KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.
Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.
Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.
Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.
“Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat,” kata beliau.
Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.
“Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan,” kata beliau ketika membacakan keputusan itu.
Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.
“Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman,” ujarnya.
KOSMO






20 comments:
mcm2 la skang nih...manusia memang xpernah puas...
hakim telah mengambil keputusan bijak kerana jikalau keputusan memihak kepada pemohon pasti ia akan menjadi satu titik tolak kepada ramai lagi yang nak membuat permohonan sedemikan...apalah nak jadi dengan manusia...
Pondan tak de otak.
macam macam . dunia oh dunia :)
tak bersyukur dgn apa yang ada... tu la jadinya...
adoi..
nasib baik x dpt tukar kalau dpt jd isu besar lg..
mcm2 bha dorg ni..
kalau yg ni lulus,konpem la ramai yg akan ke mahkamah gak.nauzubillahi min zalik smoga mereka mendapat hidayah....;(
nauzubillah.. jadilah kita orang2 yg bersyukur atas kurniannya
macam xde bende nk tukar je die pg tukar jantina..
tukar la pasangan ke? rumah ke? kerete ke?
aduhai. awat lah jadi lagu asyraf oiii. dah elok elok jadi lelaki lengkap sempurna sifat.
Oh, Lelakimu Istimewa !
Sibuk Jaga Hati Orang, Hati Sendiri Sumbat Dalam Tong Sampah
x bace paper hari nie..thanks for sharing..bagus 3 reason tu..reason yg x bole dsangkal lg~
kalo dia lepas memang abes la jawab nyaa
masyaAllah!! pe nk jd laa~~
elok2 dah jadi laki, nak jadi pmpuan... ape da... suka sngat melawan iradat Allah.
umat akhir zaman
hadoi.. benda macam nie pon leh bawa kat mahkamah.. dah tahu memang hukumnya HARAM.. hurmmmm.. -,-'
haishh! tak patut btul ! nasib baik makhamag amik berat benda ni. kalau d oversea. mmg dh jadi pompuan budak ni
haha~bagos lah dye tak dpt...da Allah jdkn lelaki nak jd perempuan plak..
hakim dah wat keputusan yang tepat..:)..kalau tak,jahanam bumi malaysia maka ramailah pondan2 tak segan silu memohon tukar jantina huhu
memalukan betul bila ada isu camnie..dasyat lah manusia..sanggup nak tukar jantina bagai
Post a Comment