Sunday, December 25, 2011

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

Assalammualaikum..

Hari ini nak cerita pasal peribahasa
'Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat'
Ramai yang tak berapa nak setuju dengan peribahasa ini bukan?


Tadaa..ini aku bagi contoh..untuk menunjukkan..
Adala yang tak bersetuju..hehe..
Tujuan aku buat begini bukanlah untuk memburukkan sesiapa..
tapi, cuma untuk memahamkan sesiapa yang tak faham..
Aku dulu pun tak setuju jugak dengan peribahasa tu..

Seperti yang kita tau, orang dulu-dulu ney..
Suka berkias-kias..contoh, macam cerita Puteri Gunung Ledang tu..
Sultan nak meminang dia, tapi dia bagi syarat yang agak luar biasa..

"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat"
bermaksud orang yang berpegang kuat dengan adat tertentu.
sebagai contoh, anak dia melanggar pantang larang adat dalam Adat Perpatih <--contoh la..
Anak dia melakukan perbuatan sumbang.
Mesti la kena hukumkan? Jadi dia terima je la seadanya.
Sebab, anak dia da melakukan kesalahan.
Itulah yang cuba disampaikan berdasarkan peribahasa di atas.

Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah
Kata adat banyak kiasan
Ditunjuk dia tetapi bukan
Bergulung pendek panjang direntang
Tak faham kalau tak direnungkan
Usang-usang diperbaharui
Lapuk-lapuk dikajangi
Yang elok dipakai
Yang buruk dibuang
Kalau singkat minta disambungkan
Kalau panjang minta dikerat
Kalau koyak minta ditampal
Kalau bocor minta dibetulkan

"Sesungguhnya peraturan adat seperti yang dipaparkan di atas telah tersimpul dalam bentuk teromba yang pendek, namun ia boleh dihuraikan secara panjang lebar. Seseorang mungkin tidak faham tanpa merujuk kepada orang yang arif atau memikirkan dengan mendalam. Selanjutnya adat atau peraturan ini boleh dipinda atau dibuang. Sebaliknya adat yang baik perlulah digunakan dalam kehidupan. Sekiranya terdapat kekurangan maka adat itu bolehlah ditambah, diperbaiki atau diperkemas supaya kehidupan masyarakat adat lebih terjamin dan sejahtera. Sebenarnya peraturan atau adat dapat menjamin kebahagiaan manusia dalam kehidupan."

Diingatkan bahawa, peribahasa Melayu tu bersifat tersirat
dan bukannya tersurat. Peace V

Salam.

29 comments:

EmpayarUtama said...

Link kaler merah boleh? Lama x nampak. Macam pernah komen kat satu belog pasal peribahasa ni tp di mana ya...

Saddila said...

yup setuju . sama macam mak dila cakap . sejibik :)
orang sekarang ni ngek sebab tak mengerti .

iszieylyanziy said...

bagi aku,,adat boleh diubah kot..

~SaL IjOu~ said...

iya.betul tu..peribahasa melayu bersifat tersirat..perlu bijak menafsirkannya dengan akal waras..~ =)

Juliet_iRa~" said...

btol2..

tp skang pepatah lama2 ni kena tgk keadaan juga kan..
:)

hassy chan said...

owh.. ak pun x brape fhm sgt psl adat sbnrnya hehe

budakijaupendek said...

sekarang ramai dh lupa adat. huhu

mieza said...

waaaaa.. biar mti anak, jgn mati adat ea..
dlu pn mcm x puas hati gak ngn prbahse ni..
but now, ok la.. bley trme daa

Chuu Muqhlis said...

klu dipikir byk peribahasa dy mkne tsirat., org d0lu2 mmg kretip >,<

Rtp Farra Arisha said...

indeed, melestarikan dan mengekalkan adat dahulu kala sehingga ke zaman sekarang adalah lebih molek agar semuanya tidak ditelan dek zaman..:) keep remembering the real custom!

Liyana Zahim said...

Adat ni kdg2 bukan btul sgt.. Mcm adat bersanding dari ilmu budha.. Biar mati anak jgn mati agama.. Buleh? Kihkihkih.. :)

anamizu kaito said...

zmn skrg ni mmg ramai yg lupa adat..






lama x singgah sini..








luv,
cik ana

kajaharuna said...

serius.. baru faham ni..

best :)

eLLa n aLia said...

ya,, yang tersirat tu ajar kita untuk berfikir dan mengambil hikmah.. ^_^

si kiut lavender said...

wah...entry kali nih ciap dgn adat perpatih lagi..

tapi,,,ada jgakla peribhasa skunk yg kurang relevannya..:)

✿ cik pieQa ✿ said...

masyarakat kita selalu mementingkan adat. kadang2 yang tak penting pon nk jugak ikut adat. adoi.

محمد رازيق said...

niice entri :)

Anonymous said...

Semakin moden dunia semakin tak relevan adat..hehe

SaveQ!!

Apik Pehe said...

ehmm..kesian kat anak

tieykah said...

kalau jangan mati dua2 boleh?

~Nana BamBam~ said...

adat semakin dilupakan...

EyqaLuvender said...

errrr...biar kurang pandai tp jangan kurang ajar...ade kena mengena tak?
hehe

ciK LyndaWawa said...

brprinsipkan pribhs melayu la akan aman dunia..hehe

Fara E's said...

barat lebih di agungkan , aishh

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

amek yg tersirat tu kan...xde la kejam sgt smpai nk biar ank mati...;p

rozeeta rashid said...

memang tersirat. sampai kadang2 kita pun pening nak tafsir maksud dia. hehe.

Faidhatul Arfah said...

tp zaman skrg ramai antara kita makin lupa adat kannn .. anyway nice post heheh ;p

ctk said...

org dulu mmg pndai berkias...org skrg pandai berjiwang ja...ahahaha

ctk said...

org dulu mmg pndai berkias...org skrg pandai berjiwang ja...ahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...