Tuesday, September 6, 2011

Jangan Asyik Nak Tengok Ke Atas

Assalammualaikum.

Hoyeah~!
Dapat tangkap tak apa yang aku cuba nak sampaikan
berdasarkan tajuk entry ini?

Aku cuba nak sampaikan.
Dalam hidup ini
Jangan la kita asyik nak tengok orang yang berada di atas dari kita.
Contoh:
Kita rasa cemburu dengan kawan kita sebab dia kaya.
Kita memilih jadual kelas, tak nak ada kelas hari Jumaat biasanya terjadi kat U la.
Dan macam-macam lagi la.
aku yakin yang baca entry ini semua ada otak. hoho.
so, fikir la lagi situasi yang macam mana korang terlalu pandang ke atas
atau pandang tinggi sangat dengan orang tu.


Tak salah kalau nak tengok orang di atas kita.
Untuk memotivasikan diri kita untuk jadi lebih baik dari mereka.
Tapi, rasanya tak salah jugak kalau kita nak tengok orang yang di bawah kita.
Dengan itu, dapat jugak la kita bersyukur dengan apa yang kita dapat.
Contoh:
Orang yang miskin. Nak mencari sesuap nasi pun susah.
Orang yang tak dapat masuk U. Terpaksa buat surat rayuan segala bagai.
See, cukup sempurna sudah bukan hidup kita?
Jangan la nak merungut sangat.
Bersyukur la dengan apa yang kita ada sekarang ini.
Nanti Allah tarik nikmat tu semua,
baru kau tau.
Itu jewla.

Salam.

P.S.__: Sebenarnya tengah meyindir kawan aku tapi aku tau dia tak baca pun blog aku ney. Muhasabah diri jewla.

24 comments:

mr.syazwan said...

ucaplah alhamdulilah syukur kita kepada Allah

=_=

kjaharun said...

betul tu, bersyukur dengan apa yang ada sekarang tu penting..

Rara. said...

suruhlah kawan tu baca :D

Rara. said...

suruhlah kawan tu baca :D

cik ungu said...

apa nama kawan tu? kalau tak hensem, meh org bagi link post ni.

kalau hensem, meh org bagi no fon.

CTK said...

syukur2...pandai perli belakang2..hehehe



http://khayalan27.blogspot.com/

ekabukanmakcikkau. said...

hahha aku pun penah kutuk budak laki kelas aku kat belog ingat dia tak baca . ghupenye sume budak laki dlm aku bace , sume merajuk dgn aku . mcm gampang hahaha

nurul cHempaka said...

betol2! kta manusia kadang2 lupa utk bersyukur!

Wadi AR said...

kim slm tok anjang kt member izz

Bell said...

tgk 2-2 la sng cter...hehe

sleeping_maniac90 said...

bole beri ksdran pd ak hehehehe

abah khalisha said...

abah cemburu apasal blog orang lain komen meletup letup tp blog abah lagi meletop..hehehe gurau aje..kita [erlu bersyukur dengan apa yang kita miliki
Work in progress

SHAFIQ HASHIM said...

Bersyukur,
Teringat Rayuan UPU Next Week Kluar..Hehe

chemay said...

kite kena bersyukur dengan apa yg kita ada..
allah dah beri kite secukupnyaa.
:)

saveqmm said...

weeeeeeeeeeee......

adik ni berfalsafah la pulak...
nice entri zar...

~Nana 귀여운~ said...

saya tak suka tengok orang di atas, sebab nanti tengkok saya sakit..haha

Asyraf Azizan said...

setuju2

Aku Si Pujangga said...

betol! bersyukur ape yg ade.. nak lebih kene byk usaha.. :)

Ungu Violet said...

x reti2 nk bersyukur...huhu

Adylia Qarissa said...

jangan lupa pandang bawah takot terpijak taik lembu...heheheee...

selamat hari raya..

Chuu Muqhlis said...

MMG PON SETUJU SGT.,
kadg2 x bole nk tgk org atas je., syukur dgn ape yg ade.,
but still kena lah berusaha :)

aimie amalina said...

weee
betoi
x rugu pon pndg bawah
at least kite sedar diri kan?

Shahirah Zainol said...

terbaik. macam abah slalu ckp, kita kena tgk org bawah kita. kena bersyukur. sukaaaaaaaaaa lah entry nih! ahsanta!

cik aisha said...

hehee sindir kwn ke...apa lg share la entry ni kat fesbuk dia...apapun mmg xslh memandang ke ats cuma jgn lupa menoleh ke bawah sesekali.hidup ni umpama roda...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...