Wednesday, June 15, 2011

Syor Kembalikan Labuan Kepada Sabah Hanyalah Sekadar Gimik Politik



Setelah UPKO menyarankan agar Labuan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Sabah kelmarin, Tan Sri Harris Salleh pula berkata tidak ada sebab lagi Labuan dikembalikan kepada Sabah dan cadangan UPKO mengenai perkara itu hanyalah satu gimik politik semata-mata.

Katanya lagi Labuan dan Sabah untuk segala maksud dan tujuan adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Katanya lagi dari segi sejarahnya, Labuan tidak pernah menjadi sebahagian daripada Sabah.

Menurut beliau lagi British sepatutnya telah pulangkan Labuan kepada Brunei setelah Brunei menyerahkan Labuan kepada British dan menjadikan Labuan salah satu penempatan selat.

Namun demikian, Harris mengakui bahawa Kerajaan Persekutuan telah gagal memajukan ekonomi Labuan, lebih-lebih lagi untuk faedah penduduknya. Menurutnya lagi Kerajaan Persekutuan hanya menjalankan pembangunan infrastruktur dan kemudahan pendidikan. 

Katanya lagi sekiranya cadangan UPKO itu agar mengembalikan Labuan kepada Sabah dituruti oleh Kerajaan Persekutuan, maka satu pungutan suara perlu dijalankan untuk memastikan kehendak penduduk Labuan samada mereka mahu kekal sebagai Wilayah Persekutuan atau menjadi sebahagian daripada pentadbiran Sabah atau dikembalikan kepada Brunei.

p/s : dengan komen2 warga 1ss kelmarin mengenai post yang berkaitan, admin bersetuju dengan komen beberapa orang yang mengatakan Labuan tidak perlu dikembalikan kepada Sabah kerana Kerajaan Negeri Sabah juga TIDAK DAPAT MENJAGA penduduknya sendiri.. Semuanya kini di tangan Kerajaan Persekutuan.



credit to Fan page Facebook 1 Suara Sabah

2 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Hmm. Sedang ekonomi Sabah sendiri tidak terurus dengan ADIL, ni kan lagi mau mengurus ekonomi Labuan. Boleh serah balik Labuan sama Sabah, dengan syarat, tukar semua pemerintah atasan di Sabah ni.

Entri Terbaru: wordless wednesday #3

Mohd Izzar Abu Bakar said...

sebenarnya..labuan bukan sabah punya..tapi, brunie bagi dengan british sbgi hadiah.. so, xda sebab kenapa sabah kena ambil labuan balik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...