Thursday, June 30, 2011

"Kentut" JANGAN, gantikan U kepada O!!

Assalammualaikum..

iya..masih lagi belum tidur..
dengan keadaan yang sejok..
di tambah lagi dengan hujan yang sepoi-sepoi bahasa..
rasa ingin tidor jew...tapi, rasanya..
ada lagi benda penting..yang aku hendak sampai kan..
kepada rakan blogger sekalian..

sedang melawat-lawat blog rakan-rakan..
terjumpa la dengan perkataan ney..
KENTOT
orang Sabah atau..sesiapa jak la yang faham apa maksud lain benda ney..
jangan cakap aku lucah or pervert..
atau orang yang aku lawat tu pervert..
cuma dorang ney orang semenanjung.. <--ke ada orang Sabah tak tau maksud laen?
dorang maksudkan KENTUT okayh?



untuk makluman rakan blogger dari Semenanjung khasnya..
maksud perkataan with the "O"[bagi orang Sabah dan sewaktu dengan nya..] <---tak sanggup nak nyatakan sekali lagi..
perkataan sopannya ialah..
Zina, perbuatan sumbang mahram ataupun muhrim..
dan yang sewaktu dengan nya la..

jadi bila aku baca entry..
tetiba ada plak.. with the "O" words tu..
rasa, terkejut la..baca sekali lagi..oo, kentut rupanya..
da dua blog aku jumpa..
and aku tegur jugak la..
supaya jangan guna..
walaupun, korang tak maksudkan benda tu..

aku cuma nak bagitau jew..
sebab, bagi aku..with the "O" words tu..
ada maksud laen kan..
so, dari kamu jak la nak nilai macam mana kan..
aku cuma menyampaikan..


so, GOODNIGHT~~
err, GOOD MORNING..

with LOVE(hahah)
Mohd Izzar..

U Share I Care~~

P.S.___: kalau dari segi penyebutan(cara kita bercakap) aku rasa berbeza la...tapi, dalam blog kita mana bercakap kan?hmm..=.=

Apa itu "Vlogger"?

Assalammualaikum..

Hello and Good Morning everybody.. =)
waktu sekarang 4:58 A.M
baru sahaja menunaikan solat subuh..
dan aku tak tidor lagi..haha..
busy tengok video kat Youtube..
Malaysian YT<----- Anwar Hadi suggest to say it like that..hoho (Youtube)
tengok yang Top 10 jew..

entry ini..mungkin agak panjang..
harap korang baca jugak la ekk..
ok, apa tu Vlogger?

"Video blogging, sometimes shortened to vlogging[1] (pronounced 'vlogging', as opposed to 'v-logging'[2]) or vidding[3][4][5] or vidblogging[6] is a form of blogging for which the medium is video,[7] and is a form of Web television. Entries often combine embedded video or a video link with supporting text, images, and other metadata. Entries can be recorded in one take or cut into multiple parts. It is also a very popular category on YouTube." 
di ambil dari wikipedia..hoho..

yeah..hari ini..
aku nak bagi komen pasal TOP 10 Malaysian YT..

Mat Luthfi aku rasa semua orang kenal..kalau tak kenal..
klik jew link kat tu..hoho.. tak kenal maka tak cinta..
aku suka dengan beliau..err, maksud aku video beliau..
ada makna dan point yang cuba disampaikan..
serta, ada rupa korea <----- tu yang aku baca dekat komen YT
video ini yang paling aku..hoho..

Anwar Hadi
I must said..
good-looking man..handsome..haha..
ikhlas tu..hoho..
fasih jugak berbahasa Inggeris..
jadi aku minat la dengan dia..
macam Mat Luthfi..maksud aku..
content dalam video dia tu la..
dan aku suka video dia yang ini..setakat ney la..

Maria Elena
a girl vlogger...hoyeahhhh!
apa yang dia cuba bawak pun..
sama jugak dengan vlogger dua di atas..
ada benda yang nak disampaikan..
tapi, aku kurang sikit la..sebab, biasanya lebih kepada
girl thing...hohoho..<---jangan marah yew Maria Elena
tapi, apa-apa pun..
video ini, aku suka..thumbs upp!!

Aiman Azlan
Vlogger yang lebih kepada Islam..
dia berdakwah dengan cara video..itu yang aku suka..
good-sense of humor for me la..
good-looking..dan fasih bahasa Inggeris..yeahh!
owhh..Maria Elena pun fasih bahasa Inggeris..hehe
ini video dia yang aku suka,,
3 Reasons Why We Shouldn't Cheat on Exams!!

Polkadot Doughnut 
Vlogger ney..aku tak nak cakap lebih la..hoho
kita sendiri la nilai macam mana kan..
tapi, vlogger ney..mengajuk Matluthfi dan Anwar Hadi..
harap dia cuma mengajuk dan takda niat lain..hehe..
apa-apa pun ini video dia..
 

Shahrincool
iyew..dalam banyak-banyak..
dia la yang paling muda kot..
suara dia, cuma ada satu tone jew..
expressi muka pun, satu jugak..
tapi, kinda cute <---- jangan ingat aku gay plak..=.="
senyum lahhh! =)

Van Deanva
yes..seorang vlogger jugak..
kerap menyuarakan apa yang terbuku di hati dia..aha..
kalau dia tak suka, dia akan kata tak suka..
juga ada video yang lebih kurang sama dengan Aiman Azlan..
ini pula video dia.. =D

Afiqsays aku harus kata kan..
video dia, adalah explicit content..
and need a parental guide..dan tolong la percaya..*seriously
so, siapa-siapa yang nak tengok jugak..
bersikap open minded..baru boleh bukak..
walaupun, begitu..ada juga benda-benda
yang baik yang dia cuba sampaikan..dari kita jewla..
nak terima macam mana kan..
tapi, tak semua jugak la explicit content..
ney yang okay..

MentolPecah 
dua orang sahabat..
bekerjasama untuk membikin vlogger ney..
dorang lebih kepada lawak..
dan lawak memang menjadi..
serta, ada jugak la video-video yang
dorang gi jalan-jalan..doing something.. <---- suka video yang macam ney
aku pernah tengok video dorang kat FB..
cuma aku tak tau itu dorang..hahaha!

Kyopropaganda
vlogger yang ke-10..
budak UITM Lendu Melaka..
video dorang pun agak cool jugak la..
ada jugak video yang, agak-agak bangang..haha..
itu jewla yang aku nak cakap..
dan ini video dorang..
terbaekk ahh..
kalau korang tengok ahh..
budak yang pakai baju singlet hitam
yang cakap "hamster wa suda mati, cibai" something like that..
kawan aku tu..
kawan akuu..hahah <---- excited member jadi bintang YT..
kalau korang tengok..video trailer ney..
macam movie.. i loiikkee it.

P.S.___: sekarang da pukul 6.12 A.M @.@....

Wednesday, June 29, 2011

Women & Men

A woman was out golfing one day when she hit the ball into the woods.
She went into the woods to look for it and found a frog in a trap.
The frog told her, "If you release me from this trap, I will grant you three wishes."
The woman freed the frog, and the frog said,
"Thank you, but I failed to mention that there was a condition to your wishes.
Whatever you wish for, your husband will get it ten times!"
The woman said, "That's okay."



For her first wish, she wanted to be the most beautiful woman in the world.
The frog warned her, "You do realize that this wish will also make your husband the most handsome man in the world, an Adonis whom women will flock to".
The woman replied, "That's okay, because I will be the most beautiful woman and he will have eyes only for me."
So, KAZAM-she's the most beautiful Woman in the world!
For her second wish, she wanted to be the richest woman in the world.
The frog said, "That
will make your husband the richest man in the world.
And he will be ten times richer than you. " The woman said, "That's okay, because what's mine is his and what's his is mine."
So, KAZAM-she's the richest woman in the world!
The frog then inquired about her third wish, and she answered,
"I'd like a mild heart attack!". 
Moral of the story: Women are clever. Don't mess with them!

Attention female readers: This is the end of the joke for you. Stop here and continue feeling good!
Male readers; Please read on.  


The man had a heart attack ten times milder than his wife!!!
Moral of the story: Women are really dumb but think they're really smart! Let them continue to think that way and just enjoy the way


PS: If you are a woman and are still reading this; it only goes to show that women never listen!!

Forward this to all the guys for a good laugh, and to all the ladies who have a good sense of humour..

#WW : What My Mom is Cooking?

Kek Lapis Sarawak~~~~

#WW : Orang Kuat I.P Tawau.







P.S.___: another Facebook friend..haha..kalau dia tau aku post di blog ney, kena tiaw barang kali..

*tiaw* = bukan sejenis makanan okay..haha.. macam kena marah la macam tu..hoho

#WW : BERSIH - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil



Tuesday, June 28, 2011

Day 15 : Describe where you live.

Assalammualaikum..

Yeahhhh!
Challenge hari terakhir..hoho..
bahagia nya..hehe..

aku tinggal di Tawau, Sabah..
Batu 3, Jalan Apas..haha..macam mau kasi alamat pulak..
tapi, lagi popular dengan panggilan Bentol..
sebut jak Bentol, orang Tawau tau tu la di mana..

kalau lebih spesifik..
aku tinggal di Flat Guru SK Taman Tawau..
Abah Guru Besar, tapi..bukan di sekolah tempat aku tinggal ney..
Mak cuma suri rumah sepenuh masa..

gambar di atas ney..
kebakaran yang berlaku pada tahun 2009..
kalau aku tak silap..tapi ini kat kampung sebelah..
terkena jugak la bangunan sekolah tu..
aku tak tau sangat pasal peristiwa ney..
sebab, kat Matrik time tu..

ini pulak gambar dari depan..hoho..
rumah aku tingkat satu..
so, tak penat jugak nak naik tangga..
da tinggal kat sini since 1997 sampai la sekarang ini..
dari umur 6 tahun sampai la sekarang ney 20 tahun..
lama tak? mungkin akan terus tinggal kat sini..
sampai la Abah aku pencen..ada 5tahun lagi..
Insyaallah..


cantik plak..
gambar yang kat atas ney...hoho..
okla..
itu jewla..hoho..

sekian,
Salam^^

My Family

Assalammualaikum

yeah..nak cerita pasal Family aku pulak..heheh
yela..hari tu ada challenge dia aku tak buat kan..
sebab tak ada idea nak cerita macam mana..

tadaa!
ini lah gambar family aku..hehe..
tak tau la..raya tahun bila ney..
lupa da aku..
tapi, rasanya itu tak penting..hoho..
sorry la kalau gambar blur sikit..
apa-apa pun..
Love my Family so much... <3

sekian,
Salam^^

Ada yang nak di share~

Assalammualaikum..

semalam da dapat follower 200+..
buat entry pasal tu..
wow, banyak mendapat sambutan..
ucap tahniah la..suruh keep on blogging la..
tapi ucapan tahniah la banyak..
komen kat entry tu pun banyak jugak..
kalau begitu, hari-hari la aku buat entry begitu..hahahah!

masuk topik hari ney..
ada benda nak share..gambar jew pon..hoho..
da ready ka ney nak tengok..hahaha!

 
tadaaa!
surprise tak?haha..
focus kan pada orang yang paling tinggi dan pendek tu..okay..
2ekor mamat tu tak penting..walaupun hensem..<hahaha>
waktu kejadian, tahun lalu..
baru sampai kat Melaka Sentral time ney dari LCCT..
jumpa lak dengan orang paling tinggi dan pendek yang berasal dari Pakistan..
amik gambar dengan dorang..bayar RM5 oww..
ok tu jewla..sebagai pembuka untuk hari ini..hehe..

Salam^^

Monday, June 27, 2011

Sempena Follower yang ke-200.

Assalammualaikum...

yeah..da dapat 200 follower..
mula-mula sekali..nak ucap terima kasih la..
sebab sudi jadi Follower kat blog ney..
dan terima kasih banyak-banyak kepada..
Follower Setia blog ini..hoho^^



mungkin korang akan tertanya..
adaka, aku akan buat review..
siapa ka follower yang bertuah tu..?
silap...kamu silap..hahaha..<evil laugh>
tak nak la buat macam tu..sebab semua pun buat begitu..
cuba nak buat kelainan sikit..haha..

nak kreditkan dengan Follower Setia kat blog ini..
mungkin ada ramai..(perasan nyer aku)..
tapi, aku pilih satu jew lah...nak letak ramai-ramai..
tak muat pulak..haha..
memandangkan..hari ini, birthday blogger tu..
dan setiap kali ada post baru..mesti ada jak dia komen..
jadi mari la ramai-ramai kita pegi blog dia..
wish happy birthday..
plus, dia ada domain sendiri da..sangat jeles okay..=.="


klik jew banner atas ney okay..dulu,
di kenali sebagai akuhanyasatu.blogspot..
sekarang....kamu tengok la sendiri..hahah!
sekali lagi..
HAPPY BIRTHDAY ECHAA!^^

Sekian,
Salam...

Day 14 : What are you afraid of?

Assalammualaikum..

Day 14 challenge..
Inilah paling susah aku rasa..haaha..
aku tengah fikir ney..
aku takot apa ekk..

takot gelap..tak jugak..
takot dengan kucing tak jugak..
takot dengan haiwan-haiwan reptilia..ular, buaya dan sewaktu dengannya pun tak jugak..



kadang-kadang takot jugak dengan..
alam mistik ney..haha..hantu..
walaupun, takda lagi pengalaman..
bertemu janji dengan beliau..kalau boleh..
taknak la..hahaha..
setakat dengar cerita tu..okay jugak la..
kalau jumpa..mau pengsan kali aku..haha..
boleh ka kalau aku cerita hantu sini??hahah..
ada yang ndak tidur malam kali ..
kalau ndak pun..berteriak-teriak suda kali ney..hahah..

kalau masuk scope agama..
yah, of course la..aku takut dengan Maha Pencipta..
aku takut mati..sebab kita tak tau bila ajal kita datang..
takut belum cukup lagi amalan kita di dunia ney kan..



owh..aku ingat..
dulu-dulu..aku takut..
aku takut kalau Abah aku marah..hahaha..
seriously, Abah aku garang dulu..
semakin aku da dewasa ney..beliau da semakin sporting dengan aku..hehe..
kalau time aku kecik-kecik..
tali pinggang selalu hinggap kat mana-mana bahagian badan aku..haha..
sebab aku nakal..haha..kadang-kadang kena dengan hanger..
tapi, ada satu kes tu..kena lampu saluh beb..haha..
tapi, Mak aku la yang pukul bukan Abah aku..
alhamdulillah..aku masih ok lagi..
tak salah kan Abah aku..sebab itu cara dia mengajar aku..
apa-apa pun aku tetap sayang Abah aku..
sayangi la Abah dan Mak korang..hehe
Peace yaww~~^^

Salam


P.S.___: Google Chrome suckkss..booo..merajuk dengan Google Chrome..hahah~

Back to Old School

Assalammualaikum..

entry untuk hari ini..hoho..
sebenarnya..aku baru balik dari..
sekolah lama aku...sekolah menengah aku dulu..
nak pergi ambil sijil SPM..
yang da 3 tahun kat sana..haha..
sekali la jugak nak jumpa dengan cikgu aku..
cikgu yang in-charge time aku masuk PUM..haaa..
korang tau tak apa tu...nama panjangnya..
Program Usahawan Muda..hoho..

cikgu tu jewla yang sporting..haha..
lagi pun cikgu tu, mengajar petang kan..
nak pergi pagi..aku ney dala payah nak bangun pagi..haha..
apa? nak tengok gambar sekolah aku..
sorry la..handphone low battery time kat sana..
jadi tak dapat la nak amik gambar..haha..
(macam la ada orang nak tengok..haha)

tapi sebab aku baek..
jadi aku pun bagi jugak la kamu tengok..
aku search google jew..senang..haha

lencana sekolah...amik kat wikipedia..haha

gambar dari pintu utama..wikipedia jugak...hoho

daripada aku duduk rumah..sorang-sorang..
baek aku gi merayau kan..jadi tadi,
aku pun drive la kereta (auto jew pon)..tanpa
pengetahuan mak & abah aku...haha..
sempat la..berjumpa dengan beberapa orang cikgu..
banyak cikgu baru..
tapi, masih lagi sporting..terutama yang dekat pejabat tu..haha..

yang lawak tu..ada la cikgu dari
semenanjung..kawan aku ada cakap "ketek"..
dia tak faham...
maksud "ketek" tu, lastik pon boleh..tekan pon boleh..
ikut penggunaan ayat la..
contohnya "cuba ko ketek dulu suis kipas tu.."
waa..aku boleh jadi cikgu...hahah...

tadaa...ini lah sijil SPM aku..iyew, aku tau..aku takda la pandai sangat..


yang gambar atas ney...sijil GCE Ordinary Level..
maksud nya..sijil yang di iktiraf oleh University of Cambridge..
dia cek paper bahasa Inggeris..kat sijil SPM..aku dapat 4B..
kalau dorang plak yang cek...dapat SEVEN iaitu D..hahaha..
gila failed aku bahasa Inggeris..

okayla..itu jew la..
nak sambung..
challenge Day 14 plak..hoho..

Salam^^

Day 13 : Something that puts a smile on your face no matter what.

Assalammualaikum..

First of all..
I wanna say.. I'm sorry..huhu..
busy aku hari ney..
kachewa ney..unique visitor hari ney tak sampai 100..
arghhh...sedih-sedih..sobsob T_____T

okay..masok topik entry ney plak..
Something that puts a smile on my face no matter what..

my answer is......
my friends....hahahaha..
sebab, aku ada kawan yang gila-gila...
memang syok la..kalau dengan dorang semua tu..
ketawa jak..haha..
tambah-tambah lagi..
bercerita time sekolah menengah dulu..
mengutuk orang..<----- jangan tiru aksi ini..hahaha!



kalau aku ada masalah pun..
ada jugak kawan yang sudi mendengar..
bagi aku semangat..
bagi kata-kata semangat..
cuba bagi aku gembira..

untungkan aku ada kawan macam tu..hehehe^^
kamu adaka?
mesti la ada jugak kan..
kalau ada bagos la..
jaga dorang baik-baik..haha..

********************************************

ini entry selingan..hahaha..
malas nak buat dua entry..jadi aku gabungkan menjadi satu..hoho..
berita baik untuk aku..yeahh!
walaupun kamu tak mau tau..
aku mau bagitau jugak..

yang nokia tu la handphone lama aku..hohoh..

sekadar berkongsi kegembiraan..haha..
hari ney, handphone lama aku..
Abah aku da betulkan..(ok fine, abah aku hantar kat kedai suruh betulkan..)
handphone lama..
so, ada jugak la..kenangan lama dalam
handphone tu..hanya mampu tersenyum..
lalu ku delete kan saja semua tu
sebab, aku tak nak hidup di dunia silam..
hidup harus diteruskan..
apa yang telah berlalu..menjadi sejarah hidup kita..
walaupun, kadang-kadang..
memori itu terimbas di dalam kotak fikiran..

Selamat Malam..
Salam^^


P.S.___: tak menarik lak entry kali ney...=.=" tak da idea aku hari ney..

Sunday, June 26, 2011

Merepek Di Pagi Buta

Assalammualaikum..

hello people..
and good morning..hehehe..
I'm not sleep yet..
feel boring at home, got nothing to do..
all I do was surfing internet..
facebooking, blogging, twitting, formspring-ing?...hahaha..
ohh, almost forget(or should I say forgot?)..watch Youtube..yeahh!!
feel boring start at 11.30p.m..
don't have any friends on-line on Facebook either Twitter nor receive questions on Formspring..haha..



why I'm using English on this entry..
well, I just want to improve my English..
and because I have nothing to do..haha..
yes, I know.. I'm sucks at it..
so,
if any of you who read this entry..
see an error or many error <----- should I say like this?
correct me, will you..?
I really appreciate it.. thank you..

ohh, yeah..
just want to story about what I'm doing..
since 11.30p.m up until now 2.39 in the morning..aha
well, I'm watching Matluthfi(is this how it spell?) and Anwar Hadi videos
on Youtube (YT, Anwar Hadi said it like that)^^
watching all of their vidoes..1st to the latest..haha..
sure my broadband will exceed the bandwith..T__T

<------Matluthfi
after watching or while watching their video for more accurate..
feels like, I want to make a video of myself..haha..
but, when I re-think about that..
nahhh.. I will be ended up joke of the year?hahhaa..
well, maybe in the future..still thinking..
what video should I make..
forgot to mention.. Aiman Azlan..
also a good...what should I call it.. Youtubers?
whatever...
I'm just envy them..
they're good in front of the camera..

speak a fluent English..with the correct pronunciation..
and..and.. they studying at the overseas...arghhhh...

Anwar Hadi------->


oh, man..just jealous to them..
I wish, I could have a chance to go to overseas..
to see, new places, new people, new culture..
so, many thing to explore..
and for sure, we will learn something new..
that is the most important part..
alright that's all I think for now..

Salam... ^^


P.S.___: seriously thinking about making a video...hmmmm

Saturday, June 25, 2011

Day 12 : A famous person you've been compared to

Assalammualaikum..

Yes, it is been two days I do not write..
about this challenge..haha..
well, I have my own reason not to do
thoose two challenge..
which is Day 10 : Your family..
my reason is, I dont know what to talk about..
plus, I dont have picture of my mom and dad..
ada tu adala..tapi, gambar 4R jak la..
handphone takda kamera mau ambik gambar tu..haha..
lagipon, aku suda publish gambar abang & adik aku..

Day 11 : Google the meaning of your name..
I think this is silly question.. =.="
already know what the result..hahaha..
kalau aku yang salah faham soalan tu..
tolong betul kan..hehe..



yes..kita masuk soalan untuk hari ini..hehe..
dulu time sekolah menengah..


Mawi..=.="
sebab, sekolah menengah kan..
aku botak ..
lepas tu kan dia tengah hot kat akademi fantasia..
tapi, pliss la tolong~~
Mawi yang macam aku time tu..hahha..

2nd artis jugak..
makcik aku selalu cakap..
aku sama macam sorang artis..
asal aku balik kampung jew..mesti
dia akan cakap...

aku macam Zed Zaidi..
aku fikir..tang mana aku sama dengan dia ney.. =.="
kalau aku tengok..hensem lagi aku dari dia ney..hahaha..

3rd..
sepupu aku plak..
baru-baru ney cakap aku 
macam artis ney plak...
yaa..Jeehan Miskin.. =.="
sekali lagi aku berfikir..
part mana plak aku sama dengan dia ney..haishh..
tak suka betul aku..

so, aku merayu la dengan artis-artis ney..
jangan la nak menumpang populariti aku...hahaha..
aku tau la aku hensem..
andai kata dorang ney tak popular..atau bukan artis..
lepas tu, kawan aku kat sekolah dulu..makcik aku..
and sepupu aku tu..bila jumpa dorang..
mesti dorang akan cakap.. "Eh, mukak ko sama dengan Mohd Izzar!"
wakakakaka~~


P.S.___: ahahahha..giler perasan aku..harap korang semua tak muntah baca benda ney..^^

Nak cari awek, kena yang pandai masak??

Assalammualaikum..

aku saje jew, nak bagi pendapat aku..
dalam hal ney..sebagai seorang lelaki..haha..
yewla, aku tau jawapan awek-awek ney kat aku..
" Alaa, nak cari awek yang pandai masak.. Yang kau tu, pandai ke jadi Imam?"
standard la kan jawapan sebegini rupa..haha..
ok la fine..aku akan jawab begini lak..
" Yela, abis tu takkan la kalau kau tak pandai masak kau nak cari pakwe yang tak pandai jadi Imam? "
ataupun,
" Ok, aku tak pandai Imam so, aku nak cari awek yang tak pandai masak.. "
nampak tak point yang aku cuba sampaikan ney?
jawapan-jawapan yang standard ney..
macam nak bagi alasan jew kan..
untuk kita tak nak belajar masak..
tak nak belajar jadi Imam?
mari aku kongsi dengan korang satu ayat..
harap dapat membuka fikiran dan mata kita
hendaknya..insyaallah..
" Manusia lebih banyak memberi alasan daripada membuat sesuatu kerja "

terasa tak dengan ayat tu?haha..
kalau terasa bagus la..
maksudnya kita sedar, kita ney macam mana..
kalau kita tak pandai masak,
tak payah la nak bagi jawapan standard tu..
apa kata kita ubah jawapan kita..

" Aku tak pandai masak, aku boleh belajar memasak.. Aku tak pandai Imam, aku boleh belajar jadi Imam"
kan lagi molek tu jawapan sebegitu rupa..
nampak la usaha kita tu..
yang kita ney nak berubah jadi
yang lebih baik lagi..hehe^^

tapi, jangan sak la..
cakap jak lebih..
kena la buat dan usahakan betul-betul..

********************************************

habis part satu..haha..
entry ney agak panjang jugak kot..
harap korang tak la jemu nak baca okay..
sebab aku suka merepek..haha..
baca dialog di bawah ok?

Aku      : Ehh apa cite ko skang?? ape macam awek ko??
Mamat A: Aku dah clash ahh...
Gadis B  : Apsal pulak?? die tinggalkan ko eaa..atau ko main kayu tiga..?? hahahaha.....
Mamat A: Ehh apsal pulak aku nak main curang-curang..Alaaa die tak tahu masak laa,malas aku nak layan..
Aku        : (tercengang kejap dengan pengakuan dia,dalam hati macam2 monolog terkeluar nie)
Mamat C: Kitowang ,orang lelaki nak cari awek kena yg pandai masak,boleh jadi bini..hahaha..
Gadis B   : Kalo tak pandai masak tue,tak boleh jadi bini laa..Otak ALIEN..!!



dialog ney..aku curi dari blog coursemate aku 
kat UTeM sana tu..entry dia bertajuk 
Nak cari awek, kena yang pandai masak??


banyak kelebihan kalau cik awek sekalian
pandai memasak..


1. Dapat memikat hati suami.
- Yela, bila da memasak tu terasa la jugak kasih sayang yang korang curah kan kat makanan tu..


2. Jimat perbelanjaan, sebab tak perlu nak tapau or makan kat luar.
- Tak perlu nak dipertikaikan lagi la.


3. Mak mertua pun sayang dengan korang, takde la kena kutuk.
- Ini pun sama jugak.hahah..


4. Boleh ringan kan beban mak korang.




kalau aku tengok dalam family aku ney..
setiap kali nak menjelang Hari Raya jew..
mesti Nenek sebelah Abah aku..akan agih-agihkan tugas..
siapa masak ini..siapa masak itu..
yewla, umur da lanjutkan..tak kuat nak masak semua..
lagipun, adik beradik Abah aku..
ada 4 orang jew..termasuk Abah aku la..


yang datang nak ke rumah Nenek aku tu
of course la ramai..
sebab, lepas jew sembahyang sunat Hari Raya..
memang jemaah secara berjemaahnya datang 
berkunjung ke rumah satu persatu dalam kampung tu..


dan setiap kali Hari Raya tu..
mesti ada masakan yang menjadi
tradisi terutamanya dekat Sabah ney la..
macam Buras, Ketupat,
rendang, ayam masak liku,
daging masak satay, kari.
macam-macam lagi la..


haa..ney nama dia buras, makanan tradisi orang Bugis..yang serbuk-serbuk tu bukan ekk..itu kira macam lauk dia kot




andai kata tak pandai nak masak..
maka, semua ney menjadi sejarah jew la kan..
hilang begitu jak..
yang selebihnya tu, fikir la sendiri..hahaha
besar da korang kan..hihihih^^


Sekian,
Salam~~


" selami jiwa,selami akal,selami lautan dalam~~ "


P.S.___: harap entry ney takda la yang ambil hati..kalau ada, aku mintak maaf..takda niat sebegitu rupa..sekadar berkongsi pendapat..kalau aku salah, tolong tunjukkan..^^ peace yaww~

Friday, June 24, 2011

Butter Golden Churn TIDAK HALAL!




P.S.___: aku baru tau benda ney....=.="

Malaysian Fun Facts

tengah berjalan-jalan dekat Google..
terjumpa lak dengan Malaysian Insider dengan
tajuk dia Malaysian Fun Facts


so, here the 10 fun facts about Malaysia..


10. The word “Malay” comes from the other word “malaise.” Apparently it’s because the Malays are so lazy and mediocre, so the white folks named them that.
9. The word “keling” comes from the noises made by the balls-and-chains of Indian prisoners who were sent to Malaya way back then. Or was it because the Indians used to sell ice-cream in the estates?
8. Chinese associations in Malaysia are actually secret societies that are plotting to take over the Malaysian government and then merge it with Singapore’s.
7. Eating pork makes you good at mathematics. That’s why there are so many Chinese accountants.
6. Indian children are full of lice... so stay away from them.
5. Chinese people like to drive Toyota Camrys.
4. Malay people like to drive Honda Accords.
3. Indian people like to drive purple Proton Sagas or Iswaras.
2. Beware of Chinese ladies who drive with elbow-length gloves. They are trained to run you down. They usually drive Toyota Camrys.
1. Tapai is halal.

10 Fakta Mengenai Lionel Messi

10. Salah satu pemain terpendek
Adakah anda tahu bahawa Lionel Messi adalah antara pemain terpendek di dunia, dengan ketinggian hanya 169 sentimeter dari kaki ke kepala?
(aku 168cm, kita beza 1cm Messi..chess)


Bintang Barcelona ini didiagnosis dengan kekurangan hormon pertumbuhan pada waktu mudanya ketika masih tinggal di Argentina, tetapi perpindahannya ke Barcelona memberinya peluang untuk mendapatkan layanan perubatan daripada doktor di Sepanyol, di mana beliau mendapat suntikan beberapa.



Penganalisis Sains mengisytiharkan bahawa kekurangan rawatan untuk Messimungkin terhad kepada ketinggian hanya 140 sentimeter. Kalau dia tidak menerima rawatan, bermakna Messi hanya berketinggian 140 sentimeter!

Apapun, Messi masih boleh mengalahkan pertahanan dengan kepalanya! Dan dia memiliki kelajuan yang jarang berlaku, malah di kalangan pemain yang tinggi. Bermakna Messi sangat laju!


9. Gol 5000 dan 5100
 Adakah anda juga tahu bahawa di kalangan semua pemain Barcelona yang berdaftar dalam sejarah bola sepak, ia adalah Lionel Messi yang menjaringkan gol ke-5000 dan juga 5100 untuk ke Barcelona di La Liga?







8. Lionel Messi dilantik oleh UNICEF March 11
Adakah anda tahu bahawa Lionel Messi telah dilantik oleh UNICEF sebagai Duta Muhibah global pada tarikh 11 Mac 2010, hari yang sama Didier Drogba dinobatkan sebagai African Player of the Year?

Messi menjadi seorang pekerja untuk organisasi yang popular bermakna dia memegang "tugas" bercakap untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Beliau yang mahu tugas seperti ini, dan dia menerimanya ... Mari kita lihat sejauh mana dia akan pergi bersamanya.

7. Lionel Messi Mengatasi Rekod 42-gol Cristiano Ronaldo

Adakah anda tahu bahawa Lionel Messi telah mengalahkan rekod 42 gol yang ditetapkan oleh bekas penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo pada musim 2007-08?

Ronaldo menjaringkan 42 gol dalam satu musim tunggal sebagai pemain Manchester United memenangi UEFA Champions League, dan Liga Perdana, tetapi pemain Barcelona Messi kini telah mengatasi rekod bintang Real Madrid itu dengan menjaringkan 45 gol dengan satu permainan terakhir untuk bermain!

6. Lionel Messi telah Mengalahkan Cristiano Ronaldo 3 daripada 5 pertemuan

Adakah anda tahu bahawa Cristiano Ronaldo telah kalah 3 kali dengan Lionel Messi dalam "pertempuran individu" yang berlaku pada 5 pertemuaan sejak 2008?

Ronaldo hadapi Messi 2 tahun lalu apabila beliau di Manchester United, dan walaupun keputusan  0-0 di Nou Camp berikutan kegagalan Ronaldo untuk menjaringkan gol dari sepakan penalti, Manchester United berjaya menang 1-0 di Old Trafford dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.



Membalas dendam kekalahan tersebut, Messi menghukum Ronaldo dengan menjaringkan gol kedua Barcelona di final UEFA Champions League, Rome.
Kedua-dua mereka bertemu satu sama lain lagi di El Clasico pada 2 kali musim ini,tetapi Barcelona memenangi kedua-dua permainan, dengan Messi mendapat gol pembukaan pasukannya pada 10 April di Santiago Bernabeu.
Kedua-dua Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dianggap sebagai pemain terbaik di planet ini sekarang, tetapi secara individu, ia kelihatan seperti Messi lagi hebat!

5. Lionel Messi adalah pemain terkaya dalam bola sepak

Adakah anda tahu bahawa Lionel Messi adalah bintang bola sepak terkaya di dunia pada masa ini?

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa dia menerima gaji kurang daripada Cristiano Ronaldo secara bulanan atau mingguan, tapi nilai medianya kelihatan cukup untuk meletakkan dia di atas Ronaldo dan Beckham!

Messi dilaporkan untuk mendapatkan rekod 29.6 juta pounds setiap tahun. Satu soalan muncul dalam fikiran: Apa yang dia buat dengan semua duit tu?hmmm..

4. Lionel Messi: Pemilik trofi
Adakah anda tahu bahawa Lionel Messi hampir memenangi SEMUA trofi yang pemain kelab boleh menjangkakan untuk menerima dalam dunia bola sepak?

Antara 2008 dan kini, Messi memenangi:

- The UEFA Champions League
- La Liga
- The Spanish Cup (league cup)
- The domestic Super Cup
- The UEFA Super Cup
- The FIFA Club World Cup
- The UEFA Club Player of the Year
- The UEFA Club Forward of the Year
- The Ballon d'Or
- The FIFA World Player of the Year
- The Onze d'Or
- The Best La Liga forward
- The Best La Liga player
- The Champions League Top Scorer

3. Lionel Messi, Leader Castrol Rankings
Adakah anda tahu bahawa Lionel Messi berada ditempat pertama dalam Castrol Ranking bagi bulan Mac dan April, dan bahawa dia masih di atas bulan ini?

Messi kini mempunyai 1070 mata, di atas Cristiano Ronaldo yang mempunyai 1005 mata. Messi adalah penjaring terbanyak La Liga dengan 32 gol, dan beliau telah menjadi pembantu utama Barcelona musim ini di La Liga.



2. Lionel Messi Nickname:
Adakah anda tahu bahawa Lionel Messi yang digambarkan sebagai "bintang Playstation dari planet lain" oleh ramai legenda bola sepak?

Jurulatih Arsene Wenger memberitahu kepada wartawan pada bulan April lalu yang 'Lionel Messi adalah seperti Playstation' selepas kekalahan 4-0 Arsenal di Nou Camp, sementara pengurus Real Madrid, Jose Mourinho menyifatkan Messi sebagai 'pemain dari galaksi lain'.

Messi pasti mempunyai kerjaya yang panjang di depannya, melihat bahawa dia hanya baru berusia 22 tahun, dan dia boleh mengubah dirinya kepada seorang pemain yang lebih besar kerana dia boleh menjadi lebih hebat(semakin hebat!) pada masa akan datang.
1. Lionel Messi, 10
Adakah anda tahu bahawa Messi memakai jersi bernombor 10 untuk Barcelona dan Argentina?

Fakta yang lain, kamu semua membacanya di blog aku!
hahahahaah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...