Monday, June 13, 2011

Cinta!

Cinta itu umpama menunggu bas. 
Apabila datang bas pertama mereka tidak naik kerana merasakan bas itu terlalu uzur. 
Apabila bas kedua sampai di hadapan mereka, mereka senyum. 
Bas kedua ini cantik dan menepati kehendak. 
Sayangnya mereka masih tidak naik kerana bas itu sudah penuh. 
Akhirnya, waktu bagi sampai ke destinasi semakin singkat. 
Alam pula semakin gelap. 
Jadi manusia yang menunggu bas tadi, tiada pilihan dan terpaksa naik bas yang ketiga.


Biarpun bas ketiga itu belum muncul, tetapi mereka nekad mahu menaikinya biar bagaimanapun rupa bas yang ketiga itu nanti.
Bas itu umpama cinta yang kita tunggu. 

Kadangkala ada cinta yang hadir, namun kerana merasakan ia tidak sesuai dengan diri kita, kita membiarkannya terus berlalu.
Kemudian datang pula cinta yang kita rasa sesuai dengan hati kita. 
Sayangnya cinta itu sudah berpunya. 
Kita hanya mampu melihat ia pergi. 
Kita terus menunggu dan menunggu sehingga waktu sudah mulai lewat. 
Usia semakin jauh dan kita mula khuatir berkenaan masa depan. 
Risau tidak sempat ke destinasi hidup, kita nekad menaiki bas ketiga.







(sedutan dari novel Dunia Ini Sederhana Kecil, oleh Baharuddin Bekri) 






P.S. ___ : aku cedok dari Facebook tadi..page sape ntah tadi..adei..=.="
credit untuk beliau..

4 comments:

yoes.zents said...

wha! sudah ada kemajuan di situ...

Mohd Izzar said...

kemajuan apa kah?

foll0w ana.. ;) said...

aku like entry ni.. nice word...

Mohd Izzar said...

orait...like jew la..hehe^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...