Saturday, July 30, 2011

Al-Fatihah : Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana Meninggal Dunia

KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

-Mynewshub-

11 comments:

Etong said...

kita sma2 doa moga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah

SoLy SoLicious said...

Al-fatihah ~

cik pha said...

alfatihah..semoga ditempat digolongan y sepatotnya,,amin

mr.syazwan said...

salam takziah pada Allahyarham

ArulchelseA said...

Al-fatihah

cik_nini said...

Al-Fatihah untuk arwah.

hamzah ian said...

aku tak tau nak kata apa pasal ni.. alahai..

syarifahsidrus said...

al fatihah..

IAA said...

al-fatihah...ape2 pun boleh wat pengajaran pada umat kita skg..fikir2la k

echaRierie said...

Al-Fatihah ~

iman nasuha said...

semoga kita bukan di kalangan orang2 yang x sempat bertaubat kerana mengubah ciptaanya....ameen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...