Wednesday, August 31, 2011

Cerita Raya Pertama

Assalammualaikum.

hoyeah..
malam raya tu,
of course la aku balik kampung abah aku.
tapi, sebelum tu kitorang pegi amik baju raya dulu.
tukang jahit tu buat surprise.
baju kitorang tak siap.
nak marah pun, tak boleh jugak.
sebab, keluarga sendiri dan tukang jahit tu sakit jugak.

kalau marah pun, macam la boleh siapkan.
then, kitorang decide patah balik ke rumah.
ambil baju raya tahun lepas.
damn. baju raya tahun lepas aku kat Melaka.
terpaksa pakai baju raya tahun lepas-lepas.
smart la raya pertama aku.
pakai baju raya dengan seluar slack jak.

aku ingat keluarga kitorang jewla yang takda baju raya.
sampai kat kampung tu.
baju mak ngah dan keluarga dia pun tak siap gak.
baju nenek aku pun tak siap jugak.
tukang jahit yang sama jugak.
lepas tu, adalah adegan tidak puas hati.
tapi, aku malas gak nak dengar.
sebab, aku da nak tertidur time tu.

so, kesimpulan dia.
raya pertama tahun ney.
tak dapat pakai baju melayu baru.
tak dapat la pahala di awal syawal.

Salam (^^,)

P.S___: Raya kedua ney, nak pergi kampung mak aku pulak.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Assalammualaikum.

tekan play, klu nk dengar lagu sambil baca entry ini..haha!
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Di sini, saya Mohd Izzar.
Menyusun sepuluh jari, memohon maaf.
Jika selama ini, penulisan saya ada mengguris hati sesiapa yang membacanya.
Terluka atau terasa.

Dan saya juga memohon maaf.
kepada mereka-mereka yang menjadi watak
dalam penulisan dalam blog ini.
Tidak ada niat untuk memburuk-burukkan atau yang sewaktu dengannya.

Kepada sahabat blogger sekalian,
saya mohon maaf, sekiranya.
jejak anda saya tidak balas,
tidak balas klik ads anda.
Maafkan saya.

Sebab, saya manusia biasa.
Yang mudah terleka dan terlupa
dengan hal dunia.
sekian.

Salam, berhati-hati di jalan raya.
Ingatlah orang tersayang.
Peace
=)

Nota kecik: Pelik la korang ney, aku takda pun wish 'Selamat Hari Raya' kat entry 'The End of Ramadhan'..haha.. tapi, apa-apa pun aku hargai usaha korang nak komen kat entry tersebut.. Sila wish kat entry ney lagi..hehe..

Cerita Bola.

hahahha..
gembira nyerr aku..
bila M.U menang 8-2 ke atas Arsenal..hoyeahh!

lepas tu, aku lagi suka bila,
commentator tu cakap,

Arsenal had been great all this time. But, they have lost Fabregas to Barcelona and Nasri to City. Maybe and just maybe, the time has come to an end for Arsenal.
entah betul entah tidak B.I aku tu..haha!

Lagi yang aku suka,
If City can do, United can do better~~

So, untuk semalam punya bola..
Manchester club total goal score = 13
London club total score = 3

*Manchester Club : Man City & Man Utd
*London Club : Tottenham & Arsenal

where Man City won 5-1 over Tottenham.



Saturday, August 27, 2011

The End of Ramadhan.

Assalammualaikum.

adakah lagi orang sedih sebab,
hari-hari last ramadhan?

dari pemerhatian aku la,
semua happy, maklum la.
nak raya da kan.
tak perlu da
nak bangun sahur.
nak kena tahan lapar.

tak payah nak tunjuk jari kat sapa-sapa la,
orang yang menulis ni sama dengan jew. adei.
The end of Ramadhan is approaching. How would you feel if you know soon you'll be separated from the one you love dearly? -Aiman Azlan-
semoga apa yang kita usahakan pada bulan ramadhan ini,
akan kekal di dalam hati. insyaallah.
=)

Flat SK Taman Tawau FC

Assalammualaikum.

Masih ingat gambar ney?
Kekalahan team aku..
pada Rabu yang lepas..
kecewa sangat bila kalah..huhu..

Then,
kitorang rematch la..
hari jumaat malam plak..
tapi, sayang..
aku dapat main 10minit sak..
tapi, hasilnya...

kitorang menang..hoyeahhh~~
ini mungkin adalah, game terakhir kitorang..
sebab, lepas ney..
sorang pergi sambung medic kat UMS,
sorang lagi sambung sains sukan di KL,
aku plak, balik Melaka, meneruskan pengajian..

Iyer, aku tau..team aku budak-budak jew banyak..haha!
tapi, inilah jiran aku dan kawan sepermainan masa kecik-kecik..
Don't walk in front of me, I may not follow,
Don't walk behind me, I may not lead,
Walk beside me, be my friend.
sayangi la kawan anda, pesanan ikhlas dari saya, hahah!

P.S.____: where FC stand for Futsal Club =).

Friday, August 26, 2011

Renungan

Kadang kita meminta pada Allah SWT setangkai bunga yang indah.
tapi, Allah SWT berikan kaktus berduri.
Kita meminta kupu-kupu diberikan ulat.

Kita pun sedih, kecewa bahkan marah!
Namun, kemudian kaktus itu berbunga
indah sekali
dan
ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik.

Itulah jalan Allah SWT,
indah pada waktunya.

Allah SWT tidak memberi apa yang kita harapkan
tapi, Allah SWT memberikan apa yang kita perlukan.
Kadang kita sedih, kecewa, terluka dan putus asa.
tapi, jauh di atas segalanya,
Allah sedang merungkai yang terbaik dalam kehidupan kita.

Agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha. =)

Thursday, August 25, 2011

Spontaneous Thursday


Kalah dan Menang 
Adat Permainan
eh,yeke? betol la kan~~
 
Full Time scored 4 : 7


team aku yang dapat 7 tu. Oh, I mean, dibolosi 7 kali. huhu. T_T

Wednesday, August 24, 2011

#WW : Minta Mak Kuih Sepotong~~


P.S.__: Mak aku balas "50 sen~~".... =.=

Tuesday, August 23, 2011

Lampu & Angin

Cerita si Mamat tu lagi.
Kali ni, Mamat dalam perjalanan nak ke surau.
Dia menaiki motor.
Helmet dia pakai,
Tapi, lampu motor dia tak hidupkan pulak.
Maka, dia pun kena tahan dengan
Encik Polis Trafik.

Encik Polis Trafik : Haa, ini kenapa tak hidupkan lampu?

Mamat                 : Kenapa saya perlu hidupkan lampu? Lampu jalan ney kan banyak. Sini lampu, situ lampu sana lampu. Terang apa jalan raya ney.

Encik Polis Trafik : Ooo. Macam tu yer. [kemudian, Encik tu pancitkan tayar motor Mamat]

Mamat                 : Eh, encik apa ni. Macam mana saya nak bawak motor ni kalau tayar takda angin.

Encik Polis Trafik : Kenapa perlu angin? Kan banyak angin ney, sini angin, situ angin, sana angin.

Mamat                 : @#$%^&*!


P.S.___: takda idea nak buat entry apa.huhu. btw, sapa sepatutnya boleh saman ehh, Polis Trafik atau Polis biasa tu? hurmm O.o?

Monday, August 22, 2011

Gangguan Seksual

Ada seorang Mamat ney,
dia bergegas ke balai polis.
dengan bersungguh-sungguh dia
membuat laporan polis.

Mamat : En. Polis saya nak buat aduan!


En.Polis : Yer, encik nak buat aduan apa?


Mamat : Saya nak buat aduan tentang gangguan seksual.


En.Polis : Siapakah yang menjadi mangsanya encik?


Mamat : Saya!


En.Polis : Bagaimanakah?


Mamat : Minah memakai pakaian seksi ketika di bazar encik. Dan seksual saya sebagai seorang lelaki terganggu. Habis pahala puasa saya hari ini!


En.Polis : ......

P.S.__: ceramah kat surau tempoh hari. kelakar, tapi ada mesej. ^^ ooh, selamat malam. tak tido lagi ney dari semalam.haha! nyto~~

Sunday, August 21, 2011

Tidak HARAM memegang Anjing & Babi.

Assalammualaikum.

panas..panas..
gambar seorang artis memeluk anjing.
aku tak nak cerita pasal artis dan anjing tersebut.
tapi, nak cerita pasal hukum dia.
nak kongsi.
sebab, ada kekeliruan.


MEMEGANG anjing atau babi TIDAK HARAM.
yang HARAM adalah MEMAKAN nya.
Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini.Kedua-duanya adalah ciptaan daripada Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Adakah Allah menciptakan babi dan anjing ini untuk dipandang hina oleh umatnya?
menyentuh, memegang, memeluk, merawat
anjing atau babi dikelaskan dalam najis Mughollazoh.
Iaitu najis berat dalam feqah.
rasanya kita ada belajar kan benda ney masa sekolah?
dan najis Mughollazoh tidak haram,
kita cuma perlu mensucikan tempat yang terkena tu,
dengan...
6 air mutlak [air mata air, sungai, air telaga dan lain-lain air yang bersih]
dan 1 air + tanah. itu sahaja.
Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering.tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.
semua sudah jelas bukan?
takda salahnya memegang anjing atau babi.
cuma kita perlu samak jewla lepas tu.
perlu dingatkan.
dua-dua haiwan ini, adalah
ciptaan Allah.
termasuk dalam tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah
untuk menguruskannya.
mereka pun perlu makan dan minum jugakkan?
jangan la di pandang di hina.
Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?
Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM sepertimana Hadith Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari)
Mari sama-sama kita ubah mind-set kita selepas ini.
salam^^

Rujukan : Sumber Informasi Islam terkini, FS.blogspot

Bayi baru lahir ada gigi



NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.

Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.
Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.

Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.

"Sejurus selepas Summer dilahirkan, dia menangis dan saya menjerit 'dia memiliki dua gigi depan'," katanya.

"Dia berada dalam keadaan baik,'' tambah wanita tersebut. - Agensi

KOSMO!

Saturday, August 20, 2011

Satu Berita, Berjuta Interpretasi

Entry ni email berantai yang dicedok bulat-bulat dari Blog Amzar Syazani yang dia cedok bulat-bulat dari Blog The Kick Ass Show. [Nampak jugak la berantai kan?haha]

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.


Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

Just for Fun and Laugh =)

Friday, August 19, 2011

Lelaki & Perempuan

<----kiri    kanan--->                    

Mari kita teka.
Antara kiri dan kanan,
Yang mana lelaki dan yang mana perempuan?

Adakah jawapan kamu.
Sebelah kiri perempuan dan sebelah kanan lelaki?

Jawapannya,

kiri
[Trik Gambar]
Gambar antara lelaki dan perempuan yang hampir sama.
kemudian di potong kepada setengah then di cantumkan.
bagi gambar yang sebelah kiri.
bahagian kiri adalah perempuan.
bahagian kanan pula lelaki.

kanan
bagi gambar sebelah kanan pula.
bahagian kiri adalah lelaki
bahagian kanan pula perempuan.

Tapi, kenapa kita rasa dua gambar tu.
adalah dua jantina yang berbeza?hurm.

Nak tau kenapa?

Manusia menggunakan otak kanan untuk proses,
penglihatan sebelah kiri.
dan otak kiri untuk proses penglihatan sebelah kanan.

Dan otak kanan biasanya yang akan membezakan jantina.





Jadi separuh bahagian kiri itu adalah perempuan.
otak akan anggap itu adalah perempuan.
begitu jugak dengan sebaliknya.

kesimpulannya, jika kamu nak
orang lain anggap kamu feminine atau masculine

Yeahh!
selamat mencuba..hohoho

Thursday, August 18, 2011

Buat mu kawan

Assalammualaikum.

Entry ini khas aku buat untuk kawan
satu course kat U aku.

kejadian, masa first time.
freshie lagi masa tu.
dalam lab komputer.
ada la sorang kawan aku tu.
asyik bagitau birthday dia esok.
sebab, dia memang macam tu kecoh sikit.
dia bagitau dengan semua orang.
then, sampai turn aku.

"Izzar, Izzar. Besok birthday aku!" dengan nada excited

"Owhh, ko tengok muka aku" kata ku.

Dia pun dengan bersungguh-sungguh tengok muka aku "Ok, da tengok. Ada apa dengan muka kau?"

"Ada aku kesah?" kemudian aku gelak.

orang yang menyaksikan kejadian tersebut turut ketawa.
kejam tak aku? haha.

Minta maaf la wahai kawan.
tak sengaja.
cuma nak bergurau, takda niat nak menyakitkan hati.
peace.

Happy birthday untuk Siti Fatimah Abd Razak
tanggal 11.8 tempoh hari.
Sorry lambat wish. =)


Wednesday, August 17, 2011

Monday, August 15, 2011

Beza Nice Girl dan Good Girl.

Assalammualaikum.

entry pendek jew.
Beza Nice Girl dengan Good Girl.?
korang rasa ada beza tak? bagi perempuan la.
Lelaki pun boleh jugak rasanya.
Tapi, nak tumpukan pada perempuan la.

Mungkin nampak macam takda la beza sangat pun.
sama jew kan.
tapi, apa yang membezakan antara Nice girl dengan Good girl.
adalah seperti dialog di bawah.

[situasi: apabila Nice girl dan Good girl bercakap dengan Lelaki]
Nice Girl : Would you like coffee, tea or me?

Good Girl : Would you like coffee or tea?

haha.
itu jewla beza nya.
saja nak bagitau dengan korang.
kot-kot la tersalah cakap yang korang tu Nice girl instead of Good girl.

Sunday, August 14, 2011

Orentasi UTeM Lagi.

[Auto-Post]
Assalammualaikum.

Khas untuk mereka yang nak masuk U bulan 9 nanti.
terutama yang dapat UTeM la. U lain aku tak tau.
Berita baik, takda ragging. Dont worry.
Berita tak berapa nak baik, jadual masa sangat la pack.
masa minggu orentasi tersebut.

Macam takda masa nak rehat.
Malam biasanya balik pukul 12.
sebab, kena naik bas.
kalau nak balik awal, silakan la berebut.
Lelaki dan Perempuan sama jew.
tak reti nak berbaris.
kecewa la jugak aku tengok.
Ingat da masuk U mentaliti dah matang.
tapi, masih lagi sama macam budak-budak
sekolah rendah berebut nak beli makanan kat kantin sekolah.

UTeM, buat masa ney takda hostel kat dalam kampus.
Pelajar duduk kat luar kampus yang disediakan.
So, kena naik bas UTeM yang di sediakan. Dan kena on time.
Lambat, kena tinggal. Atau kena berdiri jew la dalam bas.
Atau tunggu next bas.
Bas terakhir pukul 9pagi.
Bas seterusnya pukul 1 atau 12.30.
Kalau ada kelas pukul 10 atau 11.
kena naik bas kul 9 jugak. kalau jadual tak ubah lagi la.

Masa orentasi memang tak best.
boring. hahaha.
sampai aku escape adalah beberapa hari.
(budak baik jangan tiru aksi ini ok?)
pandai-pandai la korang set bila nak escape.
dan ambil langkah berjaga-jaga.
biasanya fasilitator/felo akan datang cek rumah ke rumah.
nanti ada dibagi jadual untuk orentasi tersebut.
jangan escape masa "Aku Janji" dan hari bersama fakulti.
ini dua event penting dan seronok.sebab dapat jumpa
rakan sekelas korang dan usha la apa-apa yang patut.
hahahaha!

itu jewla tips dari aku.
babai.

Saturday, August 13, 2011

Kaki & Muka, Mana lagi wangi.

[Auto-Post]
Ada seorang pakcik ney.
Firts time naik kapal terbang.
Then, dia pegi la tandas.
Tiba-tiba,
ada seorang pramugari tegur dia.

Pramugari: Pakcik!! Tak boleh cuci kaki kat sinki tu. Nanti berbau la.

Pakcik: Sebelum tu pakcik nak tanya. Kamu cuci muka berapa kali sehari?

Pramugari: Erk, 2 kali sehari. Apa kena mengena dengan kaki?

Pakcik: Pakcik cuci kaki pakcik 5 kali sehari. Ini bermakna kaki pakcik lagi wangi dari muka cik.

Muka pramugari menjadi merah kerana malu dan berlalu pergi. =)

P.S.__: Apa pakcik tu buat sampai cuci kaki? hahaaha!

Friday, August 12, 2011

Orentasi UTeM

Assalammualaikum.

Hurm.
Masa mula-mula masuk UTeM.
Orentasi ataupun MHS(Minggu Haluan Siswa).

Semua Siswa dan Siswi.
Dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Dan ada seorang Fasilitator.
Sebagai ketua kumpulan tersebut.

Kumpulan aku tak banyak aktiviti.
Berbanding kumpulan lain.
Tapi, lagi banyak bersoal jawab.
Tentang kehidupan U.
Maklum la, first time masuk U.

Tapi, ada satu aktiviti tu.
Mula-mula kitorang kena sorokkan sebelah kasut.
Then, yang sebelah lagi tu.
Kitorang kena ambil satu.
Ambil bukan kasut kitorang.

Lepas tu, kena describe pemilik kasut.
Dan namakan siapa empunya kasut tu.
Aku teka betul.
Bangga.
Kesimpulan, kasut pun boleh jelaskan.
Ciri-ciri seseorang tu =).
Hahahahaha!

Wednesday, August 10, 2011

#WW : Happy Tree Friends


Tuesday, August 9, 2011

Renungan


Assalammualaikum.

  • Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita TANAH LIAT.
  • Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita KUBUR.
  • Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita KAIN KAFAN.
  • Jangan bangga dengan kereta & motor besar kerana kenderaan terakhir kita KERANDA.

Jangan la kita bangga dengan pangkat kerana pangkat kita semua tetap sama iaitu seorang hamba Allah.

Jangan bangga dengan kecantikan kerana semua itu takkan kekal. =)


Monday, August 8, 2011

Kata-kata Semangat^^


Ohaiyo gozaimasu~
Good morning~

"It is not important how we should redo and regret our past, what most  important is, how we change ourself in the present and making our future"

"It is never to late too start over again"

terima kasih sebab datang blog aku..

hontouni arigatogozaimasu~!
Thank you so much~!

Saturday, August 6, 2011

Segmen - Jom Blogwalking Bersama ZouL

  • Terhad kepada 50 peserta.
  • Tarikh tutup 31 Ogos 2011, 2359 hours.
  • Berminat? klik -----> SINI

"Ezerr, apa kamu buat?"

Kejadian ini berlaku, 3 tahun yang lalu.
Masa itu, aku berada di Tingkatan 5.
Jurusan Sains Perakaunan.

Masa kejadian, setelah selesai perhimpunan.
Seperti, biasa. Aku adalah orang paling akhir masuk kelas kerana bertugas sebagai seorang pengawas sekolah.

Aku lihat.
Cikgu Add Math telah berada di dalam kelas.
Madam Lai Mui Shin. Berbangsa Cina. Sangat tegas. Tapi, kadang-kadang boleh buat lawak jugak.
Kawan-kawan sekelas berdiri.
Ini tidak lain, tidak bukan.
Memeriksa samada kami buat kerja rumah yang beliau berikan atau tidak.

Sampai giliran aku.
Aku dengan yakin nya menunjukkan buku latihan Add Maths.

"Haa, ini kenapa satu muka surat belum siap lagi? Saya sudah suruh buat sampai sini bukan?" dengan slang Cina.

"Chait, aku terlupa plak" kata ku dalam hati.

"Haa, pergi berdiri di belakang dan siapkan" sambil menunjukkan ke arah belakang.

"Kecoh laa cikgu ni, 3 soalan jew kot. Takda belas kasihan langsung" sekadar melepaskan ketidakpuasan hati di dalam hati. Nak cakap betul-betul, makan duster pulak nanti.

15 minit aku da siapkan 3 soalan tu.
Tapi, tak dibenarkan duduk.
Aku kecewa. Hampa.

Tiba-tiba.

"Izzar!" suatu suara mengejutkan aku.

"Haa, kenapa Fola?" Fola, antara rakan seperjuangan berdiri di belakang.

"Kau sudah siap? Pinjam buku kau sekejap. Aku banyak lagi tak siap ney" katanya.

"Oh, sudah. Nah, cepat sikit tau!" kataku kepada Fola.

Sedang menunggu Fola mengembalikan buku latihan tersebut. Mengelamun aku sekejap.

Sedang aku mengalamun.
Satu suara mengejutkan aku lagi.
Kali ney bukan rakan seperjuangan.
Tapi, Madam Lai Mui Shin.

"Ezerr, apa kamu buat?!" suara tegas cikgu Add Math aku.

Mata semua tertumpu kearah aku.
Aku menjadi blur.
Aku ada buat salah kah?

"Err, apa dia?" kataku.

"Apa saya cakap tadi? Saya suruh kamu buat apa?" sambungnya lagi.

Rakan sekelas terutama sekali Ketua Kelas aku, Pang Ngiap Ting namanya
mengatakan kepada ku.
"Izzar, cakaplah. Cikgu cakap 'Ezerr, apa kamu buat'"
seluruh kelas menyuruh aku jawab sedemikian.

Aku ketika itu.
Seperti baru bangun dari tidur.
Agak blur. Aku memilih untuk berdiam sahaja.

Menggaru-garu kepalanya walaupun tidak gatal.
Kemudian bersuara.
"Kan saya suruh kamu siapkan mana yang tidak siap tadi? Mana buku kamu? Apa yang kamu buat?"

Aku dengan tenang, tapi hati dah bergelora menjawab.
"Ohh, sudah siap. Buku saya tuu" menunjuk ke arah Fola yang tengah tekun menyiapkan latihan Add Math nya.

Sejak hari tu,
peristiwa ini pasti akan jadi bahan gelak ketawa.
Dengan tidak semena-menanya.
'Ezer' jadi nickname aku.
Kadang-kadang kawan-kawan aku juga akan panggil sedemikian rupa.
Kelakar.
Bila diimbas kembali =).

Friday, August 5, 2011

Semalam & 2 hari Lepas.

2 hari lepas.

Aku bangun dari tidur.
"Damn, da pagi da. Aku miss sahur" kata ku dalam hati.
Lantas ku capai handphone yang ada di sisi.
Ku lihat jam sudah pukul 9 pagi.
"Huh, ada mesej"

                        "Hoit, pakcik? tido balik kah~ hahaha!"

"Owh, Atikah rupanya" aku bermonolog.
Aku biarkan sahaja dahulu mesejnya.

                 ***

"Celaka, aku tertidur pulak" bentak ku dalam hati.
Ku lihat jam sudah hampir masuk waktu Zohor.
Bergegas ke bilik mandi.

Selesai semuanya.
Aku capai handphone.
Balas mesej Atikah pagi tadi.

                         "Hoit, Peahh. Aku tak bangun sahur la. Bukan tido balik"
Mesej Sent.

Ingat tahun ney tak nak miss sahur. Tapi, miss jugak. 2hari da terlepas sahur, disebabkan aku tidur lewat. Hari ini, tak miss. Sebab, aku tak tidur lagi.

                 ***

Semalam.

Bzz, Bzz, Bzz. Handphone aku ada panggilan masuk.

"Owh, Maya rupanya" aku bermonolog.

Aku jawab panggilan nya.
"Hello, Izzar. Kau buat apa?"

"Owh, tengok Anime" kata ku.

"Tadi petang aku call, kau tengok Anime jugak. Takda benda lain ke kau nak buat?" Maya menyoal.

"Aku tak boleh nak online. Aku tengok Anime la" jawabku ringkas.

"Kau ney memang macam ney ke? Pendiam?" soalnya lagi.

"Boleh la" menjawab kepada soalannya.

"Kau ney pelik la, dalam telefon diam jew. Sepuluh patah aku cakap, sepatah jew kau jawab. Dalam Facebook bukan main merepek jew kau ehh" diiringi gelak tawa beliau.

Nak buat macam mana.
Aku memang macam tu.
Sorry la, bazir masa & kredit kau jew call aku.
Aku tak tau nak cakap apa. Nervous.
Mungkin, aku balik ke Izzar yang dulu =).

"Kalau bercakap itu umpama perak. Maka, Diam itu umpama emas"


P.S.___: Aku online guna WiFi jiran. Terima Kasih JIRAN =). Dialog tokok tambah.

Thursday, August 4, 2011

Sampai Hati.

"Kau apahal bro?" seseorang menyapa aku.

"Assalammualaikum, apahal apa?" balas ku.

"Erk, Walaikummussalam. Takdala, jarang online plak sekarang ney. Kalau dulu, bukan main online dari pagi sampai ke malam. Sekarang da macam biskut chipsmore" dia menjelaskan "I miss you bro" sambungnya.

"Eh, apa ney miss-miss ingat aku gay ke apa, aku masih berada dijalan yang benar. Broadband tak bayar la, kau harus faham" jawab ku.

"Sampai hati, aku kan kawan kau tak boleh ke nak miss-miss? Oo, tak bayar" dengan nada bergurau.

"Jangan kan hati, kaki & tangan ney pun sampai jugak. Kalau kau nak la" sambil menunjukkan kaki & tangan.

"Gurau kasar nampak? Eh, tapi kalau kau tak bayar broadband lagi. Apasal kau boleh online? Apa ke pelik" kehairanan terpacar di muka beliau, sambil menantikan perasaan ingin tahu.

"Hahaha, lekk luu. Gurau-gurau jew kot. Haa, itu aku tak boleh bagitau. Biarlah rahsia". Perbualan terhenti di situ.

-Cerita ini hasil rekaan kreatif penulis-

Wednesday, August 3, 2011

#WW : Celcom Broadband


Tuesday, August 2, 2011

Apa kelebihan kita?

Kejadian ini berlaku pada semester lepas. Iaitu semester 2, tahun 1. Ketika aku sedang asyik online, aku dikejutkan dengan satu pertanyaan.

"Apa kelebihan kita?" tanya sahabat aku.

aku tersentak seketika apabila, sahabat aku bertanyakan soalan tersebut.

"Maksud kau?" aku menanya untuk lebih penjelasan.

"Yela, kita ini takda kelebihan ke? Cuba kau tengok kawan-kawan satu course kita. Semua ada bidang mereka sendiri. Si R**** terer C++, H****** terer senibina komputer, W**** terer Matematik Sains Komputer..bla..bla.." sahabat aku mengelaskan semua course mate aku dengan bidang yang mereka terer tu dan aku setuju.

"Ouh, kau maksud kelebihan itu. Ingatkan kelebihan yang macam superhero itu" kata ku bergurau, "Ntah la, aku pun tak tau jugak. Kau tengok lah kita ney, main Dota pun asyik kalah jew".

Perbualan itu terhenti di situ sambil kami memikirkan apa kelebihan kami dan sampai sekarang persoalan itu tidak pernah terjawab atau temui kelebihan kami sampailah sekarang.

Monday, August 1, 2011

Bertudung vs Tak Bertudung.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa [Bahagian Tawau]

berikut adalah jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi bahagian tawau dan yang sama waktu dengannya..hohoh..

selamat mengerjakan ibadat puasa..buat la pahala banyak-banyak..jangan sia-sia kan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...