Tuesday, July 26, 2011

"Harimau Malaya" Racist ke?

Assalammualaikum.

Topik hot hari ini.
kenapa? sebab, hari tu..
time Malaysia main..aku dengan Abah aku
tengok la jugak..then, Abah aku tak puas hati la..
dengan nama Harimau Malaya ney..
kenapa? sebab, Malaya merujuk kepada Tanah Melayu..
di mana Tanah Melayu itu adalah Semenanjung Malaysia.
adakah Sabah dan Sarawak tak termasuk dalam Malaysia?

selain, Abah aku..jiran-jiran aku pun tak setuju jugak..
lebih kurang sama umur atau lebih tua dari Abah aku..
sepatutnya Harimau Malaya tu tukarkan kepada Harimau Malaysia..
adakah disebabkan pemain Sabah & Sarawak tidak mewakili Malaysia..
skuad Malaysia dinamakan sebagai Harimau Malaya?
Aku pada mulanya tak kisah sangat la..sebab, aku tak pasti..
kenapa Abah dan jiran-jiran aku yang lain tak setuju..
dengan nama Harimau Malaya ney..

tapi, rasanya aku sudah boleh tau kenapa..
mereka tak setuju..terasa seperti..
Sabah dan Sarawak ini disisihkan..
bukan sebahagian dari Malaysia..
bila aku cari pasal Harimau Malaya..
ramai yang terangkan..seperti ini,



Abdullah Don wira Malaya era 30-an sehingga 50-an..
seorang pemain bola sepak yang dilupakan..
sebab, pemain ini main sebelum zaman kemerdekaan lagi..
Abdullah Don mendapat gelaran Harimau Malaya..
apabila Sukarno, presiden Indonesia ketika itu
menggelarnya sedemikian..

Peminat-peminat Dollah Don Serta Pesident Sukarno ketika itu amat meminati Dollah Don. Dollah mengingati satu perlawanan yang di adakan di Jakarta pada tahun 1953 dimana mereka ketinggalan 0-3, tapi pada separuh masa kedua mereka mengasak dan menjadi keputusan seri 3-3

" Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan Sukarno menggelar saya ' Harimau Malaya ' Dollah Don mengingati peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan.

Sebagai seorang pakar penjaring gol ramai penganalisis bola mengatakan setiap kali Dollah Don berhadapan dengan penjaga gol, bola yang berada di kakinya itu pasti 100% akan menembusi kubu lawannya dan semua ini disempurnakan dengan tenang.
Kemuncaknya beliau telah menerima hadiah sebagai penjaring gol yang terbanyak di kejohanan bola sepak di Hong Kong pada tahun 1950 dengan menjaring 19 gol daripada 26 gol.
- Berita Harian -



sumber: Harimau Malaya.com, Soccerstarharimaumalaya


Selain itu, ada juga yang bagitau..
yang nama timangan tu asal dari..
spesies Harimau..


Harimau Malaya juga..  
merujuk kepada (Panthera tigris malayensis atau Panthera tigris jacksoni) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. 
-Wikipedia-


aku tengok, still lagi racist..hahaha!
Abdullah Don adalah seorang pemain Malaya,
Harimau Belang subspesies yang hanya didapati 
di Semenanjung Malaysia..


rasanya lagi elok..kalau nama timangan skuad Malaysia tu..
ditukar la..sebab, boleh menyebabkan timbul salah faham..
terutama golongan veteran Sabah..Sarawak aku tak pasti..
kalau ada yang berfikir sebegitu..


bagi aku..
tak kisah la apa pun..
asalkan namanya bola..aku tengok jak la..




Salam^^

17 comments:

tieykah said...

owh.kena guna nama Harimau Malaysia ni

Racist betol

echaRierie said...

wahh..masuk akal..
tp ndatau la..mau ckp byk pun ssh..hoho ~

kjaharun said...

ha'a.. tukar la haraimau malaysia..
yow!! terasa ni...

Green Apple said...

izzar.. buat kajian ye...
baru tau macamana dapat nama Harimau Malaya... thanx ye..

Mudah2an Harimau Malaya benar2 mengaummm di Bukit Jalil nanti..

Asyila Zainuddin said...

tak minat bola.. haha.. jujur ni..

Liyana Zahim said...

Dorg tatau sejarah.. Sbb tu sej tu kne tau..

Mohd Izzar said...

tapi, sejarah kt ats ney tak ble pki..huhu

iejjah said...

haha...iejjah pn xkesah...asal boleh tgk bola and gol...muahaha :P

Miz Novexx said...

tak sengaja kot, maybe letak harimau malaya tu kasi gempak sikit... huhu, entahlah tak ambik port pasal ni.. asal bola tengok je (^__^)V

PORUMAN said...

ape lg..tukar arh jd harimau malaysia.. kalo x nak jugak tukar jadi harimau malayaborneo..

nurAMALLINA said...

hahaha sama la, aku tengok aje bola, tak kisahlah racist ke x.

Lalalililulu said...

wah yeke...xtau pun...tgk bola pun kadang2...

weh jom bukit jalil kamis nih...huhu

Lalalililulu said...

jum bukit jalil kamis nih...aku tggu ko kat sane ea...xpun ko cri r aku kt tb...hehe

cik aisha said...

isu sensitif ni...mungkin xdsengajakan sehingga nmpk cam racist...mungkin.

meaw said...

macam dedulu pon ada gak duk panggey malaya-malaya ni..huhu.. lagi satu! fb penuh dengan kaler kuning,haha! teruja toiii..apapon, good luck team malaysia!

amir aizat said...

tuka harimau malaysia,

Am_7riel said...

itu macam kenela tukar nama species harimau malaysia jugak...atau tigris malaya tuh tukar tigris malaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...