Sunday, July 31, 2011

Luahan seorang wanita.

Dia paksa suruh saya buka.
Tapi, saya tak nak.
Takut. Sakit.

Dia kata tak sakit.
Jadi, saya pun bukalah.
Bila, saya buka.
Dia pun masukkan satu benda.
SAKIT!!
Lepas tu, keluar darah.

Cis, tak guna punya DOKTOR GIGI.
kata tak sakit.


P.S.__: baru balik dari cabut gigi..T_T

Saturday, July 30, 2011

Bahagia


Kenapa aku perlu sakit hati,

Melihat mereka bahagia?
Bukankah sepatutnya aku GEMBIRA.

Kerana ada peneman mereka di saat duka dan tawa.
Ahhhh, usah dipedulikan perasaan itu!

Bak kata sahabat aku,
"SEMOGA SI DIA BAHAGIA SELAMANYA"

 agak sarcastic katanya itu.

Tapi,
aku suka. =)


P.S.___: Selamat Malam. Nak demam lak.

Al-Fatihah : Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana Meninggal Dunia

KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

-Mynewshub-

Kembali


Saat kau pergi,
Meninggalkan ku sendiri,
Menangis aku mengharapkan kau kembali.

Saat kau pergi,
Mencari aku pengganti,
Namun, hampa hati ini,
kerna pengganti mu ini,
tidak akan pernah sama dengan diri mu lagi.
Lalu, aku menangis lagi,
Mengharapkan kau kembali.

Kini,
aku sendiri.
Masih mengharap kau kan kembali lagi.
Namun, aku pasti.
Jodoh pertemuan dan ajal maut itu di tangan Tuhan.
Moga akan dipertemukan kita lagi.

Dan saat ini,
aku tidak menangis lagi.
Biarlah kenangan lalu,
menjadi pengganti diri mu.

Friday, July 29, 2011

Player 'import'

Assalammualaikum..

hoyeahh!
semalam hot jugak pasal player 'import'..
tapi, korang kena la open minded sikit..
itu perkara biasa dalam bola sepak..
bukan dalam Asia jew, tapi Antarabangsa pun ada owh..
tak percaya..meh, aku tunjuk pemain yang di 'import'

kenal tak siapa ney?
inilah Zinedine Zidane bermain untuk Perancis..
dan berjaya menjulang World Cup 1998..
tapi, korang tau tak..dia sebenar-benarnya asal dari Algeria..hurmm..
selain itu, Karim Benzema..kenal tak? tak kenal Google search jewla..
pun kerakyatan Algeria tapi, main untuk Perancis..

Nama sebenarnya Anderson Luís de Souza..
tapi, lebih dikenali dengan nama Deco..
Dia sebenarnya kelahiran Brazil,
tapi, memilih untuk menyarung jersi Portugal..hmm..

Mesut Ozil pemain kelahiran Turkey ini..
memilih untuk menyarung jersi Jerman..
antara pemain yang berada dalam skuad World Cup 2010 Jerman..
yang membelasah Argentina 4-0..
Peminat Argentina takda masalah pun dengan pemain 'import'
kalau nak tau, Jerman adalah negara yang ramai pemain 'import'..
ramai jugak la...
macam Lucas Podolski warganegara asal Polland..
dan Sami Khedira warganegara asal Tunisia..hoho..

so, fikir sendiri la kan..
bukan Singapura jew yang ada pemain 'import' ney..
ramai lagi kot..tapi, ini jewla yang aku ingat sangat..hoho..

Bola Sepak: Offside

Assalammualaikum.

Semalam hangat dengan bola..
hari ini pun, adalah hangat sikit-sikit..haha..
semalam time aku tengok bola..
adalah seorang member ney..dia perempuan okay..
dia tak tau offside tu macam mana..
meh, aku terangkan..hoho..

situasi offside

Line kuning tu..petanda offside..
jika pemain kaler biru..melepasi line kuning tu..
itu di kira offside..kalau pemain 1 dan 2 di pass bola..
anak panah hijau tu, tanda dia passing bola..
harap kamu faham la..haha..

situasi onside
yes, ini adalah onside..maksudnya,
permainan akan diteruskan macam biasa jewla..
selagi pemain biru tu berada di depan pemain merah
dia onside..

offside di tentukan dengan last man..
orang yang paling belakang..
tak termasuk goal keeper..okay..
kalau kamu di depan last man tu..maksudnya masih lagi onside..
kalau di belakang last man, korang da berada di posisi offside..okay?

situasi onside..running man..
anak panah hijau = pass bola
anak panah pink = running atau berlari

ini situasi onside..yang berlaku..apabila,
bola itu dilepaskan secara serentak dengan larian pemain..
yang hendak di passing-kan..
(1 adalah situasi asal, 2 posisi setelah berlari)
bila bola, dilepaskan awal atau nama lainnya through ball,
then, pemain kejar..permainan akan diteruskan..
through ball..

situasi onside & offside
situasi ini berlaku..
jika pemain berjaya menggelecek dan melepasi pertahanan lawan..
posisi pemain 1 berada di kedudukan offside..
manakala, posisi pemain 2 berada di kedudukan onside..

seorang pemain dikira berada di kedudukan offside..
apabila menepati 3 syarat berikut:
  1. Pemain mestilah pemain lawan.
  2. Pemain itu berada di hadapan bola.
  3. there must be fewer than two opposing players between him and the opposing goal line, with the goalkeeper counting as an opposing player for these purpose.(translate la sendiri..haha..aku faham, tapi..tak tau nak terangkan macam mana sorry..)


kita boleh tengok, ada dua pemain berada di posisi offside..
itu jewla..basic offside..
banyak lagi situasi, samada offside atau onside..
tapi, apa-apa pun..kalau tak tau.
tanya la abang, adik , abah korang yang tau pasal bola..
dan peraturan nya..
semoga memberi manfaat..haha..

Salam^^




WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN | SEGMEN CIKGU WAN

bukan pertandingan cuma hujah dan menyelidik pendapat blogger..^^

Assalammualaikum..

Wajib ke reply komen?
tapi, sebelum tu..macam boleh bahagi kepada dua:
  1. balas komen kat entri korang
  2. balas komen kat entri yang bagi komen.
balas komen kat entri korang
Tak wajib, sebab takda tulis dalam al-quran atau sunnah.
dalam peraturan blogger juga takda tertulis wajib atau harus reply komen..
kalau tak reply korang kena banned..takdakan?

terpulang la kepada empunya blog tu..
nak balas ke tidak kan..
contoh: kalau korang blogger femes..
buat satu entri jew..sampai 20-50 orang komen..
dengan pantasnya, larat ke korang nak balas semua..
takkan la orang yang komen "HAHAHA" pun ko nak balas jugak..
atau orang yang komen "=)", nak balas apa plak kan..

kalau, ada komen yang patut korang balas..
balas jewla..
misalnya orang tanya something yang important..
barulah balas komen dia..
macam tu..
kalau rajin, apa salahnya kan nak balas semua
komen yang ada kat entri korang tu..
tapi, komen kat blog ney..tak macam kat FB..
takda notification nak bagitau..komen tu da dibalas..
so, biasanya balasan komen korang tu..
terbiar jewla macam tu..

balas komen kat entri yang bagi komen.
Ini pun sama jugak..tak wajib..
alasan macam kat atas tadi..
Yang ini, style dia sama dengan..
"I follow U, U follow me back"..
setuju tak?
yela..ko tunggu orang komen kat entri ko..
then, ko pun pegi la komen kat entri dorang pulak..

tak tau la..aku rasa macam, ridiculous..
suka hati aku la nak komen ke tak..
dan suka hati korang la nak komen ke tak kan..
kalau, korang baca entri tu..
terasa macam nak menyatakan pendapat,
tak setuju ke..nak bagi nasihat ke..
drop la komen..

perlu ke..nak tunggu orang komen kat entri ko..
then, baru ko nak komen kat entri dia..
what the fish?! . . . .
ok itu jewla..emo pulak buat entri ini..haha!

haaa..kalau korang tak puas hati ke..
tak setuju ke..drop la komen..
bagi tau dengan aku..
tak payah nak tunggu aku komen kat entri korang..
baru korang nak komen kat sini..huh!

Kalau tak nak komen tapi, nak join buat segmen macam ney..
klik SINI..


Thursday, July 28, 2011

Spontaneous Thursday



There are things that we don't want to happen but have to ACCEPT,
Things we don't want to know but have to LEARN,
and people we can't live without but have to LET GO.

-Dens-


P.S__: thanks Dens for these words. Accept, Learn and Let go.

Dua juta dijangkiti hepatitis B, C

KUALA LUMPUR - Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap risiko penyakit hepatitis B dan C yang mempunyai risko kematian yang tinggi akibat sirosis hati, kegagalan hati dan kanser hati masih rendah walaupun jumlah penghidap dianggarkan hampir dua juta orang.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, hasil kajian Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), seramai 1.4 juta adalah penghidap hepatitis B manakala lebih 560,000 lagi atau dua peratus daripada penduduk Malaysia dijangkiti hepatitis C kronik yang lebih berbahaya.
Jumlah pesakit itu bersamaan dengan tujuh peratus penduduk Malaysia.

Beliau berpendapat, bilangan pesakit yang ramai disebabkan kealpaan orang ramai yang hanya mahu melakukan pemeriksaan kesihatan apabila timbul tanda-tanda dijangkiti penyakit berkenaan.

"Orang ramai lebih takut kepada virus HIV walaupun pada hakikatnya virus hepatitis B dan C lebih mudah dijangkiti, sama ada melalui jarum suntikan, hubungan seks mahupun melalui ibu kepada bayinya yang baru lahir.

-KOSMO-

Depression.


Depression is a state of low mood and aversion to activity that can affect a person's thoughts, behavior, feelings and physical well-being.[1] It may include feelings of sadness, anxiety, emptiness, hopelessness, worthlessness, guilt, irritability, or restlessness.
Depressed people may lose interest in activities that once were pleasurable, or suffer cognitive impairments (e.g., difficulty concentrating, remembering details, making decisions). They may contemplate or attempt suicide. Their weight may change dramatically. Insomnia, excessive sleeping, change in sleep patterns (e.g., waking in the middle of the night or early in the morning and being unable to fall asleep again), fatigue, loss of energy, and aches, pains or digestive problems that are resistant to treatment may be present.[2]
Depressed mood is a normal reaction to certain life events, a symptom of many medical conditions (e.g., Addison's diseasehypothyroidism), and a feature of certain psychiatric syndromes.

Wednesday, July 27, 2011

#WW : Janji?




#WW : I'm Sorry


Tuesday, July 26, 2011

"Harimau Malaya" Racist ke?

Assalammualaikum.

Topik hot hari ini.
kenapa? sebab, hari tu..
time Malaysia main..aku dengan Abah aku
tengok la jugak..then, Abah aku tak puas hati la..
dengan nama Harimau Malaya ney..
kenapa? sebab, Malaya merujuk kepada Tanah Melayu..
di mana Tanah Melayu itu adalah Semenanjung Malaysia.
adakah Sabah dan Sarawak tak termasuk dalam Malaysia?

selain, Abah aku..jiran-jiran aku pun tak setuju jugak..
lebih kurang sama umur atau lebih tua dari Abah aku..
sepatutnya Harimau Malaya tu tukarkan kepada Harimau Malaysia..
adakah disebabkan pemain Sabah & Sarawak tidak mewakili Malaysia..
skuad Malaysia dinamakan sebagai Harimau Malaya?
Aku pada mulanya tak kisah sangat la..sebab, aku tak pasti..
kenapa Abah dan jiran-jiran aku yang lain tak setuju..
dengan nama Harimau Malaya ney..

tapi, rasanya aku sudah boleh tau kenapa..
mereka tak setuju..terasa seperti..
Sabah dan Sarawak ini disisihkan..
bukan sebahagian dari Malaysia..
bila aku cari pasal Harimau Malaya..
ramai yang terangkan..seperti ini,



Abdullah Don wira Malaya era 30-an sehingga 50-an..
seorang pemain bola sepak yang dilupakan..
sebab, pemain ini main sebelum zaman kemerdekaan lagi..
Abdullah Don mendapat gelaran Harimau Malaya..
apabila Sukarno, presiden Indonesia ketika itu
menggelarnya sedemikian..

Peminat-peminat Dollah Don Serta Pesident Sukarno ketika itu amat meminati Dollah Don. Dollah mengingati satu perlawanan yang di adakan di Jakarta pada tahun 1953 dimana mereka ketinggalan 0-3, tapi pada separuh masa kedua mereka mengasak dan menjadi keputusan seri 3-3

" Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan Sukarno menggelar saya ' Harimau Malaya ' Dollah Don mengingati peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan.

Sebagai seorang pakar penjaring gol ramai penganalisis bola mengatakan setiap kali Dollah Don berhadapan dengan penjaga gol, bola yang berada di kakinya itu pasti 100% akan menembusi kubu lawannya dan semua ini disempurnakan dengan tenang.
Kemuncaknya beliau telah menerima hadiah sebagai penjaring gol yang terbanyak di kejohanan bola sepak di Hong Kong pada tahun 1950 dengan menjaring 19 gol daripada 26 gol.
- Berita Harian -



sumber: Harimau Malaya.com, Soccerstarharimaumalaya


Selain itu, ada juga yang bagitau..
yang nama timangan tu asal dari..
spesies Harimau..


Harimau Malaya juga..  
merujuk kepada (Panthera tigris malayensis atau Panthera tigris jacksoni) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. 
-Wikipedia-


aku tengok, still lagi racist..hahaha!
Abdullah Don adalah seorang pemain Malaya,
Harimau Belang subspesies yang hanya didapati 
di Semenanjung Malaysia..


rasanya lagi elok..kalau nama timangan skuad Malaysia tu..
ditukar la..sebab, boleh menyebabkan timbul salah faham..
terutama golongan veteran Sabah..Sarawak aku tak pasti..
kalau ada yang berfikir sebegitu..


bagi aku..
tak kisah la apa pun..
asalkan namanya bola..aku tengok jak la..




Salam^^

Monday, July 25, 2011

Fenomena Tulisan Biru

Assalammualaikum..

nak bagi tengok gambar jew..haha.



tak jelas..klik untuk TUMBUHBESARAN extra..hehe..


P.S.___: paling biru sudah...haha

Sunday, July 24, 2011

[Auto-Post] Spontaneous Sunday

Broadband aku over limit..so, akan balas jejak dan lawat blog korang jugak..tapi kalau blog korang lambat nak load aku pangkah jew terus..jadi, pada sesiapa yang selalu tengok aku berlegar-legar kat shoutbox korang..tapi, hari ney tetiba takda..paham-paham jewla..maafkan aku

Mohd Izzar


P.S.__: Zzzz..petang nanti baru lawat korang..insyaallah^^.. sesiapa ada link untuk URL image background untuk blockqoute drop kat ruangan komen..kalau taknak takpe la..T_T

Mohd Izzar Ada Blog Baru? | Marchantiaz.com

Assalammualaikum..

hey, apa khabar semua?
harap sihat-sihat la hendaknya..
kepada yang tak sihat tu..
semoga cepat sembuh lah hendaknya..
banyakkan berehat dan makan ubat jangan lupa..hehe..

pertama sekali,
nak ucapkan terima kasih dengan kamu semua..
yang baca entry Perkembangan Terbaru | Ini Cerita Aku, Pengalaman Aku..
kepada yang komen dan bagi nasihat yang membina..
macam-macam lagi la..terima kasih banyak-banyak..
terharu beb! T_T

ini jew yang mampu aku buat untuk menghargai komen korang..terima kasih semua =)

masuk tajuk hari ini..
Mohd Izzar iaitu aku la..penulis kat blog ini..
ada blog baru.? Marchantiaz nama dia..
sebenarnya bukan la blog baru..cuma, ini blog member..
tapi, dia tak aktif..so, nak tolong jugak la dia..
sebagai penyumbang idea dekat blog dia tu..
sementara dia takda mood lagi nak blogging sekarang..
sebab, dia la orang yang banyak tolong aku,
pasal dunia blog ney..hehe..

kalau korang ada masa..pegi la sana ekk..
kat sana jugak aku join segmen
Cikgu Wan Blogger Gila | Segmen SEO
bagi la komen ke apa ke kan..
siapa-siapa yang arif dan pakar pasal SEO ney..
wajib bagi komen, ini paksaan..haha
cuba-cuba jugak nak belajar..
tapi, tak berapa nak menjadi..
yang jadi entry pasal pemikiran yang matang tu..

so, kesimpulannya sekarang..
aku ada dua blog..hahahaha!
sudi-sudi la follow kat blog belah sana jugak ehh..

Salam^^

P.S.__: tak tidur lagi sebab cari idea & buat segmen Cikgu Wan tu..@.@ owh, yang kaler hijau tu adalah link in case korang tak tau..^^

Saturday, July 23, 2011

Perkembangan Terbaru | Ini Cerita Aku, Pengalaman Aku

Assalammualaikum

hi, hello you guys..hoho..
bukan nak cerita pasal perkembangan terbaru..
dunia, negara atau yang sewaktu dengan nya..
aku cuma nak menceritakan sedikit perkembangan pasal aku..
pasal cerita aku yang bertajuk Ini Cerita Aku, Pengalaman Aku 1-6..
kalau korang ada baca lah..takda baca..tak apalah..

so, semalam..
aku tak boleh nak tidur..
tetiba rasa tak tenang..
terfikir, kalau aku tidur ini..
adakah aku akan bangun esok pagi?
disebabkan benda ney berlegar-legar di minda aku..
then, aku buat keputusan tekad nak mintak maaf..
dengan B..inbox message jewla..
bukan bermaksud aku takda minta maaf..
ada jugak, tapi tak berapa nak berjaya maaf tu..hehe

comot sikit..identiti kena sembunyikan..so, takdala aku nak memburuk-burukkan beliau..^^

alhamdulillah...
akhirnya terbuka juga hatinya..
untuk maafkan aku..syukur sangat..
sekarang aku boleh tenang sikit..
kawan aku ada cakap..
"Kau rilex la zar, nanti dia jumpa dengan cinta baru..dia maafkan la tu"
so, aku doakan la supaya ada orang yang lebih baik dari aku..
untuk dia..dimakbulkan juga..
so, doakan la supaya B dengan LOVE dia tu..
berkekalan hingga ke akhir hayat mereka..amin..

selain tu, aku pun minta maaf juga dengan
kawan-kawan B..yewla..aku takut jugak..
kalau-kalau dorang benci dengan aku..
sebab, aku lukakan hati si B ney..
maklum la kan..mereka kan kawan..

identiti juga dirahsiakan..

sebenarnya..message ney..
aku sent dengan 3 orang..itu la kenapa..
aku guna perkataan kamu..
tapi, setakat ini..hanya seorang jewla yang balas..
tapi, itu pun satu good news untuk aku juga..
so, sekarang takdala aku nak diselebungi dengan perasaan bersalah..
alhamdulillah.. I'm really happy now..^^

A pula bagaimana..?
well, setakat ini..takda apa-apa juga..
kitorang kawan macam biasa jewla..
sekadar mesej bertanya khabar macam tu jewla..
so, it is nothing much going on with me and A..^^
that is all for today..
thank you for reading..

Salam..

P.S.__: for all the hard days that I have been through..betul-betul mematangkan aku..^^

Friday, July 22, 2011

Pemikiran yang Matang | Matangkah kita?

Assalammualaikum..

Kematangan sebenarnya..
tak boleh nak diukur..ataupun,
ditentukan dengan rupa luaran seseorang..
ataupun, dengan mengatakan..
kita ini matang..
apa yang penting adalah..
Pemikiran yang matang..

kita tak boleh nak tentukan..
orang yang berperangai kebudak-budakan..
itu tidak matang..aku selalu tengok orang macam tu..
perangai agak sedikit kebudak-budakan..
tetapi, apabila dia menyuarakan pendapat..
dan cuba menyelesaikan sesuatu masalah..
membuatkan aku rasa WOW! tak sangka..



Orang yang matang adalah:
  • Orang yang rasional dalam tindakan dan berfikir di luar kotak pemikiran
  • Orang yang mampu berfikir apa yang orang tidak nampak untuk kemaslahatan diri sendiri dan juga orang lain.
  • Orang yang sentiasa menjaga imej dan personalitinya
kawan aku cakap..
kalau nak cepat matang..banyakkan berfikir..insyaallah..
kalau tidak pun, tunggu jak la masa dan pengalaman..
akan mematangkan anda..hehe^^
sampai satu masa anda akan lebih open-minded
dan mampu menyelesaikan masalah yang mendatang..insyaallah..

Salam^^


P.S.__: kita selalu guna Don't Judge Book by Its Cover tapi pernah kah kita cuba memahaminya?

Merepek

Assalammualaikum..

hi, how are you?
harap sihat la hendaknya.. =)
hari ni saja nak berkongsi cerita..
pendapat dan pandangan..insyaallah..

mula-mula..nak cerita..
tadi, ada aku terlihat..ternampak..
status yang mengingatkan supaya..
kaum adam ney pergi sembahyang solat Jumaat..
jadi, dengan rilex dengan selamba..
komen ahh..
" Aku baru balik dari Sembahyang Jumaat "
haa..terus nak kata aku menipu..
ada jugak yang kehairanan..dan pelbagai lagi..
betapa cepatnya kita menilai seseorang tu..
kalau dulu, orang nilai tengok luaran..
ini sekarang, tengok komen jew kot..haha..
lepas tu, aku balas komen lagi..
" Saya sekarang berada di Tawau, Sabah "
baru nak tersipu-sipu malu..bagi orang yang
cakap aku menipu tu lah..
aku pasti dan aku yakin..dorang tak tau Tawau tu kat mana.
Sabah tu jewla yang dorang tau..haha..
kalau tak tau, rajinkan diri.. Google search..hehe..


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
(Hadis riwayat Muslim). 

cerita kedua..
dekat masjid..terutamanya sembahyang secara berjemaah..
agak sedih dan tak faham..aku rasa ini berlaku kat mana-mana masjid..
situasinya begini..
ada saf depan yang kosong..tapi, makmum mengalah dan beriya-iya..
menyuruh orang lain supaya mengisi tempat kosong tu..
kenapa?
bukankah, saf yang paling depan itu akan mendapat lagi banyak pahala..
dan berada paling dekat dengan Allah..? betulkan kalau aku salah..
tapi, kenapa nak mengalah dan beriya-iya nak menyuruh orang lain?
kenapa tak berebut nak mengisi ruang kosong tersebut?

renung-renungkan dan selamat beramal^^
Salam..

P.S.__: aku bukanlah baik sangat, tapi cuba untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik..disamping tu, sambil mengingatkan juga orang lain..takkan nak tunggu kita sempurna baru kita nak tegurkan? sebab, kita ney mudah leka dan terlupa..nobody is perfect bebeh..! ^^

Minuman malta Barbican bukan arak

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

selanjutnya sila beli KOSMO! hari ini.

Thursday, July 21, 2011

[HOT] Perjanjian 20 Perkara Sabah Perlu Dilaksanakan Segera!!

Source: www.beritasemasa.com
               

Bangun Pagi.

Assalammualaikum..

tak tau nak update blog pasal apa..
jadi tadi, update pasal berita jewla..
harap korang suka..haha..

oh, iya..
aku bangun pagi hari ini..
jangan la terkejut pulak..
tetiba tengok ada aku mengucapkan..
"selamat pagi" kat shoutbox korang..
tau la..dulu kala, da tengahari baru bangun..haha..


sekarang tengah berusaha untuk menjadi morning person..hoyeahh!
tak nak da tidur lewat..bangun lewat..sekarang..
semua nak awal pulak..hoho..
disebabkan aku tidur lewat dan bangun lewat..
masa sem lepas kat U..
aku dapat surat cinta dari lecturer kesayangan
bagi kos Sains Komputer(Media Interaktif)..hahah!

pasal kelas kuliah dia..seawal 7 pagi, hari isnin..
lepas tu, lecturer tu..selalu tunda kelas..
adalah masalah dia..tak dapat nak datang..
jadi dia buat kelas ganti hari Jumaat pagi!
Jumaat tu..takda kelas langsung..kira cuti la..
jadi aku pun malas la nak pergi ke kelas beliau..
subjek yang beliau ajar adalah Technical Communication..
aku kira mungkin 8jam kuliah & tutorial aku ponteng..
sebab, tak bangun awal pagi..haha..
budak baik jangan tiru aksi ini ok?


da dapat surat cinta dari beliau tu..
kalau aku tak datang lagi..
memang kena bar dari exam..
tapi, seperti biasa..aku terponteng lagi..haha!
sebab, lambat bangun..adei..
nasib baik beliau baik..dia tak bar aku..
senyum jew kat aku..haha..seperti takda apa-apa yang berlaku..

jadi sem depan..nak berubah la konon-konon nya..
nak bangun awal..tak nak da ponteng kelas ney..haha!
harap bertahan la sampai habis sem nanti..
nak rasa jugak dapat dekan sekali dua..ok la tu..hehe..
chaiyo-chaiyo...

Salam^^

Bantu Ashraf

Modul bimbing golongan hadapi krisis identiti dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merangka modul bimbingan yang dapat membantu golongan yang menghadapi krisis identiti, termasuk mereka yang sudah menukar jantina untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata masyarakat perlu meneliti dan memahami masalah golongan terbabit, bukan sekadar menghukum mereka.

Sambil membidas tindakan segelintir masyarakat yang terus menghukum Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menukar nama dan status jantinanya, beliau berkata masyarakat perlu menawarkan bantuan bagi mengelak golongan itu terus terumbang ambing.

Mohd Ashraf, 25, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelaki.

Permohonannya menukar nama dan status jantinanya dalam MyKad kepada Aleesha Farhana ditolak, Isnin lalu.

Mashitah berkata, walaupun belum ada program atau model khusus untuk mendidik dan membimbing golongan ini, namun kes Mohd Ashraf membuka mata banyak pihak termasuk kementeriannya untuk memperkenalkan program khusus untuk membantu golongan ini.
Mengikut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang dihubungi semalam, ada lebih 6,000 lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di ibu negara pada tahun 1980-an dan yakin jumlah itu sudah bertambah.

Mashitah berkata, masyarakat tiada hak untuk terus menghukum golongan ini kerana berdasarkan hadis, ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang, meneruskan pembunuhan mangsa ke-100 kerana tidak diberi ruang untuk bertaubat selepas menemui seorang alim ulama.

Bagaimanapun, selepas menemui ulama kedua yang memberi ruang kepada lelaki itu kembali ke jalan diredai, akhirnya dia bertaubat dan diberikan keampunan oleh Allah.

“Jadilah kita seperti ulama kedua yang memberi bimbingan kepada mereka yang pernah membuat dosa. Hentikan segera cemuhan, kecaman dan caci maki kepada golongan berkenaan sehingga meletakkan ahli keluarga dalam keadaan serba salah.

“Bagi saya jalan terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Harussani yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga menasihatkan masyarakat memahami dan cuba mendidik golongan ini bukannya menyisihkan mereka.

Beliau menasihatkan Mohd Ashraf supaya tidak berputus asa dan bertaubat segera serta menerima hakikat kejadian Allah tidak boleh diubah.

Katanya, penukaran jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya, adalah haram kerana seseorang yang dijadikan Allah sebagai lelaki, tidak akan berubah sifat kelelakiannya, walaupun individu itu berusaha mengubahnya.

Malah, katanya, berdasarkan penyelidikan pada 1985, pakar psikologi dan pakar bedah jantina dalam dan luar negara sependapat bahawa alat kelamin yang dibentuk daripada pembedahan, tidak akan berfungsi.

“Jangan lakukan tindakan yang akhirnya membawa penyesalan, sebaliknya segera bertaubat dan berpakaian mengikut jantina asal serta hentikan pengambilan sebarang hormon yang boleh mengubah fizikal dan emosi mereka,” katanya.

Kes seumpama itu pernah dirujuk ke Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan apabila seorang lelaki menukar jantina pada 1990 dan berjaya mendapat perakuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama kepada nama wanita kerana mahu mengahwini seorang lelaki.

Bagaimanapun, menurut portal rasmi Fatwa Malaysia iaitu e-Fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) yang membincangkan perkara itu mengikut hukum muktabar dalam Islam pada 1993 memutuskan penukaran jantina lelaki kepada wanita adalah haram dan permohonan untuk bernikah tidak dibenarkan.

bharian.com.my

Wednesday, July 20, 2011

‘Saya Rela Mati’ – Ashraf @ Aleesha

wow, cantik siott..tapi sayang..

KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.
“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.
Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.
Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan, malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujungnya.
Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.
“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.
Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.
“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.
“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta,” katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf.
“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat.
“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf.
“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya kepada bharian.com.


Mynewshub

Singapura ampuh sebab 'import'


SINGAPURA hanya mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Taiwan pada aksi persahabatan di Stadium
Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.


Ia persiapan terakhir skuad kendalian Ra- dojko Avramovic itu menjelang aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Malaysia di gelanggang sama, Sabtu ini.


Apa yang jelas, Singapura masih bergan- tung harap kepada penyerang 'import' vete- ran berusia 41 tahun, Aleksandar Duric dari Bosnia sebagai peledak utama mereka.


Pada aksi persahabatan pertama menentang Maldives pada 7 Jun lalu, Singapura menang 4-0 menerusi satu jaringan Duric dan Shi Jiayi serta dua ledakan Qiu Li.


Kemudian pada 30 Jun lalu, Singapura menang tipis 2-1 ke atas kelab Perancis, Etoile FC 2-1 juga hasil jaringan Diruc dan Qiu Li.


Pada aksi menentang Taiwanmalam kelmarin, Duric terus menjadi harapan apabila meledak dua gol buat Singapura, manakala satu lagi gol disumbang Fazrul Nawaz.

Seperti Duric, Qiu Li dan Jiayi juga pemain 'import' yang berasal dari China selain Daniel Bennett (England) dan Mustafic Fahrudin (Serbia).


Biarpun sekadar menang tipis, Avramovic tetap berpuas hati dengan keputusan tersebut dan juga persembahan anak-anak buahnya.


"Masih terdapat beberapa aspek yang perlu kami tingkatkan, tetapi terdapat bebe- rapa aspek positif dapat dilihat. Kami berjaya cipta banyak peluang dan melakukan hantaran dengan baik.

"Saya tetap puas hati dengan persemba- han pasukan dan perlawanan ini memberi ruang kepada pemain memperbaiki kesilapan sebelum bertemu Malaysia," kata Avramovic pada sidang media selepas perla- wanan.


Taiwan merupakan pasukan yang berjaya disingkirkan skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal pada pusingan pertama, manakala Singapura pula mendapat bye.


Namun jurulatih baru Taiwan, Tee Tae Ho seakan-akan cuba memperlekehkan kemampuan skuad Harimau Malaya dengan berkata: "Singapura lebih stabil dan matang, manakala Malaysia agak kurang stabil dan tidak matang."

KOSMO

#WW : Safiq Rahim Freekick



P.S.___: tak bole bla muka pemain Liverpool tu..ahaha!

#WW : Playing With Spam

1
2
3

4

5



P.S.___: sorry kalau buatkan korang lambat load page aku..^^

(Terbaru!) Top 50 Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2011

[auto-post]

Berikut dibawah adalah senarai Top 50 universiti terbaik di Malaysia.


1. Universiti Sains Malaysia
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. University of Malaya
6. Universiti Malaysia Perlis
7. Multimedia University
8. Universiti Teknologi Mara
9. Universiti Malaysia Pahang
10. International Islamic University of Malaysia
11. Universiti Utara Malaysia
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13. Universiti Tenaga Nasional
14. Universiti Malaysia Sabah
15. Open University Malaysia
16. University of Nottingham Malaysia
17. Universiti Teknologi Petronas
18. Universiti Sains Islam Malaysia
19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
20. Taylor’s University College
21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22. Universiti Tunku Abdul Rahman
23. Universiti Malaysia Terengganu
24. Universiti Malaysia Sarawak
25. Universiti Tun Abdul Razak
26. Monash University Malaysia
27. Universiti Industri Selangor
28. Wawasan Open University
29. UCSI University
30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
31. Asia Pacific Institute of Information Technology
32. International Medical University
33. Help University College
34. Tunku Abdul Rahman College
35. Al Madinah International University
36. Universiti Kuala Lumpur
37. National Defence University of Malaysia
38. Segi College
39. Universiti Sultan Zainal Abidin
40. Universiti Malaysia Kelantan
41. Limkokwing University of Creative Technology
42. KDU College
43. Selangor International Islamic University College
44. Sunway University College
45. Malaysia Theological Seminary
46. Malaysia University of Science & Technology
47. Olympia College Malaysia
48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49. Malaysian Institute of Management
50. University of Malaya Medical Center

Tuesday, July 19, 2011

Video ke-2 & Bukti Kami Tak Tinggal Atas Pokok

Assalammualaikum...

hoyeahhh..
sangat gembira hari ini..
kenapa?
sebab, da berjaya menyiapkan..
dan publish video kedua aku..
nak tengok..?



play jew la benda alah ney..hoho..
video ini, sekaligus menjawab..
ada Astro lagi..hahaha <--kau ada?(kalau korang tengok video di atas)

ok itu jewla..
Salam^^

Pondan Kekal Nama Ashraf



KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.


Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.


Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.

“Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat,” kata beliau.


Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.


“Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan,” kata beliau ketika membacakan keputusan itu.


Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.


“Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman,” ujarnya.


KOSMO

Under Cover of Darkness

Assalammualaikum..


sekarang da ada minat baru..hoho..
iaitu minat dengan kumpulan The Strokes..
hoyeahh~!

best owh lagu-lagu dia..
walaupun, bergenrekan rock..tapi,
takdala membingitkan telinga..
arrangement muzik dia..slow jew..
yang membuatkan sedap didengar lagu-lagu dia..

lagu yang aku minat..
yang tengah popular sekarang..
Under Cover of Darkness..hoho..
nak dengar?


selain tu,
lagu yang best lak..
You Only Live Once..
nak dengar?


kalau nak dengar..
klik jewla play kat video tu ekk..
hoho..

Salam..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...