Friday, July 8, 2011

BERSIH

Assalammualaikum..

banyak keluar, berita pasal BERSIH..
yela..mungkin sebab, esok dorang
nak berhimpunkan..
lagipun, DYMM YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin 
telah perkenankan permintaan dorang..
tapi, kena buat kat stadium la..
sebab, tak nak berlaku perkara yang tak di ingini..
mari kita lihat dan baca..
apa titah DYMM YDP Agong,


" Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat." 


" Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. "


" Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. " 


" Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran. " 


kalau PM sendiri sokong benda ney..aku percaya..takda perkara buruk berlaku


jadi, aku tak faham la..
kenapa, kat tv..
masih lagi sebut perhimpunan haram?
YDP Agong sendiri tidak menyebut pun haram tu..
kenapa, kerajaan tak nak buat rundingan..?
kenapa asyik keluar kat tv..yang memburuk-burukkan mereka..
mereka tu rakyat Malaysia juga..kata 1 Malaysia..
tapi, suara segelintir rakyat tak nak di dengar..
yela, mungkin di sebabkan segelintir sahaja yang membantah..
kerajaan tak nak dengar..relevan kah?
kita yang mengundi mereka, untuk mereka dengar suara kita..
bukan kita undi, untuk ikut suka hati dorang jak..


kalau, benda ney..da buat rundingan secara aman..
takda la nak kecoh macam sekarang ney..
khutbah Jumaat pun, pasal perhimpunan haram..
aku rasa nak muntah, sebab muak..
dengar benda ney jak..


kalau ada orang kata yang Ambiga tu..
dia bagi orang Islam murtad..
tak boleh jugak nak salahkan dia 100%..
11 fakta kes Lina Joy klik SINI <--(klik open new tab ok?)




pakai baju BERSIH pun salah..baju jew kot..

isu SPR tak telus..
sudah terbongkar..
aku da tengok bukti dia..
satu rumah boleh ada 88 orang pengundi..
dengan pelbagai bangsa..tak masuk akal kan?
nak tengok orang tertua di Malaysia..
klik SINI <---(klik open new tab)


apa-apa pun, korang cari sendiri la kebenaran..
samada nak percaya atau tak..
ini di sebabkan aku open-minded dan selalu berfikir..
suka dengan sejarah lagi..
jadi bila aku tengok video 
10 Tahun Sebelum Merdeka.. <-- siapa tau video ney..
macam ada something wrong jew..
sejarah bukan hanya berlandaskan
pada buku teks saja..


sorry kalau entry ney ada yang tak suka..
sebab berlandaskan politik..
aku berminat dengan politik..
dan aku percaya Demokrasi tu adalah..
Hak Kebebasan Bersuara (berceramah, berhimpun, dsb..)




P.S.___: baca berita tadi, PM kita akan berlepas ke luar negara esok... o.O?

10 comments:

saveqmm said...

haram digelar sebab belum ada permit dari pihak polis..ydpAgong pun bukan ada kata benarkan..sebagai ketua negara..sememangnya tugas baginda ialah memantau situasi negara..

kalau ya pun nak hantar memorandum,kenapa perlu berarak di sepanjang jalan..kenapa tidak awal~awal lagi ambiga mengatakan buat secara aman di stadium..kenapa selepas berjumpa dengan Agong baru dia nak buat secara aman..

Kerana dia sedar,tindakannya sudah salah..malah jika dia masih degil mahu berdemo di jalan,dia dianggap tidak setia dengan Agong..

Perlu diingat,Ambiga adalah bekas presiden majlis peguam..dia tahu undang-undang..dia seorang yang bijak..ada banyak cara lain yang boleh diambil jika mahu serah memorandum..

apa sebenarnya tujuan ambiga??
mahu melihat pilihanraya yang bersih??adakah ambiga seorang ahli politik juga??atau ambiga sekadar mahu mengejar populariti..barangkali ambiga mahu bertanding dalam pilihanraya nanti..siapa tahu kan....

realitinya,Ambiga tidak sendirian..ada tangan yang menolak untuk dia ke hadapan..dan mereka yang menolak itu tidak mahu menonjolkan diri..

aku minat politik tapi aku bukan pro kerajaan.bukan juga pembangkang..aku atas pagar..aku juga sokong cadangan bersih,tapi bukan dengan caranya.
(sori kalau pasal politik ni aku over ckit..politik ni kompleks..)

NuR 'aQiLaH said...

erk, panjang nye orang atas ni komen.
perlu tak gua komen lagi? huhu

Mohd Izzar said...

saveqm:
ini mesti tgk berita jak kn?
mcm mna jgk..mereka awal-awal sejak tahun 2007 lagi klu tak silap..

dorang da cuba mtk permit dari phk berkuasa..tapi, di tolak..jadi dorg gunakn jalan raya utk menarik perhatian org ramai..

seperti yg kita tahu..berita di Malaysia semua pro kerajaan..pasal yg baik2 soma dkt dgn kerjaan..

orang yg ikot dgn ambiga, bukan kerana dorg sokong ambiga..tapi, dorang da rasa perit..dengan kerjaan..byk skndal rasuah berlaku..

Tahukah anda?
sewa rumah TPM dan PM..
sebulan da berkos ratus ribu..
siapa yang bayar semua tu?
siapa yg menggaji mereka semua?

kita..Rakyat dengan membayar cukai..
tapi, kita yg mahasiswa ney mgkin tak faham la..sbb blom kerja lagi kn..
apatah lagi mengundi.. =)

saveqmm said...

ahahhaha..macam menguluk ka itu..heheh

tieykah said...

Sedikit sebanyak aku tak nampak nape media massa mempropagandakan BERSIH itu haram

saveqmm said...

aku faham juga media di Malaysia ni dikawal oleh kerajaan..tapi pendapat aku ni bukan berdasarkan mereka..aku juga nbaca harakah..baca blog orang~orang kuat pkr,dap(x faham ckitla sebab dalam bi)..

semuanya sama..krjaan tuding pmbangkang,pembangkang tuding kerajaan..jadi siapa mahu dipersalahkan>??

kita sebagai readers ni kena berjaga~jaga juga..xle dipengaruhi satu~satu pihak saja..

aku tahu juga 2007 dorang yang mulakan..ko sudah baca kesan demontrasi tuh..jangan fikir sekitar jalan raya tuh..fikir tentang ekonomi negara..politik untuk ekonomi..apa kesan pada pelaburang asing,apa kesan pada industri pelancongan..2007 adalah tahun melawat malaysia..berapa rugi
negara masa itu..

mustahil bagi polis bagi permit untuk berhimpun di jalan raya..jika ambiga memohon permit di stadium lebih awal,mesti polis bagi punya..

sebab apa Anwar beriya~iya mahu jadi PM..jika dia benar memperjuangkan rakyat,dia akan bagi laluan kepada perintis nya untuk berjuang mewakilinya,bukan dia yang maju ke hadapan..anaknya c izzah berbakat besar dalam politik..tapi masih dalam genggaman bapanya..
.......
bnyk kan aku besakkap..ahahaha

Mohd Izzar said...

iya..itu la pasal..haha!
mungkin lebih baik..
negara berkonsepkn islam lebih baik di buat..hoho..
mcm zaman Rasulullah S.A.W dulu..
aman jew semua agama tinggal dlm tu..

permit di jalan raya tu..
bkn ny la dorg mo kucar kacir kn..
lebih kurang mcm perarakan jewla..
polis kawal dorg baik2..mcm yg negara2 eropah buat..yg ini aku mksd kn klu dorg buat skrg ney la..bkn tahun 2007 tu..

Aku tak sokong anwar jd PM..
aku sokong Nik Aziz..aku respek dgn dia..hehe..
so, aku no komen pasal Anwar..sbb tak tau byk sgt..smada skandal ny tu btol o tak..
kes liwat nya lagi..

b a m b a m ' s said...

tak suka jugak bersih ni sebenarnya.. mmg menggugat ketenteraman negara.. tp kot yer nak berhimpun.. MB selangor dah bagi guna stadium shah alam tuh.. kenapa dia x guna ek?? nak juga guna stadium merdeka..kan tgh renovate.. bila x dpt guna stadium berarak kat jln raya lagi..kan menyusahkan rakyat yg lain..

boleh tak dorang buat sesuatu tanpa menyusahkan org lain.. den pon bukan pro govt and pembangkang..cuma sakit jiwa ngan attitude masing2 tuhh!! pffttt~!

amir aizat said...

pakai baju merah jer.haha

Apeach Blogspot said...

macam golongan beliau2 kamu ni becakap..bikin takut.hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...