Tuesday, April 5, 2011

Hukum Memukul/Menampar Muka

Assalamualaikum..

saja nak share benda ney..hoho..
diambil daripada



Ust. Salman Maskuri

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .
Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:


وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).
" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samaada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Quiz.Presentation.Assignment.Labtest.FinalYearExam.And.Finally~

Assalamualaikum..
wahh,
pejam celik, pejam celik..
da masuk bulan April..huhu..
cepat sungguh masa ini berlalu kan..huhu..
tak terasa..da abis sekolah menengah da abis matrikulasi..
tak terasa jugak da abis satu sem kat U ney..
dan tak lama lagi sem tahun ney pon abiz jugak..huhu..



buka sem baru nanti..da jadi tahun dua da aku..wow..
ada lagi 5sem baru la tamat pengajian kat sini..huhu...
tak lama lagi tuu..huhuh..



bulan ney...busy la sangat2..(konon la..hhaha)
busy dengan assignment, labtest, quiz..huhu..
damn..!
lecture semua da  habis..tinggal benda-benda ney jew tak abis buat lagi..huhu..
tak suka nye...ingat bila da abis lecture tu,,
da lepas la beban nak bangun pagi pegi ke kelas..
nak hadir kelas lecture yang membosankan + mengantuk..hahahah..



tapi apa-apa pun..harap semua berjalan dengan lancar..
buat entry ney buat aku teringat semua kerja-kerja tersebut...
arghhh...
stress nya..hahha..



bila semua assignment, labtest, presentation, quiz da abis..
final year exam plak akan menjelang...adei..
kena study betul-betul ney..hoho..(rupanya ada study salah-salah)
pointer sem lepas pun tak berapa nak baik jugak..huhu...sedey...
harap sem ney tak turun la..doa kan aku yerr..huhu..



disebalik semua keperitan dan kepayahan yang kitorang akan lalui sebagai budak U tahun ini..
akan di balas setelah abis exam nanti..hoho..
kenapa...?
budak-budak U dan budak-budak yang nak masuk U jew tau benda ney...haha..
mungkin bagi budak-budak U perkara ini adalah perkara yang paling mengembirakan..
tapi tidak bagi budak-budak yang nak masuk U..(aishh...aku da pening taip budak-budak U dengan budak-budak nak masuk U...budak la sangat..hoho)



sebab kitorang akan ada cuti summer breakk..yeahh!..
first time Malaysia ada summer breakk..hoohoo..
selama 4bulan kitorang cuti..hoho..
tapi, untuk tahun ney jewla cuti 4bulan...next year..macam besa 2bulan jew..hoho..
kesian budak-budak yang nak masuk U..
tak dapat rasa cuti 4 bulan..hahha..



dorang rasa tak sabar nak masuk U adalah..
tapi tak payah la korang nak excited masuk U ney..hoho..
kita tengok macam mana moral korang selepas 2-3minggu masuk U..haha..



okay la...hari da nak siang...
so, aku end kan entry ney kat sini..


__THE END__



P.S.__: sesiapa yang merasakan aku sengal maafkan aku...hahaha.. =p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...