian,
Singgah la tepung + telur ke badan dan kepala Taufik. haha.
Memang makian singgah kat aku la.
Orang elok-elok da mandi, aku bagi kotor plak.

Bila aku da buat SURPRISE!
Orang dekat rumah pulak buat SURPRISE! kat aku.



SUPRISEEE!!!!

Boleh pulak kucing tu beranak kat bilik aku. huhu.
Kat atas beg laptop aku pulak tu.

Aku da trauma dengan SURPRISE!! ne. =.=

Saturday, September 24, 2011

Single tu Sunyi?

Assalammualaikum.

Terdetik di hati untuk membuat entry ini.
Selepas buat entry yang semalam tu. *sila klik sini kalau nak baca*
Ada seorang blogger tu tanya soalan.
*aku rasa dia berpengalaman tu yang dia tau tu*


Ini lah soalan beliau.
Oklah, aku mengaku memang deep inside tu rasa sunyi.
You win Cha. haha. *tetiba*

Yela, kita dah biasakan.
Setiap hari ada orang nak kita mesej.
Ada orang tempat kita mengadu.

Tetiba bila orang tu takda.
Kita tak tau nak cakap dengan siapa pulak kan.
Handphone tu pun terus sunyi.
Bunyi pun mesej dari Celcom. *chess*
Celcom sayang aku lebih. haha.
Tau-tau jew aku sunyi.

Tapi, itu mula-mula jewla sunyi.
Lepas tu, dah biasa dah.
Dah takda masalah dah.

Bila dah single ney.
Baru la aku buka mata sikit.
Bukan sorang tu jew yang sayang dengan aku.


Well, I have three. *and still counting. hehe*
Who LOVE me not only at my best, but also at my worst.
*Sila jeles. Ini PAKSAAN*
Sorang lagi cukup la quota aku. haha

So, takda sebab aku nak rasa sunyi lagi.
Sebab, dorang ada untuk aku.
Kawan-kawan aku yang lain pun ada untuk aku jugak.
Begitu jugak sebaliknya.

Kita selalu cakap, I LOVE U dengan BF atau GF kita.
Tapi, tak penah lak kita nak cakap begitu dengan kawan-kawan kita.
Tak pernah lak nak romantik-romantik dengan kawan kita. haha.
Kalau Lelaki dengan Lelaki?
Well, takda masalah. Boleh jew kot. 
haha.
There are things that we don't want to happen but have to accept,
Things that we don't want to know but have to learn,
and people we can't live without but have to let go.
Kalau masih bersedih-sedih jugak.
Try makan sampai kenyang.
Kenapa?
Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati. haha.
*seriously, tapi jangan diamalkan sangat nanti gemuk*
contoh macam cik CTK gembira jew dia kan praktikal.
sebab, asyik makan.
haha.

Well, that's all.
I LOVE U ALL. Don't Worry =)

Nota Kaki :
Ini Adalah entry auto-publish.
Busy satu hari.
Broadband slow. Maaf kalau tak jejak blog korang balik. huhu =(
Pesal akhir-akhir ney aku buat entry macam ney. adei.

Friday, September 23, 2011

Jangan Gadoh-Gadoh la weyh. Aku sayang korang.

Assalammualaikum.

Take note.
Ini adalah repekan pagi-pagi.

Orang cakap, First Love tu susah nak dilupakan.
Kalau aku pulak yang cakap.
Love yang susah nak dilupakan adalah. . .
Orang yang korang sayang sangat-sangat.
Tapi, korang ditinggalkan.

Kadang-kadang cinta tu tak semestinya memiliki.
Tapi, tak semua orang faham kenapa.

Kadang-kadang bila cinta kita ditolak.
Kita tak dapat terima.
Kita paksa jugak orang tu terima.

Kadang-kadang kita boleh jatuh cinta dengan dua/tiga/empat orang
pada masa yang sama.

Cinta tu Universal.
Nak cinta yang kekal abadi.?
Cinta la Maha Pencipta. :)


Kesimpulannya,
Couple-couple ney buang masa.
Bazir duit, bazir perasaan, bazir air mata.
Buatkan kita sakit hati, cemburu dan bernafsu lebih.

Sebab, setiap manusia di muka bumi ney.
Sudah ditetapkan jodoh mereka.
See?
Membazirkan jew kan couple-couple ney.
Kalau nak jugak, bertunang jewla terus.

Best Things About Being Single:-
  • No Drama
  • No Fighting
  • No Crying
  • No Feelings
  • No Confusion
  • No Worries
  • NO PROBLEMS!

T.H.E E.N.D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...