Sunday, July 3, 2011

Ini Cerita Aku, Pengalaman Aku. [Part 2]

Assalammualaikum..

[Perang Facebook]
sambungan cerita semalam..
tak baca lagi Part 1 sila klik SINI

Kemudian, aku sms A..
Kenapa tiba-tiba dia nak “berehat”
Tapi seperti biasa..sms aku tak pernah berbalas..

Seminggu berlalu..
Aku masih belum dapat jawapan
Dari A..
Satu malam, aku nekad..
Aku nekad nak telefon dia pulak..
Mungkin, sepatutnya aku patut
Telefon dia dari awal..

Tepat 12 tengah malam..
Aku call dia..
Yang lucu nya..kami masih boleh..
Berlagak seperti biasa..seperti..
Tiada apa-apa yang berlaku antara kami..
Cuma berbual kosong..
Kemudian, aku kumpulkan keberanian..
Lalu aku bertanyakan kepada dia..

Aku: Kenapa..kenapa tiba-tiba nak "berehat"? Izzar buat salah kah? Tak sayang Izzar da ka yah? Ada orang lain sudah ka yah?
A    : ...
Aku: [Masih menunggu untuk dia memberi jawapan]
A    : [Setelah beberapa minit diam] Maaf. Izzar tak da buat salah pun. Sebenarnya ...[diam lagi]
Aku: Habis tu kalau takda kenapa? Sebenarnya apa?
A    : Sebenarnya, A sudah ada Bf baru.
Aku: [Terkejut. Rasa sebak di dada. Sesekali ada air mata yang menitik. Tapi, aku tahankan supaya aku tak menangis] Oh, yaka.. Berapa lama sudah? dengan nada selamba
A   : Baru jugak. Baru dua minggu.
Aku: [Damn. Aku terlambat seminggu.] Oh, yewla.. takpala.. Bagos-bagos jak.. Jaga hatinya, jangan sakit kan dia macam yang A buat dengan Izzar..ok?
A   : Iya, janji tak buat lagi.. Maaf, Izzar..
Aku: Mungkin lepas ney, tak boleh da kita berhubung macam biasa.. Izzar takkan mesej or call A lagi..
A   : Kenapa pulak?
Aku: Yalar.. Kalau Izzar....[menarik nafas panjang]... Izzar tak suka kalau GF Izzar masih contact dengan ex dia..siapa la yang suka kan..
A   : Oh, ok..
Aku: Ok la. Selamat Malam.
A   : Ok. Selamat Malam. Assalammualaikum..
Aku: Waalaikumsalam.


Aku cuba untuk menerima..
Bahawa dia sudah ada yang lain..
Tapi, aku..tak sanggup untuk melepaskannya..
Aku nekad untuk cuba dapatkan dia balik..
Setiap hari, aku hantar mesej yang mengatakan..
“I LOVE U” kepada A..
Seperti biasa..ia tak pernah berbalas..
Tapi, aku tak kesah..yang penting mesej itu..
Dia baca..
Ada juga yang berbalas..
Yang masih aku ingat..adalah..

“Maaf, buat masa ney A tak dapat balas cinta Izzar”

Kalau aku online..
Sudah tentu aku stalk Facebook dia..
Melihat dia bermesra dengan Bf dia..
Membuatkan aku, berasa cemburu..
Dan sakit hati..
Lalu, aku buat status untuk menyindir dia..
Masa ney, aku rasa..aku bukan diri aku yang sebenar..
Sebab, perasaan marah dan benci menguasai aku..
A juga berbuat benda yang sama..
Dia menyindir aku balik..
Sindir, of course berbunga..tapi,
Kita boleh rasa kalau kita kena sindir..
Betol tak..hahah!
Masa ney, kami da jadi musuh..

pelik bukan?
kami berkawan,
kami bercinta...kami berpisah..
last-last..
kami menjadi musuh antara satu sama lain..
time tu, aku benci dia sangat-sangat..
aku rasa puas sangat bila buat macam tu..
ramai kawan aku pun mula tak suka dengan dia

bunga kertas..originaly taken by me..ahaks~
 
lalu, satu hari tu..
dengan perasaan yang benci membuak-buak..
di iringi dengan paluan kemarahan..
aku membuat status di Facebook..
aku tag nama dia..dan aku tulis FB Bf dia..
aku katakan yang Bf dia perampas..
dengan tak semena-menanya..
status tu adalah status yang paling banyak mendapat LIKE..
ada juga yang aku PM kawan-kawan suruh LIKE status tu..
rekod tercipta dengan 40+ yang LIKE...gila ehh..

benda ney berlarutan..
kami putus dalam bulan 7 kalau aku tak silap la..
tapi, pergaduhan ney berlarutan sampai ke bulan 10..
kalau tak silap jugak..lepas habis cuti raya..
masih lagi bergaduh..
tapi, aku ingat..yang aku mula buat status
tag nama dia tu..dalam bulan puasa..
sebab, dia ada call aku..marah-marah..
kenapa aku buat dia macam tu..?
sebabnya, aku tak puas hati..
persoalan aku masih belom terjawab..
aku tak tau apa sebenarnya berlaku..
dalam hubungan kami..kami takda bergaduh pun..

balik ke cerita utama..
tiba-tiba..
aku dikejutkan dengan komen seorang
kawan aku, yang mesra dengan panggilan Meymel..

“ Would you two stop this nonsense..?!! Aren't you guys feeling ashamed, the whole world seeing you guys fighting..!! "

Komen ney..betol-betol..
Membuat aku celik balik..
Apa yang aku buat semua ney..
Salah..sangat salah..
Aku menangis..Seriously..aku menangis..
Sebabkan aku cemburu gila babi.. <--- aku rasa babi pun ndak gila macam aku..haha!
Perasaan benci dan marah tu aku turutkan..
aku lupa yang sebenarnya..aku masih sayang dengan dia..
lepas baca komen ney, dan dia call marah-marahkan aku..
aku delete status tu..
aku buat status aku minta maaf dengan dia..
dengan tag kan nama dia and of course Bf dia..aku minta maaf dengan semua orang..

Facebook pun kembali aman damai..^^
Tapi, cerita ney tak abis lagi..haha..
Sambung kat Part 3 lak..

Moral of the story:

1.       Jangan jadikan facebook sebagai tempat korang bergaduh..malu la sikit dengan orang-orang yang ada kat situ.. mesti dorang menyampah jugakkan.
2.       Jangan biarkan, emosi korang menguasai korang.. Jangan biarkan dia membuak-buak..buat apa-apa yang patut untuk kurangkan..
3.       Sebaik-baiknya korang mesti lah jujur..cuba jawab persoalan yang ditanyakan kepada kamu..tak kisah la jawapan tu akan menyakitkan orang yang kamu sayang..tapi, lebih baik sakit sekarang..

18 comments:

Amiirah-Cassan said...

whoaa , best ouh cerita ko zar , mo lagi ^___^ alaa , c mira ni selalu buat status emo di facebook , haha orang ramai suda terbiasa , kekeke last2 c mira bosan sendiri , kekeke
DAPAT APA DARI BLOGGING???

Mohd Izzar said...

best ka?hahah..
yalar-yalar..sabar2..
aku ingat balik dlu..nti aku sambung jugak..haha..

zureen said...

waaa. panjang gilaaa ceritaaa.. ;p

Mohd Izzar said...

hahha..konform malas mo baca kn?

blogtube said...

sebuah cerita peribadi.. yang menarik! ahahahha ;thumb up; buat saudara... izzar! ada sambung roger2 lagi ye...


ronda ronda bersama myobw...

are_ra kecikk said...

alah...mmg normal prasaan tue..but bwa relax k..jgn emo2 k..

Apeach Blogspot said...

Cerita yang benar..lol..xD

syarifahsidrus said...

seems so complicated kan. susah la bercinta ni

EiZaRaZiErYa said...

reality ke nie? xtaw nape ase nak nages bace..huhu..macam ade kaitan sikit ngn mase silam kot..tapi xde lah smpai gado2 cmni..huhu.. wink3 >_<

echaRierie said...

waaaa..mau lagi sampai habis baru komen..haha :D

amir aizat said...

yes jgn bg situasi dan emosi yg control kita

ChaCha said...

ikut kata hati...hehe...perasaan marah tu buat kita lupe sme tu..ngeeeeee

tieykah said...

Chill:)

Jgn gadoh2

Mohd Izzar said...

blogtube: alrite!

are_ra kecikk: haha..ok..cerita lama ba ney..

Apeach Blogspot: haha..bru ko perasan?

Mohd Izzar said...

syarifahsidrus: xla complicated..tp, kita yg buat benda tu jadi complicated..hehe

EiZaRaZiErYa: yup..realiti la..xda masa aku nk buat fantasi pnya..hehe..xla..cerita lama jgk..da x gadoh da..

echaRierie: lmbat lgi mo habis ney..huhu..smpi part 5 aku rasa..

Mohd Izzar said...

amir aizat: yup..skrg da ble handle dgn lebih baik..hehe

ChaCha: ya..btol tu..

tieykah: tak gadoh da pon..hoho

cik aisha said...

wah dasat jugak kamu bercinta izzar...kat fesbuk tu jangan sembarangan taip status...jangan jadikan medium cari pasal...sangat tidak sesuai la.terlalu open.

Mohd Izzar said...

yup...sy tahu..hehe..
tapi, benda ney da berlalu da.. cik aisha..time sy blom matang lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...