Wednesday, February 23, 2011

Maggi.Boy~

Assalamualaikum..
untuk kali ney entry pasal Maggi Boy..
iya, apa itu Maggi Boy?hoho..

haa..nak dijadikan cerita..
begini sejarah nya..
suatu petang yang indah..selepas selesai makan maggi beramai-ramai..
sorang member aku tengah duduk atas meja..melakar-lakar..kat secebis kertas minyak yang terkoyak..
di atas kertas tersebut beliau melakar gambar cerek, mangkuk dan sudu, garfu dan maggi..hoho..
serta beliau juga menggabung-gabungkan nama kitorang berenam..
maka, petang itu tercipta la maggi boy..ahha..
habis cerita sejarah,,
macam itu jewla..al-kisah nya kenapa boleh wujud Maggi Boy tuu..
ianya hasil dari kreativiti kawan aku..
sebabnya, kitorang masak maggi 2 atau 3 bungkus..dalam satu mangkuk,pastu makan beramai-ramai..hoho..
sekelip mata jew licin...
maklum la..semua perut "naga" kan..hahah..

orang tua-tua cakap, kalau kita makan dalam satu bekas yang sama kita akan rindu dengan orang tersebut..
betul la tu..aku buat entry ini sebab aku rindu dengan mereka semua..huhuhu
yewla, dari sekolah menengah..sampai la ke matrikulasi kitorang bersama...pastu, masuk universiti..
da berpisah-pisah lak..
kecuali aku dengan satu orang budak tuu..
masih lagi satu U dengan dia..aahahh
so, kita berkenalan dengan geng-geng aku dulu arhh..


**********************************************


Yusnizam bin Jusrang di beri nama..
beliau ini lah si kreatif yang membuat lakaran dan melabelkan kitorang sebagai MaggiBoy..ahha..
Aku da kenal lama dengan beliau sejak dari tingkatan 2 lagi..satu kelas dengan beliau..seorang yang agak pendiam..
tapi, diam-diam ubi berisi..hoho..
(iyewke pendiam?..haha)
time kat matrik dulu, aktiviti dia aku da hafal da..
kerja dia, dalam bilik jak..jarang la beliau nak keluar bilik..
beliau keluar bilik bila time-time nak ke toilet, mandi, makan, ke kelas atau buat assignment secara kumpulan..
aku pun heran jgk la..tahan jugak beliau dalam bilik jew, kalau buat homework ok gak..ini, baring-baring atas katil, mesej dengan si dia atau calling-calling..takpun, main game "pokemon" kat handphone beliau..
tapi, apa-apa pun..beliau sangat la cemerlang beb..
otak geliga..hoho..nampak jew camtu, tapi jenis cepat paham..hoho..dan mengingat..
sekarang ney, beliau da menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu..
jurusan KEUSAHAWANAN.

**********************************************

2nd..


Ini pula, Muhammad Taufik bin Unding..
seorang yang dengan berkata manis dan sangat la "jujur!!"
iyew, saya kata sangat "jujur"!!hohoh..
kenal budak ney dari tingkatan 3..
time main bola..hoho..
bola sepak mengeratkan silaturrahim..hoho..
jadi main la bola sepak, maka anda akan dapat kenalan baru..hhooh..
budak ney, minat dengan bola..Man United sebagai kelab kegemaran..
budak ney la, seorang yang sangat kemas..time kat matrik dulu,,
dia ada semua file untuk semua subjek..rajin buat tutorial..
dan aku pula rajin pinjam tutorial budak ney sebagai rujukan..
rujukan jew ok?haha..
paling rajin mengemas loker, katil dan sebagainya la beliau kemas..hoho..
tapi, kalau suda mengemas meja..paling menyakitkan hati..
meja dia kemas..sebab benda-benda yang takda kena mengena dengan dia..dia letak jew kat meja sebelah..haha..
senang kerja..hoho..
budak ini lah yang sama-sama dengan aku sampai sekarang..hoho..
study kat Universiti Teknikal Malaysia Melaka,.
ambil jurusan Bachelor of Artificial Intelligence.. 

*********************************************
3rd..


Ini pula, Adika Kurniawan bin Riduainsah..
seorang yang pandai berlawak jenaka dan mengenakan orang adalah favorite beliau..
selain pandai berlawak jenaka beliau juga terer dalam math dan akaun..tapi,
kurang dalam bab-bab menghafal..
seperti, bio dan chemistry..
aku mula kenal time tingkatan 4..satu kelas..hoho
tingkatan 5, beliau menjadi rakan yang duduk sebelah aku..
banyak membantu aku dalam math dan akaun..
(terima kasih dika)
time matrik dulu, beliau adalah orang yang paling sukar di bangunkan pada waktu pagi..unstoppable la katakan bila da tidur..hoho..
dia juga rajin buat tutorial..tapi tulisan beliau sangat la berseni..membuat kan aku pun tak berapa nak paham..
nak bezakan mana satu 'S' dan 'A' serta '4' dan '1'..
hampir sama jew..huhu..
sekarang ney beliau da meneruskan pelajaran ke
Universiti Utara Malaysia,,
ambil course Akaun...kot..
tak ingat..hukhuk..

***************************************

4th..

Mohd.Alwi bin Umar..
dia ney kawan aku yang paling lama sekali bersama dengan aku..hoho..
kenal dia dari darjah 3 lagi..satu kelas..
sampai la ke tingkatan 5 satu kelas..
hebat tak?haha..
sampai aku pun bosan tengok muka nya teros..ahah..
(main2 sak bah..haha)
time di matrik dulu,
seorang yang sangat la malas nak datang ke kuliah..haha..
sorry wiee,, terjujur..
sampai nama dia famous di kalangan pensyarah akaun..
kalau pensyarah masuk, dia yang di cari dulu ney..haha
walaupun, dia ney malas datang kelas..buat tutorial apa semua tuu..jangan pandang rendah la..
silap la kalau kamu pendang rendah..
sebab, mathematics Sem1 dia dapat "A"..
bayangkan..math dapat A..
yang aku ney turun kelas, buat tutorial..dapat C- jew kot sem1
dia boleh dapat A..hebat tak hebat?aahah
alhamdulillah, dia da pernah ke tanah suci menunaikan haji time darjah 6, dan Umrah sekali lagi pada tahun lepas kot..
ini gambar time dia g umrah ney..hoho..
owh,,sekarang dia ada di
Universiti Malaysia Sabah(Caw.Labuan)-Kolej Antarabangsa Labuan..
betul ka apa yang aku tulis ney?
harap-harap betul la ekk..huhu..
ambil kos...err..international marketing?
lupa da aku..huhu..takpela..

**********************************

5th..

Tadaaa...
meet haziq again..haha..
ini, Mohd.Haziq bin Japar..
mungkin korang da baca pasal dia dalam entry aku hari tu kan..so, malas nak bagitau lagi..haha..
dia ney, lawak jugak orang nya..
tapi kitorang salu kutuk dia "alien" time skolah menengah dulu..
nasib la dia ney..sempoi jew kan..
tak kisah sangat..
kenapa kitorang panggil dia "alien",,
sebab, kadang-kadang kitorang tak paham apa dia cakap..
ahah..
bercakap macam ndak terbuka mulut nya tu..adoi..
mana la nak paham kn..hehe..
jangan ko marah nya Ziq aku kutuk kau di sini..
time matrik dulu, dia seorang yang rajin..dan salah satunya kawan ku yang ada time table la..
balik dari kelas jew, dia mandi..pastu bsiap, buat homework tros..
takda buang masa lagi..haha..
paling rajin la dia buat tutorial..selalu jugak aku pinjam dia punya tutorial tuu..
(aku ney asyik meminjam jew kan?hukhuk)
tapi, tulisan dia sama macam dika..berseni..terlalu la seni..
sampai bila aku tanya apa dia tulis, boleh plak dia tak tau kan..
rasa macam nak sekeh jew beliau ney..haha..
haziq ney lain sikit..kalau stress ke apa ke..
semua orang dia nak marah..haha..
kalau dia marah aku, aku marah dia balik..
sambil bertanyakan masalah dia..wahh, baik nya aku..hahah..
rezeki dia kat matrik tak panjang..sem1 jew..pastu, dia kena kick..huhu..jadi beliau sambung diploma di Uitm Lendu, Melaka..
amik course Art and Design..

************************************

6th..

tadaa..
ini Mohd.Hafizul bin Hj Abi..hehe..
nama manja Boboy..
owhh,,beliau tak termasuk dalam geng MaggiBoy tu...
jangan kau sedih plak yah Boy..
apa-apa pun aku masih ingat dengan ko lagi la..hehe
itu yang paling penting..
dia pun bekas budak matrik jugak..
tapi,,
dia keluar dari matrik sebab ambil SPA ..
SPA apa,,aku pun lupa..huhu...
yang aku tau bahagian kementerian kesihatan la..
nurse kali?hahah..
kenal dari tingkatan 4..
baru masuk sekolah kami..dan memperkenalkan diri dengan cara yang unik..sehingga membuatkan kelas kami ketawa..hoho..
tak banyak pasal dia..sebab kurang rapat sikit..huhu..
Gudluck in study..hehe..

***********************************

7th..

Here, the last but not the least..haha..
jangan kau merajuk lak ko paling last aku letak..
suka ku la kan..aku yang empunya blog ini..hoho..
Yusri bin Yunus..
kenal dari tingkatan 4..sama-sama jadi pengawas dengan beliau..hoho..
seorang yang suka novel, dan suka berpidato..dan amat arif dalam bahasa melayu serta bergiat aktif dalam nasyid..ketika sekolah menengah..
apabila berlawan cakap dengan beliau,,
jangan sesekali nak mimpi la nak menang..mustahil..haha..
apa-apa pun, dia jew sorang tak masuk matrik..
dia ambil diploma tros..
sekarang ney da ambil degree lak..sebab dapat fast-track..hoho..
sgt la fast...dengar-dengar beliau ambil LAW..
so, harapan korang nak menang dalam berdebat dengan beliau..
0%..ahah..
melanjutkan pelajaran nya di kampus bandaraya Uitm, Melaka..
apa-apa pun Gudluck Yusri..

*******************************************

ini adalah entry yang paling panjang sekali..huhu..
sebelum mengakhiri entry ini..
nak bagi tengok gambar kitorang time kat Kolej Matrikulasi Labuan..ehheh




Sekian la coretan aku kat entry ini..huhu..lenguh jari menaip..huhu..
ini lah rakan-rakan sekelas aku time tingkatan 4 dan 5..
termasuk aku ada 8orang jak lelaki melayu..
3 lelaki chinese
apabila di bilang 8+3=11orang lelaki..

11 orang jew lelaki daripada 45 jumlah keseluruhan kelas..hoho..
harap-harap..betul la aku kira..
kata-kata terakhir..
GUDLUCK semua rakan-rakan ku...
semoga kita berjumpa lagi..
senang-senang nanti kita pergi la lepak abc minum-minum..
sambil berceritakan pengalaman dan pahit manis kehidupan..hohoh...

~HABIS~


Sunday, February 20, 2011

Saya.Tau.Saya.Betul,Cik Siti..Tapikan...

Assalamualaikum~
1st..
abaikan jewla tajuk entry tuu..
secara basicnya, aku akan bagi pendapat atau balas pasal entry Cik Siti tu..hehe
bagi sesiapa tak baca lagi..klik di sini..

ingin saya bagitau Cik Siti,
Cik Siti telah membuat typing error di situ yah..
iaitu "berkahir" sepatutnya "berakhir"..
Malu? Segan?
takpe-takpe..kita belajar dari kesilapan..
kalau ada orang ketawakan Cik Siti, maksudnya dia juga mengetawakan diri dia sendiri..
saya pasti, semua pun pernah membuat silap..betul tak?eheh...



***************************************

Ooo..begitu..
jadi tak semua manusia ini kejam..
ada juga yang baik..tapi, pasti agak susah hendak berjumpa dengan manusia sedemikian bukan..?
sebab saya sendiri pun takda la baik mana pun..
dan tak juga kejam mana..sederhana sahaja..huhu..
iya, saya faham dengan konteks "kejam" Cik Siti itu..
dan saya setuju dengan apa yang Cik Siti katakan..
tapi, rasanya kita patut redha saja la dengan apa yang berlaku kerana apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya bukan?
tak guna untuk kita nak melenting dan marah..sebab diri kita jugak yang rugi nanti..hoho..



Cik Siti, saya tak kata semua "cinta monyet" ini berakhir dengan luka..
iyew, memang ada yang telah berakhir dengan perkahwinan malah telah mendapat cahaya mata pun..hoho..
seperti Cikgu Tuisyen saya sendiri..mereka telah "couple" sejak tingkatan 1 lagi..
itu apa yang beliau katakan kepada saya lah..kalau beliau menipu, maka saya pun menipu la..huhu..
tapi, tak mungkin bagi seorang Cikgu untuk menipu bukan?hoho
jadi, saya percaya..sebab saya tengok dia pun masih muda lagi..


(admire jew..sebab dia pandai maths..huhu..& admire dengan cerita dia ney)

iyewla..itu hak Cik Siti tak perlu la..
Cik Siti nak nyatakan tak nak bercouple tuu..
cuba Cik Siti tengok muka saya ney..
ada saya kesah?
takda kan?haahhaha..



Hurm..iya..
memang tidak dapat dinafikan..
dalam benci-benci itu..pasti akan ada rasa sayang..
mustahil bagi kita untuk membenci sepenuhnya dengan orang yang kita sayang..
kalau kita kata, kita tak sayang dia..
sememangnya kita menipu dengan diri kita sendiri bukan?eheh

okay..fikir-fikirkan la dulu..tapi rasanya agak mustahil untuk kita rasa sedemikian melainkan kita mengalaminya sendiri..tapi apa-apa pun 
just be happy and move on~
(apa aku merepek nye..haha)



iyewla, Cik Siti..
saya tau..dan saya pernah terlihat group itu berlegar-legar di halaman utama Facebook..
semasa Cik Siti mencari ahli..hehe..



alhamdulillah..kalau begitu, saling bantu membantu ok..?
tapi apabila kita nak membantu itu,
pastikan kita tidak berada di mana-mana pihak..
sebab kita tak tau cerita untuk pihak yang lagi satu..
focuskan untuk membantu mereka menghadapi hidup-hidup
with or without lelaki..hehehe...
jangan salahkan sesiapa..
everything happen for a reason~

"I believe that everything happen for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you can appreciate them when they're right, you believes lies so you eventually learn to trust no one but yourself and sometime good things fall apart so better things can fall together."



***************************************************

Baiklah, saya akan jawab persoalan yang di timbulkan oleh rakan anda itu..

persoalan beliau 
"mungkinkah dalam masa sebulan jew, perasaan SUKA atau SAYANG atau CINTA boleh wujud?"




kalau di fikirkan secara logik dan waras akal..
iya boleh..betul la apa yang Cik Siti cakapkan..
tidak mustahil unutk itu berlaku..satu bulan lama tuu..



saya pasti, Cik Ratna pernah dengarkan Cinta Pandang Pertama?
haa...lagi la sekejapkan..
baru sekali pandang suda ada feel bercinta?
cukup tak penjelasan saya ini?
apa tak cukup?


nak bukti...?adei..
bukti-bukti ney masalah sikit..sebab kita bercerita tentang perasaan yew Cik Ratna..
perasaan tak boleh nak ditunjukkan..kalau boleh..
saya rasa pasti Cik Siti da tunjuk awal-awal..btol tak Cik Siti..?



tapi kalau Cik Ratna tak puas hati lagi..
apakata Cik Ratna cuba sendiri?(saya galakkan takyah cuba, tapi cuba fikirkan..hoho)
dalam masa sebulan tuu,
Cik Ratna, ber'sms dengan seorang lelaki..(sesiapa jew yang menjadi pilihan hati)
tiap-tiap masa Cik Ratna ber'sms' dengan beliau..
bertanyakan, apa dia buatkan..
sms jewla apa-apa pun..bila da ber'sms' satu bulan tuu..
mesti Cik Ratna da boleh tau apa aktiviti dia..
Jam berapa dia selalu bangun, makanan favorite , minuman favorite..
dan segala macam favorite lagi la..haaha..


kalau Cik Ratna tak percaya lagi..
saya rasa saya tak dapat nak bantu lagi la..
biarlah pengalaman tuu yang buat Cik Ratna rasa sendiri ok?
harap Cik Ratna bersabar jew dulu ok?ehhe..

*****************************************************

Berbalik kepada Cik Siti pulak..
Sampai sini jewla yang saya dapat bantu kawan Cik Siti ney..
apa-apa pun, harap ini dapat membantu..tak kisah la sedikit mana pun..hehe..

Berkenaan dengan soalan Cik Siti tu..agak payah bagi saya nak menjelaskan nya bagaimana...
sebab saya pun belum berkahwin lagi...adei..
tapi saya rasa Cik Siti pasti ada terbaca kat Facebook..
tentang 10 tanda-tanda dia jodoh anda?
saya ada jew baca..tapi tak ingat la pula..tapi,
kalau saya ada terbaca artikel tuu lagi, nanti saya tag Cik Siti ok?




Saya rasa simpati terhadap laptop Cik Siti..
dan saya rasa juga..itu tanda-tanda nak ada laptop baru kot..ahahah..

P.S____: kepada pembaca jugak..kitorang takda papa hubungan melainkan sahabat blog atau sahabat FB serta sahabat alam maya..cuma rasa seronok berbalas entry..dengan tidak semena-menanya ada idea dan ada benda baru di belajar..dan juga ada benda nak dibuat kat blog ini..haha..

Selamat berhari Minggu~..hoho



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...