Saturday, August 6, 2011

"Ezerr, apa kamu buat?"

Kejadian ini berlaku, 3 tahun yang lalu.
Masa itu, aku berada di Tingkatan 5.
Jurusan Sains Perakaunan.

Masa kejadian, setelah selesai perhimpunan.
Seperti, biasa. Aku adalah orang paling akhir masuk kelas kerana bertugas sebagai seorang pengawas sekolah.

Aku lihat.
Cikgu Add Math telah berada di dalam kelas.
Madam Lai Mui Shin. Berbangsa Cina. Sangat tegas. Tapi, kadang-kadang boleh buat lawak jugak.
Kawan-kawan sekelas berdiri.
Ini tidak lain, tidak bukan.
Memeriksa samada kami buat kerja rumah yang beliau berikan atau tidak.

Sampai giliran aku.
Aku dengan yakin nya menunjukkan buku latihan Add Maths.

"Haa, ini kenapa satu muka surat belum siap lagi? Saya sudah suruh buat sampai sini bukan?" dengan slang Cina.

"Chait, aku terlupa plak" kata ku dalam hati.

"Haa, pergi berdiri di belakang dan siapkan" sambil menunjukkan ke arah belakang.

"Kecoh laa cikgu ni, 3 soalan jew kot. Takda belas kasihan langsung" sekadar melepaskan ketidakpuasan hati di dalam hati. Nak cakap betul-betul, makan duster pulak nanti.

15 minit aku da siapkan 3 soalan tu.
Tapi, tak dibenarkan duduk.
Aku kecewa. Hampa.

Tiba-tiba.

"Izzar!" suatu suara mengejutkan aku.

"Haa, kenapa Fola?" Fola, antara rakan seperjuangan berdiri di belakang.

"Kau sudah siap? Pinjam buku kau sekejap. Aku banyak lagi tak siap ney" katanya.

"Oh, sudah. Nah, cepat sikit tau!" kataku kepada Fola.

Sedang menunggu Fola mengembalikan buku latihan tersebut. Mengelamun aku sekejap.

Sedang aku mengalamun.
Satu suara mengejutkan aku lagi.
Kali ney bukan rakan seperjuangan.
Tapi, Madam Lai Mui Shin.

"Ezerr, apa kamu buat?!" suara tegas cikgu Add Math aku.

Mata semua tertumpu kearah aku.
Aku menjadi blur.
Aku ada buat salah kah?

"Err, apa dia?" kataku.

"Apa saya cakap tadi? Saya suruh kamu buat apa?" sambungnya lagi.

Rakan sekelas terutama sekali Ketua Kelas aku, Pang Ngiap Ting namanya
mengatakan kepada ku.
"Izzar, cakaplah. Cikgu cakap 'Ezerr, apa kamu buat'"
seluruh kelas menyuruh aku jawab sedemikian.

Aku ketika itu.
Seperti baru bangun dari tidur.
Agak blur. Aku memilih untuk berdiam sahaja.

Menggaru-garu kepalanya walaupun tidak gatal.
Kemudian bersuara.
"Kan saya suruh kamu siapkan mana yang tidak siap tadi? Mana buku kamu? Apa yang kamu buat?"

Aku dengan tenang, tapi hati dah bergelora menjawab.
"Ohh, sudah siap. Buku saya tuu" menunjuk ke arah Fola yang tengah tekun menyiapkan latihan Add Math nya.

Sejak hari tu,
peristiwa ini pasti akan jadi bahan gelak ketawa.
Dengan tidak semena-menanya.
'Ezer' jadi nickname aku.
Kadang-kadang kawan-kawan aku juga akan panggil sedemikian rupa.
Kelakar.
Bila diimbas kembali =).

9 comments:

sleeping_maniac90 said...

haha tibe2 tingt zmn skola...
tp ckgu ko tuh kire bek kalo dia stkt suh duk blkg n siapkan..
kalo ckgu ak, xd nyer..dia suh ketuk ketampi...

echaRierie said...

hahaha..ok slmt berknln ezer ~

ArulchelseA said...

cuak aku bro... kih kih kih

A retarded kitty said...

nasib baik cikgu add math aku baik

*tetibe

Apeach Blogspot said...

Astaga..kantoi si folaaa..wakakaka

nadia fatihah said...

hai ezer :P

laskar pelangi said...

aloha ezer! hek3=D

cik aisha said...

haha....kenangan zaman skola....:)ezer jd nama kamu ye...huhuu

Pink Frogy said...

Cikgu add math aku tak pernah maki kalau tak siap keje dia, sbb tue ramai bdk cls aku tak ernah wat homework. Tapi yang pelik nya semua add math superb .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...