Friday, June 10, 2011

Back To The Past~

Assalammualaikum..

pantasnya masa berlalu kan..
sedar tak sedar..
telah 3 tahun aku meninggalkan dunia persekolahan..
itu pun En.Haziq yang memberitahu kepada aku..
sebelum pemergian beliau ke UiTM untuk semester ke 3 nya tahun ini..haha..

baru hari ini..
kerinduan terhadap zaman persekolahan timbul..
mungkin disebabkan kenangan persekolahan 
kadang-kadang terimbas dalam kotak fikiran..hoho..
terlalu banyak kenangan manis..
kenangan pahit pun menjadi manis,,
kadang-kadang kenangan pahit bila di fikirkan balik..
timbul persoalan..
"kenapa la aku buat begitu?"
"bodohnya aku"
sambil senyum sendirian..hahah..


kalau di sekolah..
Cikgu kita selalu bagitau..
kalau mereka diberi peluang untuk balik ke zaman muda mereka
mereka pilih untuk berada di zaman persekolahan..
kita yang pada masa itu, mungkin tidak mengerti..
bagaimana perasaan rindu mereka terhadap zaman persekolahan..
tapi, sekarang..
iya, aku juga dapat merasakan bagaimana perasaan mereka..
indahnya zaman persekolahan..
di mana kita dapat, bersama-sama dengan kawan-kawan kita..
bergelak ketawa dengan mereka..
belajar bersama-sama..
mungkin juga bersedih bersama-sama..


3 tahun yang berlalu ini..
ada di antara kawan kita yang telah berkahwin..
dan mempunyai cahaya mata..
ada yang sudah bekerjaya dan merantau di negeri orang..
mencari sumber rezeki yang halal untuk membantu 
ibu dan bapa yang tercinta..
mungkin juga untuk diri sendiri untuk melanjutkan lagi pelajaran
ke peringkat yang tertinggi..
ada juga yang melanjutkan ke Universiti-universiti ternama di Malaysia..
mahupun di luar negara..
tidak lupa juga..
pada mereka yang baru sahaja habis menduduki STPM dan 
menunggu dengan sabar tawaran ke IPTA atau IPTS..Maktab perguruan dan lain-lain lagi tawaran..



kalau di lihat 3 tahun yang di belakang..
kita masih lagi seorang budak hingusan yang baru sahaja 
hendak mengenal apa itu erti berdikari..
pada hari-hari terakhir SPM/STPM..
kita gembira tatkala kesedihan juga terpalit..
gembira kerana tidak perlu lagi berperang memerah otak..
sedih kerana tamatnya zaman persekolahan..
ada ka lagi masa untuk kita bersua dan menghabiskan masa 
bersama kawan-kawan..itu menjadi tanda tanya..

kalau aku di beri peluang..
aku juga mahu kembali ke zaman persekolahan..
tapi, apakan daya..
zaman persekolahan hanya menjadi kenangan..
dan topik perbualan ketika kita bertemu dengan kawan-kawan kita yang lain..
indahnya zaman persekolahan..
bercakap tentangnya tidak pernah bosan..

apa-apa pun..
hidup harus diteruskan..
masih banyak lagi perjuangan yang perlu dilakukan..
Sekian..
Salam~

P.S. ___ : hoho..sedang mencuba gaya penulisan yang laen..tapi, rasanya tak sesuai la dengan aku..huhu.. Owh,ini jew gambar yang aku ada..hoho..itupun di cedok dari FB kawan aku..=.="

2 comments:

NARDtheNERD said...

jadi lah cikgu.
untuk selalu di alam persekolahan..
:))

Mohd Izzar Abu Bakar said...

xmo la..hahah..
nti jahanam anak murid..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...