Tuesday, March 29, 2011

Whatever~

Assalamualaikum..
hari ney sangat la tak best..aku bad mood sangat-sangat..arghhh...



tension..nak marah jew aku rasa ney..kucing tidur dekat tangga tadi pun aku marah..haha..
takda la..gurau jew..adalak nak marah kucing sewel ke apa..huhu..
apa-apa pun..



asal jarang aku da aku nampak kucing kat Emerald Park ney..
musykil aku..biasa nya ada jew berkeliaran..


sampai-sampai bilik..aku terus buka laptop..hoho..
takda benda nak buat..huhu..
tengah mencari ketenangan diri..hurmm...
tengah dok serabut-serabut ney..



aku update status kat FB yang berbunyi begini 

"walaupun kita ada BF/GF tapi KAWAN tetap yang paling SETIA"

kenapa?
yewla..sebab lau ada BF/GF bila kita break..siapa yang ada time tu?
siapa yang bagi semangat dengan kita?
korang jawab la sendiri..hoho..
so, hargai la kawan-kawan di sekeliling korang..

lepas tu, aku terfikir satu perkara lagi..
kalau kita nak orang hormat dengan kita..
kita perlu hormat dengan orang lain dulu baru orang hormat dengan kita..
betul tak?hoho..

begitu jugak la dengan benda-benda yang lain..
kalau kita nak orang tu faham dengan kita..
kita kena faham dengan orang tu jugak..
benda ney sama jugak la macam..
kalau korang tak suka kena tipu,
jangan la tipu orang..
kalau korang tak suka dengan orang hipokrit..
jangan jadi hipokrit..
baru la namanya cakap serupa bikin...

-end of story-



Monday, March 28, 2011

Kurosagi & Kenichi

Assalamualaikum..
post kedua untuk hari ney..hoho..
tak tau nak buat apa..so, aku update blog..hehe..
entry kali ney, kurosagi & kenichi..
ini bukan sejenis makanan laut atau yang sewaktu dengannya..haha..


ini hero and heroin dalam cerita ney


ok..aku mulakan dengan kurosagi..
kurosagi ney sebenarnya satu tajuk bagi drama jepun yang diadaptasi dari komik..
kurosagi atau boleh ditranslate kan sebagai black swindler..
black swindler tu apa lak..
dari apa yang aku tau berdasarkan drama tersebut..
swindler ney maksud dia orang yang melakukan penipuan..
so, black swindler ney orang yang menipu si penipu..haha..(ikut cerita tu la)
untuk tau lebih lanjut pasal cerita ney korang tengok la sendiri..(malas aku nak cerita panjang-panjang..huhu)



dalam cerita ney jugak..ada benda penting yang di sampaikan..
korang tau tak cerita pasal "Cinderella"
tau tak ending dia macam mana?
kalau tak tau takpe..
aku bagi tau, ending Cinderella tu,
Cinderella dapat kawen dengan Putera tu kan..
tapi, korang pernah terfikir tak apa akan terjadi selepas tuu?
betul ke dorang happy ending?
pasti akan wujud satu masalah kan..
di mana perbezaan status mereka itu sendiri akan jadi masalah..
kalau dalam dunia sebenar..pasti Putera tu, di pandang serong dengan kaum kerabat dia kan..

"An Ending create a new Beginning"

kalau di masukkan dalam kehidupan kita..dia jadi macam ini lak..
kita lukakan hati seseorang..pastu orang lukakan hati kita balik..

"what goes around comes around"

walaupun kita bagitau yang kita da dapat balasan
itu takkan dapat mengubah apa-apa..
malah orang yang berubah adalah orang yang dilukakan tadi..
kenapa?
sebab pasti benda tu akan effect dengan kehidupan nya..
cara dia jugak akan berubah..
itulah maksud nya..
"An Ending create a new Beginning"
baru la aku betul-betul faham dengan ayat di atas ini..haha..

****************************


Kenichi..
yang ney anime jepun..
ok kenichi ney cerita pasal seorang budak sekolah tinggi(high school)..hoho..
selalu jew kena buli dengan budak-budak yang lagi kuat dari dia..
dia ini lemah jew..
so, dia bertekad nak belajar seni mempertahankan diri..
supaya dia boleh lindungi orang yang dia sayang dan orang-orang yang lemah..
jadi, dia pun belajar la seni mempertahankan diri tu di Ryouzanpaku..
dalam tu, banyak Master erti kata lain sifu..
mula-mula dia nak belajar karate jew..
tapi, semua sifu ada dalam tu nak merasa macam mana ada anak murid..
jadi dia belajar semua martial art..
Karate, Chinese Kenpo, Muay Thai, Jujutsu..dan banyak lagi..haha..
kalau di fikirkan boleh ke orang kuasai semua martial arts ney..hmmm..

konsep dia ney hampir sama dengan cerita Naruto..hoho..
sangat best..aku suka..hoho..
tambah-tambah lagi cerita lawan-lawan(fighting)..

ok sampai sini jewla...saja nak berkongsi..heeee..


P.S.__: hee..sorila kalau penerangan tak berapa nak elok..aku tak tau nak terangkan macam mana..harap korang paham la okay..
tengok anime kenichi tu, buat aku nak belajar martial arts jugak la..hoho


How.Can.I.Forget?!

Assalamualaikum..
lama tak update blog..huhu..
sebab line wifi kat kolej sangat slow
semenjak dua menjak ney..hoho..
nak buka fb pon lama sangat..sempat aku g mandi..huhu..
stress aku..
kalau da buka fb tu lama sangat..apatah lagi kalau nak buka blog ney..haish =.="
jadi kalau da stress tu..close jew la terus..hoho..

rasanya tajuk entry kali ney takda kena mengena sangat kot dengan entry kali ney..
sebab aku tak tau nak letak tajuk apa...huhu..
kenapa aku letak?
sebab ayat tu terlintas kat fikiran aku sebelum nak tidur semalam..



****************

nak di jadikan cerita..(baru nak masuk tajuk entry ney tadi mukadimah jew..hoho)
ada la sorang membe aku ney..
ex-gf dia..kalau bertegur dengan dia atau chat dengan dia sms ke..
pasti tak kan lepas perkara yang pernah yang di buat..
apa yang dia buat??
jangan fikir bukan-bukan..
dia cuma break up jew tapi dengan menggunakan orang tengah..
kenapa dengan orang tengah..sebab dorang tak satu sekolah..
pastu, ex-gf dia..takda hand phone utk di call or sms..
dia da mtk maaf tapi masih lagi tak di maaf kan..masuk tahun ney da 4tahun..
lama tak?lama kan..haha..
kenapa ex-gf dia tak maaf kan..
sebabnya, dorang break up..
pastu, dia g couple dengan kawan ex-gf dia lak..huhu..
mesti korang anggap kawan makan kawan kan?



(ex-gf = A; kawan ex-gf = B)
tapi, apa yang dia cakap, nampak dan dengar..
si A, takdala kawan sangat pun dengan si B..
kadang-kadang dia ada dengar jugak la
si A dan kawan si A yang lain ney cakap belakang pasal si B..hurmm..
aku no comment la..
kita fikir-fikir kan jewla..
agak complicated jugak tuu..hoho..

lagipun, dia rasa bersalah jugak and rasanya da terima juga balasan nya..
sebab dia da break dengan si B tu..dan meneruskan kehidupannya seperti biasa..
tapi, dia tak pernah lupa dengan apa yang dia pernah buat..
di mana silapnya sentiasa dia ingat..
tak perlu nak di ingatkan lagi..
sebab cuma menambahkan luka di hati di jak..
itu lah apa yang di ucapkan beliau..hoho..



"what goes around comes around"

****************

aku suka ayat ini..

"hey,, tak semua yang kita mau kita dapat...hargai apa yang sudah berlalu..lepaskan apa yang telah pergi..dan teruskan apa yang perlu..tetap ada hikmah semua tuu..sakit mana pun kita terluka..biar kita senyum dalam luka.. =p"

-PEACE no HARM-


P.S.__: hmm...mungkin aku da banyak kali nyatakan ayat di atas..tapi, saya punya suka la..sebab saya suka ayat tuu..ngee~ =p



Sunday, March 20, 2011

M.A.R.A.H

"Anger is an emotion related to one's psychological interpretation of having been offended, wronged or denied and a tendency to undo that by retaliation. Videbeck describes anger as a normal emotion that involves a strong uncomfortable and emotional response to a perceived provocation. R. Novaco recognized three modalities of anger: cognitive (appraisals), somatic-affective (tension and agitations) and behavioral (withdrawal and antagonism). DeFoore. W 2004 describes anger as a pressure cooker; we can only apply pressure against our anger for a certain amount of time until it explodes. Anger may have physical correlates such as increased heart rate, blood pressure, and levels ofadrenaline and noradrenaline. Some view anger as part of the fight or flight brain response to the perceived threat of harm. Anger becomes the predominant feeling behaviorally, cognitively, and physiologically when a person makes the conscious choice to take action to immediately stop the threatening behavior of another outside force."



***************************

..MARAH..
semua orang pasti pernah marahkan..
apatah lagi kalau yang panas baran tu, konform la lagi banyak marah..haha..
tapi, apa-apa pun, kalau kita marah tu..cuba la kita kawal..
jangan sampai perasaan marah tu, mengawal kita..
mengawal cara kita bercakap, mengawal perbuatan kita,
last sekali dan paling penting..
mengawal fikiran kita..

aku akui la..
memang aku panas baran..hoho..
lagi satu, suka simpan perasaan marah tu..
bila sampai satu tahap, keluar semua perasaan marah tu sekaligus..
kesian kat orang yang kena marah, tak pasal-pasal benda yang dia tak buat pun kena marah jugak..haha..



cikgu aku cakap,
tak bagus simpan marah tu, yewla..
macam yang aku cakap tadi tu..bila da sampai tahap yang da tak boleh nak simpan..
memang marah gila-gila la..hakhak..

tapi, ada caranya jugak macam mana kita nak tangani masalah itu..
ini cara aku la..
pertama sekali,
sabar..
sabar jak la dengan apa orang yang buat dengan kita..
mungkin, ada orang cakap sabar pun ada tahapnya jugak kan?hoho..
tapi, korang sabar jewla..haha..



yang kedua..
buat tak kisah la..
apa-apa pun orang buat dengan kita..
buat tak kisah jewla..
lantak dia la nak buat apakan..lantak dia lah nak cakap apa pun..
kalau benda tu tak betul, fitnah..
kalau cakap belakang, mengumpat..
kalau cakap depan-depan, mengata atau menyindir..
semua tu dapat dosa, korang dapat pahala..
haa..kan bagus tuu..hihi..dapat pahala beb..
perlu ke korang marah lagi??haa..cuba fikir-fikir kan..hmm..

"patience is not the ability to wait,
but the ability to keep a good attitude while waiting."

dalam islam pun, ada cara jugakkan macam mana nak tangani perasaan tuu..
kalau kita marah time kita berdiri, duduk..
kalau duduk, baring la plak..
kalau baring, dan cara-cara lain tak berkesan..
ambil air wudhuk..insyaallah...

bagi aku, kalau aku marah..sakit hati ke..apa ke..
aku diam jewla..tak nak cakap apa-apa pun..
yewla, nanti kalau aku bercakap..keluar lak benda-benda yang tak sepatutnya aku cakap..
lagipun, nanti akan menegangkan lagi keadaan tersebut..
so, lebih baik diam jewla..
tak nak kusut-kusut kan lagi perkara tersebut..
lebih baik mengalah daripada benda tak baik berlakukan..hehe..


"If a words are not worth saying you'd better keep silent"

bila kita marah ikut kan perasaan,
lagi teruk,mesti akan buat keputusan yang tak sepatutnya kan..
mesti tercakap dan terbuat benda yang tak sepatutnya jugak..
"terlajak perahu boleh undur, terlajak kata?"
tak boleh nak tarik balik..haha..
apa lagi kalau korang terpukul orang tu..lagi la..
mesti ada kesan kat mana-mana..

trend sekarang ney,
kalau marah post kat facebook..hoho..
ok jugak la, ada jugak orang nak ambil berat pasal korang kan..sejuk jugak hati korang..hehe..
tapi, jangan la sampai mention nama orang yang korang marahkan tu..
nanti dia balas balik..
pastu, korang balas lagi..sampai bila pun tak kan abis..
percayalah, sebab aku pernah alami..
so, aku akan make sure benda tu takkan berlaku lagi la..
kita belajar dari pengalaman..hoho..

dalam dunia ney ada 3 jenis orang..

1. Orang yang kurang pandai: dia tak belajar dari pengalaman dia sendiri dan pengalaman orang lain.

2. Orang yang agak pandai: dia belajar dari pengalaman dia sendiri tapi tidak dari pengalaman orang lain.

3. Orang yang bijaksana: dia belajar dari pengalaman dia sendiri dan pengalaman orang lain.

aku rasa aku tergolong dalam orang yang kedua kot..huhu..
aku tak berniat nak singgung kan perasaan korang..cuma nak share jew benda ney..
so, pandai-pandai la kita menilai diri kita sendiri macam mana kan..hehe..


P.S__: kadang-kadang kalau kita marah kita terlepas cakap kan?..tapi, aku tak kesah..sebab itulah perkara yang sebenarnya orang fikirkan pasal kita..

Saturday, March 19, 2011

This.Is.Tawau-Sabah~


Sabah adalah salah satu daripada 13 negara anggota Malaysia. Sabah terletak pada bahagian utara pulau Kalimantan. Sabah juga adalah negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak, yang bersempadan di sebelah selatan-barat. Sabah juga bersempadan dengan wilayah Kalimantan Timur Indonesia di selatan. Walaupun statusnya sebagai negara Malaysia, Sabah tetap menjadi wilayah sengketa, Filipina mempunyai tuntutan aktif atas sebahagian besar bahagian timur wilayah itu. Ibu kota Sabah ialah Kota Kinabalu, sebelumnya dikenali sebagai Jesselton. Sabah sering disebut sebagai "negeri di bawah bayu", kerana lokasinya tepat di sebelah selatan wilayah rawan taufan di Filipina.

******************************


Tawau merupakan pusat pentadbiran bahagian Tawau dan bandar ketiga terbesar selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.
Pada awal tahun 1980, penduduk Tawau sekitar 200 orang terdiri daripada orang Tidung dan orang Suluk, mereka adalah penduduk asal dari Wilayah Kesultanan Sulu(termasuk Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan Sebatik) sekitar Pulau Borneo.




Mereka telah lama menetap di kampung-kampung di Tawau Lama. Kebanyakan daripada mereka adalah nelayan dan petani padi bukit yang menjalankan dagangan dengan Belanda. Selain itu berdasarkan fakta sejarah, ada penempatan awal di Kalabakan, kampung tertua di daerah Tawau. Ketua kampung Kalabakan adalah menteri dari Sultanete of Bolongan-Tarakan.
Nama Tawau sendiri masih menjadi teka-teki: rujukan awal ke tempat ini adalah Tanjung. Beberepa sumber menyatakan bahawa pedagang Suluk memanggil tempat tersebut sebagai Tawao,yang tersalah faham dengan Davao di Pulau Mindanao Filipina. Sumber yang boleh dipercayai perkataan Tawau diberikan oleh orang Tidung,yang memanggil tempat itu sebagai Tanah Tidung,di mana perkataan Tanah itu bertukar menjadi Tawau.
Pada 9 Februari 1983, kapal British SS "Normanhurst" berlayar ke Tawau untuk kali pertama, dan kargo kapal tersebut penuh dengan damar, getah perca, getah India, cengkerang kura-kura, dan gading sebagai pertukaran barang(barter) untuk rotan, kismis, sarang burung, dan getah.


Kee Kim Swee, seorang warganegara China(Hainan) yang memeluk Islam dan menggunakan nama Kee Abdullah telah dilantik oleh Syarikat British North Borneo(Chartered) sebagai Pegawai biasa dan pengumpul hasil pada tahun 1984 di Tawau. Dia kemudiannya menjadi penghulu pertama Orang Kaya-Kaya(OKK) di Tawau.


Sunday, March 13, 2011

Sekali.Aku.Dah.Kawan.Dengan.Dia,Selamanya.Dia.Tetap.Kawan.Aku !

kata mak,KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......
kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros , dipandang cantik dipegang sakit.....
kata atuk, KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....
kata nenek, KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana ....
kate sedare, KAWAN tu mcm makanan, ka wan makan ka wan !!
kata abang, KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata.........
kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik, KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde........



kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..

walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!



dia tetap KAWAN ....
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan ..!!



walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia.
walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga.

P.S__: bagi aku KAWAN tu macam iklan Loreal, kerana dirimu begitu berharga...hahahah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...