Friday, September 30, 2011

Proposal da siap!!

Assalammualaikum.

Alhamdulillah.
Proposal untuk bengkel 1 aku semester ney da siap.
Da hantar da pun.
So, harap-harap tak kena reject.
Kalau kena reject, masak la aku nak buat balik lagi.

Da la semalam aku buat aku tak tidur sampai pukul 2.30a.m.
Sebab, nak buat proposal je.adei.
tak buat system dia lagi. tak tidur barangkali.

saje nak bagi korang tengok. haha

Rasa macam nyesal lak amik tajuk begini.
Harap takda apa-apa masalah la nanti. huhuh.
ok, bai.

Thursday, September 29, 2011

Miss Ass-ignments

Assalammualaikum.

hoyeah.
da start busy dengan ass-ignment.
bukan gembira tapi, excited. haha.
tension buat ass-ignment tu tak da lagi.
jadi boleh la aku bergumbira. hoho.

1st ass-ignment.
kena buat proposal pasal bengkel 1.
bengkel 1 ney, mengkehendaki aku untuk buat
satu system database menggunakan Oracle C++.
aku dapat tajuk Agriculture. *ini ass-ignment individu*
so, nak buat system pasal penjualan anak pokok. *simple*
tapi, apa yang aku nak letak dalam system tu,
masih difikirkan. adei.

2nd ass-ignment.
Hubungan Etnik.
Proposal da diterima.
tajuk group aku ada kena mengena dengan adat perpatih.
so, aku akan pergi Negeri Sembilan minggu depan. hoyeahh!
Inysaallah kalau takda halangan.

3rd ass-ignment.
Audio & Video ney.
takda buat proposal, terus buat jew.
ada 4 tajuk di beri. kena pilih.
1. Public Service 2. Organization 3. Product 4. Trailer
Group aku pilih Product kot. tak pasti.
Tapi, video tu nanti nak kena intergrate dengan Animation. *arghhhh*
takda idea lagi.

Last but not least.
Insyaallah. kalau ada duit lebih.
aku akan menyemakkan diri mengikut rakan-rakan aku
ke Johor untuk buat ass-ignment mereka iaitu tarian zapin.
hoho.

rasa macam seronok pulak buat ass-ignment ney. hahaha!


Wednesday, September 28, 2011

Namewee Dan Nasi Lemak 2.0


Dah tengok video di atas?
Kalau dah bagus la.
kalau belom tengok la. hoho.

Secara keseluruhannya, dia marah.
Sebab, ada penulis Utusan Malaysia tu.
Komen negatif pasal filem dia dan penulis tu tak nak tengok filem dia.
Wajarkah begitu?
Semua orang tau.
Don't Judge Book by Its Cover.
Da baca, da tengok isi dalam dia.
Baru kita cakap.

Tapi, apa yang Namewee cuba sampaikan.
Ada betulnya jugak. Kita fikir-fikirkan la.

Everyone deserve a second chance.

Kejahatan orang kita ingat,
tapi, kita tak pernah nak ingat kebaikan yang orang tu pernah buat. :)


#WW : The Next Maru?






P.S.__: aku busy minggu ney dengan proposal Bengkel 1. =.= nanti balas jejak korang. huhu

Tuesday, September 27, 2011

Cat Itu Kucing.

Assalammualaikum.

Setelah entry yang SURPRISE! tu.
Adakan kucing beranak kat beg laptop aku.
Beliau da selamat aku pindahkan ke dalam kotak.
Dan di jadikan binatang peliharaan jiran sebelah.
Sebab, jiran sebelah nak sangat. bagi jewla.
Rupanya jiran sebelah tu ada beli Whiskers.

Patut la kucing-kucing berlegar-legar kat area rumah kitorang.
Beg laptop aku pun da selamat aku letak kan ke dalam tong sampah.
Dan baju aku, aku dermakan dengan keluarga kucing tersebut. huhu.







Monday, September 26, 2011

Tension.

UTeM bus management su*ks.
terutama bus pegi Murai Jaya.
aku tunggu dari pukul 4 p.m. 5.30p.m baru ada bus.
sekali dua kali boleh di maafkan.
tapi, masalah nya ne da masok minggu kedua macam @#$%^&*(

ok la bai.

Sunday, September 25, 2011

Surprise!!!

Assalammualaikum.

Warghh, penat nya la plak hari ini.
Semalam aku pegi KL bersama 3 orang kawan yang lain.
Lutfie, Afif dan Akim
Pergi open-house kawan aku, Atikah nama dia.
Kitorang tak bagitau, sebab nak buat SURPRISE! *konon-kononnya*
Selain dari tu, ambil printer Akim kat rumah abang dia.
Di Sri Kembangan.

Disebabkan nak buat SURPRISE! kitorang terpaksa
menunggu sorang kawan ney Qma, dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari.
Yeahh, memang SURPRISE!
Qma pun terkena SURPIRSE! gak sebab dia ingat yang Akim tu
datang sorang jew.

Lepas tu ada SUPRISE! lagi.
kitorang ingat open-house Atikah tengah hari.
Rupa-rupanya 5 petang.
Memang SURPRISE! la.

Kat KUD tu, ada auto-show gak. aku amik gambar ne jew.

Nasib la baik.
Kat Putrajaya tu ada expo KUD.
*Karnival Usahawan Desa*
Makan tengahari kat situ.
So, try makan Laksa Sarawak dan Nasi Tumpang.
Cik CTK saya da try Nasi Tumpang. Sedap gilerr. haha.

figura ben10 nak beli tapi cam membazir lak.
Jalan-jalan menghabiskan masa dekat OU. *One Utama*
Masa tu memang penat sangat dan lapar.
Sesuai untuk pergi open-house. hoho.

Penat tawaf OU
Pergi open-house Atikah.
Sate dan Popiah menjadi pilihan.
Sebab, sedap sangat.
Entah berapa round kitorang makan.
Sampai perut pun da kembang.

Sate.
SURPRISE! tak habis lagi.
Aku teringat housemate aku, Taufik.
*macam la korang kenalkan aku letak nama*
Birthday dia. So, timbul rancangan jahat. hehe.
Aku beli tepung dan McD Cheese Burger.
*nak beli kek, membazir plak*

Sampai rumah. Buat drama sikit.
Kemudian,
Singgah la tepung + telur ke badan dan kepala Taufik. haha.
Memang makian singgah kat aku la.
Orang elok-elok da mandi, aku bagi kotor plak.

Bila aku da buat SURPRISE!
Orang dekat rumah pulak buat SURPRISE! kat aku.



SUPRISEEE!!!!

Boleh pulak kucing tu beranak kat bilik aku. huhu.
Kat atas beg laptop aku pulak tu.

Aku da trauma dengan SURPRISE!! ne. =.=

Saturday, September 24, 2011

Single tu Sunyi?

Assalammualaikum.

Terdetik di hati untuk membuat entry ini.
Selepas buat entry yang semalam tu. *sila klik sini kalau nak baca*
Ada seorang blogger tu tanya soalan.
*aku rasa dia berpengalaman tu yang dia tau tu*


Ini lah soalan beliau.
Oklah, aku mengaku memang deep inside tu rasa sunyi.
You win Cha. haha. *tetiba*

Yela, kita dah biasakan.
Setiap hari ada orang nak kita mesej.
Ada orang tempat kita mengadu.

Tetiba bila orang tu takda.
Kita tak tau nak cakap dengan siapa pulak kan.
Handphone tu pun terus sunyi.
Bunyi pun mesej dari Celcom. *chess*
Celcom sayang aku lebih. haha.
Tau-tau jew aku sunyi.

Tapi, itu mula-mula jewla sunyi.
Lepas tu, dah biasa dah.
Dah takda masalah dah.

Bila dah single ney.
Baru la aku buka mata sikit.
Bukan sorang tu jew yang sayang dengan aku.


Well, I have three. *and still counting. hehe*
Who LOVE me not only at my best, but also at my worst.
*Sila jeles. Ini PAKSAAN*
Sorang lagi cukup la quota aku. haha

So, takda sebab aku nak rasa sunyi lagi.
Sebab, dorang ada untuk aku.
Kawan-kawan aku yang lain pun ada untuk aku jugak.
Begitu jugak sebaliknya.

Kita selalu cakap, I LOVE U dengan BF atau GF kita.
Tapi, tak penah lak kita nak cakap begitu dengan kawan-kawan kita.
Tak pernah lak nak romantik-romantik dengan kawan kita. haha.
Kalau Lelaki dengan Lelaki?
Well, takda masalah. Boleh jew kot. 
haha.
There are things that we don't want to happen but have to accept,
Things that we don't want to know but have to learn,
and people we can't live without but have to let go.
Kalau masih bersedih-sedih jugak.
Try makan sampai kenyang.
Kenapa?
Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati. haha.
*seriously, tapi jangan diamalkan sangat nanti gemuk*
contoh macam cik CTK gembira jew dia kan praktikal.
sebab, asyik makan.
haha.

Well, that's all.
I LOVE U ALL. Don't Worry =)

Nota Kaki :
Ini Adalah entry auto-publish.
Busy satu hari.
Broadband slow. Maaf kalau tak jejak blog korang balik. huhu =(
Pesal akhir-akhir ney aku buat entry macam ney. adei.

Friday, September 23, 2011

Jangan Gadoh-Gadoh la weyh. Aku sayang korang.

Assalammualaikum.

Take note.
Ini adalah repekan pagi-pagi.

Orang cakap, First Love tu susah nak dilupakan.
Kalau aku pulak yang cakap.
Love yang susah nak dilupakan adalah. . .
Orang yang korang sayang sangat-sangat.
Tapi, korang ditinggalkan.

Kadang-kadang cinta tu tak semestinya memiliki.
Tapi, tak semua orang faham kenapa.

Kadang-kadang bila cinta kita ditolak.
Kita tak dapat terima.
Kita paksa jugak orang tu terima.

Kadang-kadang kita boleh jatuh cinta dengan dua/tiga/empat orang
pada masa yang sama.

Cinta tu Universal.
Nak cinta yang kekal abadi.?
Cinta la Maha Pencipta. :)


Kesimpulannya,
Couple-couple ney buang masa.
Bazir duit, bazir perasaan, bazir air mata.
Buatkan kita sakit hati, cemburu dan bernafsu lebih.

Sebab, setiap manusia di muka bumi ney.
Sudah ditetapkan jodoh mereka.
See?
Membazirkan jew kan couple-couple ney.
Kalau nak jugak, bertunang jewla terus.

Best Things About Being Single:-
  • No Drama
  • No Fighting
  • No Crying
  • No Feelings
  • No Confusion
  • No Worries
  • NO PROBLEMS!

T.H.E E.N.D

Thursday, September 22, 2011

Semalam punya Cerita.

Assalammualaikum.

Semalam.
Hari Rabu.
Aku habis kelas awal sikit.
pukul 12.40 p.m macam tu la.
Memang masa tu fikir nak balik jew la kan.
Kat dalam kepala ney, da terbayang-bayang.
Katil, Laptop, Gitar.
Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari
sabar menanti ketibaan bas.

Kenapa?
Bus nak ke tempat kediaman aku takda.
Dua jam kitorang tunggu.
Tension aku.
Nasib la baik ada sorang kawan. *Dia ada kereta*
Lalu depan bus stop tu.
so, kitorang pun tumpang la.
Dia bawak kitorang pergi makan. *bayar sendiri*
Lepas, makan tu. Takda lagi perasaan marah dengan driver bus
ke tempat kediaman kitorang tu.
betul la orang cakap.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati
taklimat di dewan seminar. semua duduk atas lantai.

Malam ada taklimat untuk bengkel 1.
so, aku dapat supervisor yang agak garang.*huhuhuhu*
tajuk, Agriculture. Tajuk kecil, belum dapat lagi.
nak kena jumpa supervisor tu dulu.

Lepas dari taklimat, pergi makan dengan member-member pulak.
Nasi goreng dia tak sedap. haha.
tapi, murah la. Rm6.50 jew total makanan aku.

Nasi + Tom Yam + Telur bungkus. 2 gelas air limau.  Dasyat betul kawan aku ney makan

Balik rumah. Minum nescafe secawan.
Lepas tu, tidur. haha.
Nescafe takda effect dengan aku. harap maklum.
Sebab, da biasa minum sejak aku mula pra-sekolah.
Hebatkan?

Salam.

P.S___: Broadband da slow macam siput. =.=

Wednesday, September 21, 2011

#WW : Nescafe 3 in 1



#WW : Jason Mraz




Tuesday, September 20, 2011

My New Love

Pertama kali aku melihat 'kamu'
Aku dah jatuh hati.
Tapi, aku simpan jew dalam hati.
Kerana aku masih belum mampu untuk memiliki 'kamu'

Setelah, memendam perasaan untuk sekian lama.
Terdetik hati ini untuk meluahkan nya.
Arghhh.
Gusar sungguh perasaan di hati.

Akhirnya, hari ini.
Ku lihat 'kamu'
Aku nekad untuk memiliki 'kamu'.

Dan tiba la saat yang aku idamkan untuk bersama kamu.


Gitar pertama aku. hahah.
Baru nak belajar. 
Susah jugak rupanya. adei.
takpe, aku tak putus asa sebab sudah minat. hehe.
Jangan berhenti di separuh jalan orang cakap. hoho.

Monday, September 19, 2011

No Idea


You know my name, not my story.
You heard what I have done, not what I have been through.
So, don't judge me.

Sunday, September 18, 2011

Jodoh & Cinta

Assalammualaikum.
Pembuka bicara. *wasehh~*

Mesti ada orang tertanya gambar siapa lagi ney aku ambil.
Yang pasti ini bukan gambar aku la.
Ini gambar kawan aku.
Dua-dua kawan aku.
Tengah hot bercinta. hehe.

Dorang ney da start bercinta time form 4 sampai la sekarang ney.
Kira sendiri la yah dah berapa lama dorang bersama.

Masa aku form 4 dulu pun, terfikir gak nak bercinta sampai
ke jinjang pelamin. *giler gatal. dush, dush*
tapi, tak kesampaian. hoho.
takpela takda jodoh nak buat macam mana kan.
sebab, termotivasi dengan cikgu kat sekolah aku.
beliau dan suami dia bercinta dari form 4 jugak.

Lepas tu, cikgu tuisyen aku pulak.
bercinta dari form 1*mungkin, tak pasti*. dasat weyhh. haha.

So, kepada Dikz & Koko.
Semoga korang pun begitu jugak la. hehe.
Jangan gaduh-gaduh. Jauh tu cuma jarak. 
*wah, boleh jadi pakar motivasi*
Harap jodoh sentiasa bersama kamu berdua. =)

Cinta tidak selalu bersama Jodoh, tetapi Jodoh sentiasa bersama Cinta

P.S.__: erk, kalau korang tak suka bagitau. Nanti aku remove gambar korang tu ^^.

Saturday, September 17, 2011

Semalam

Assalammualaikum.

Semalam kalau dari segi pemahaman orang Sabah.
Semalam tu, bermaksud malam punya semalam jew. paham tak?
Kemarin baru la kitorang faham yang korang cuba maksudkan
benda yang berlaku semalam.*aku tau agak konfuse bukan?*
kalau 2 hari yang lalu lak, kitorang sebut kemarin dulu jew. haha.

kalau kat semenanjung, semalam bermaksud sehari yang lepas.
dan kemarin 2 hari yang lepas kan?
kalau salah betul kan.

so, aku guna dari segi pemahaman orang Semenanjung. haha.
nak cerita. semalam aku keluar pergi town.
tunggu bus 45minit. perjalanan ke Melaka Sentral 30 minit *nice*
masa sejam lebih tu di sia-siakan begitu sahaja.
jam 11:00 a.m baru sampai MS tu, gerak dari rumah pukul 9:45 a.m

tujuan, nak ambil spek mata. dan bagi barang dengan member aku.
sape member aku tu tak penting.
nak dijadikan cerita la.
kitorang pergi la beli McD, makan kat situ.
tapi, da takda meja kosong, maklum la lunch time.

so, kitorang mintak la plastik nak bungkus.
tak jadi makan kat situ. cashier tu, jeling kat aku.
nak jew aku cucuk mata beliau. baru dia tau.
mintak plastik jew kot, bukan mintak no telefon.
macam la susah sangat kan.

meh, aku sajikan korang dengan gambar. hehe

spek ^^

mouse ^__^

dutch lady + choki-choki ^_____^
nak? beli sendiri ehh. haha

P.S__: makanan kat Melaka ney pedas-pedas la =.=". berpeluh-peluh aku makan.

Friday, September 16, 2011

Kawan

kata mak,KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.
kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros , dipandang cantik dipegang sakit.
kata atuk, KAWAN tu seperti air, terus mengalir.
kata nenek, KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana .
kate sedare, KAWAN tu mcm makanan, ka wan makan ka wan !!
kata abang, KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata.
kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan.
kata adik, KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.



kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..

walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!



dia tetap KAWAN .
tau tak sebab apa?
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku. itu cara aku berkawan !



walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia.
walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga.

P.S__: bagi aku KAWAN tu macam iklan Loreal, kerana dirimu begitu berharga...hahahah...

Thursday, September 15, 2011

Spontaneous Thursday

 
Never pass a chance to say "I love you,"
to the people you care about
because we aren't promised tomorrow.

Wednesday, September 14, 2011

#WW : Jadual Semester 3


Tuesday, September 13, 2011

Taman Murai Jaya

Assalammualaikum.

Alhamdulillah.
Pukul 6 petang tadi aku da sampai Melaka.
Turun dari bas, kat Plaza Tol Ayer Keroh tu.
Lepas tu, adalah kawan aku fetch aku kat situ.

Tempat tinggal untuk Semester 3 ney,
kat Taman Murai Jaya. tau tak?
aku pun tak tau. First time sampai ke sini.
kelemahan tinggal kat sini.
aku tak tau macam mana nak ke bandar. hurmm.
macam susah jew. adei.

Apa-apa pun ini gambar bilik aku.
1 bilik 2 orang. ada 3 bilik semuanya.
so, 6 orang la satu rumah.


yang ini plak bahagian dapur depan pintu bilik aku jew.
insyaallah, akan tambah perkakas lain.
nak masak sendiri. jimat duit. haha.

yang ini, ruang tamu. memang kosong giler.
langsung takda perabot. adei.
kedekut la UTeM ney. letak la perabot sebijik dua ke.

ouh, sorry la kalau aku tak balas jejak korang yang kat
shoutbox tu.
da masuk U ney, macam susah pulak da nak blogwalking.
dan lawat-lawat blog korang. arghh.

Insyaallah akan di lawat jugak tapi tu la.
Lambat sikit.

ok la. bai.

P.S__: oh, ada orang tersalah sangka lak aku study kat UiTM Melaka. Yang tu, kawan aku jew. Aku study kat UTeM Melaka. beza tu ok? U aku U Teknikal PERTAMA DI MALAYSIA. *opss, ter-capslock & ter-higlight lak. haha*

Monday, September 12, 2011

Currently at LCCT

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Aku da selamat sampai di LCCT.
Buat masa ini, tengah melepak kat Medan Selera.
Bas ke Melaka, pukul 4 p.m baru ada. *nice*
Nasib baik la aku tidak bersendirian.
Di temani dengan seorang rakan, yang juga belajar di UiTM, Melaka.
Takda la aku nak mati kutu di sini. haha.

tadaa! aku amik gambar ini kat Airport Tawau.




Ini awan. haha.
ok la itu jewla. da nak pukul 4 p.m. hoho

On The Way

Assalammualaikum.

Ini adalah entry yang telah di auto-post kan. *cantikkan bahasa aku*
Sekarang ini, pada waktu ini.
Mungkin aku berada dalam kapal terbang.
Menuju ke LCCT.*aku naik AirAsia*
Penerbangan dari Tawau ke KL(LCCT) mengambil masa
2jam 55 minit. Aktiviti dalam kapal tu, mesti la aku tidor jew.
Dala kerusi dia agak tegak, nak rendahkan. Kesian
pulak kat orang belakang.*baikkan aku?*
Maklum la. Economy class jew.

Nanti, da sampai LCCT, kena naik bas pulak ke Melaka.
Perjalanan ke Melaka lak 2jam.
Insyaallah kerja aku tidur jew dalam bas. haha.
Semoga aku Selamat Sampai ke destinasi.
hoyeah!!

Oh, ya.
aku dapat doodle.
A note for Izzar:

Saying thank you....
That's only I can do....
to show how much I feel....
and how much I will....
remember your good will....
for an amazing tutorial for me.... =)

Sincerely:
Ninie <-- atas ney pon boleh


Korang nak jugak?
Pergi jew blog cik Ninie <--bole klik sini
rajin beliau buat doodle untuk orang.
hihi.
Apa-apa pun terima kasih cik Ninie. <-- sini pon boleh =)

P.S.__: Pray for my safety will you?

Sunday, September 11, 2011

Hari Terakhir di Rumah

Assalammualaikum.

Hari ini, hari terakhir aku di rumah. hoho. *kinda excited for tommorrow*
Cik Bulan cakap, orang yang rindu kolej*cacat*. haha
Sampai hati kau cakap macam tu,
bosan kot duduk rumah 4 bulan. hoho. *adakah aku tergolong dalam orang cacat?*

Aku percaya, kawan-kawan aku dah sampai kat Melaka.
Aku jew yang tak sampai-sampai lagi.
Harapan kan. Memang datang lewat. haha. *perasan jap*


So, untuk aktiviti terakhir aku kat rumah.
Semalam aku pergi lepak-lepak dengan member ahh.
Yela, ntah bila dapat berjumpa dengan mereka lagi.


Meh, tengok gambar jap.
Siapa tau apa benda ney?
Yeah, kunyit bukan la jawapan yang tepat. haha.
Ini kunyit + gula + garam + minyak. haa.
Aku buat apa dengan benda ney semalam?


Tergoda tak? haha.
Kitorang buat ayam panggang kecik-kecik jew.*4orang makan*
Harga ayam tu 1kg RM13.00. Dasat. Terkejut aku tengok harga dia.
Ayam tu kuning sangat sebab terbanyak kunyit lak.
Lepas tu, rasa dia agak manis sedikit. *terlebih letak gula. haha.*
Tapi, sedap. kenyang dan ohsemmm! haha.


So, esok akan memulakan perjalanan ke Melaka.
apa-apa pun aku mintak sikit jew kat korang.
Doakan aku selamat sampai ke destinasi ehh?


Ini khas untuk mereka yang tengah frust, sedih, kecewa
dan sama waktu dengannya.
meh baca entry kat blog Cha.<-- klik sini ehh.

Salam. =)

The Quiet Place



KLIK HERE to go to
the quiet place on the internet =)

***

Just try it.

Saturday, September 10, 2011

Tutorial Scheduled/Auto Post

Assalammualaikum.

ada orang request tutorial Scheduled/auto post kat aku.


simple jew sebenarnya pun.
Mula-mula pergi new post.

lepas tu,
tengok sebelah kanan.
nampak la benda yang ini. klik la pada Schedule tu.
kalau nak auto-post, klik la Set Date and Time.
ini bagi new interface.

kalau interface yang lama.

dia under post-options
klik, dia akan jadi macam gambar di atas.
then, paling kanan tu optin dia.
set la, tarikh dan masa dia yang korang nak
entry korang akan di publish.
seterusnya klik jew la button Publish tu

pastikan la status entry korang tu scheduled
dan bukan draft. okay?
itu sahaja cik Ninie mudahkan?
tak faham tanya jew nanti. =)

Tegurlah dengan baik

Assalammualaikum.

err, entry ini adalah auto-post.
aku pegi jalan-jalan maklum la
sehari jak lagi aku akan berangkat pergi. haha.

tadi tengah membalas jejak.
aku ternampak benda ney.

nampak tak? yang 'zzzz' tu.
dala menegur orang tak letak link.
lepas tu, tak berani nak letak nama sebenar.
tak boleh ke dia bagitau dengan cara yang elok?
budi bahasa kan budaya kita. adei.

aku amik dari shoutbox Dela.
itu jew. ok la bai.

Nak lepaskan stress?
meh aku suggest korang pergi blog ney.
takda la Iron mana pun blogger tu. 
tapi, atleast blog tu buat aku gelak. haha.

Akinabalu

Assalammualaikum

Akinabalu bermaksud Gunung Nenek Moyang.*rasanya, la aku terbaca jak tadi*

aku tengok cerita ney kat Astro Citra.
rasanya da lama da cerita ney tapi baru tengok.
apa yang best pasal cerita ney?

tadaaa!
Ada Aaron Aziz. haha.
tapi, aku takda la minat dengan Aaron Aziz.
cuma Aaron Aziz dalam cerita ney cakap Sabah.
It's awesome!!!! *Macam orang Sabah betul sebab tu la awesome*
tapi, last-last cerita tu Aaron Aziz sebagai Andili mati.

Sinopsis Cerita:
Suatu Ketika... Akinabalu menceritakan penderitaan yang ditanggung oleh enam askar berani mati dalam versi cereka berdasarkan kejadian sebenar itu.
Selepas peperangan Singapura pada tahun 1942, tawanan perang Australia dan British telah dihantar ke Utara Borneo untuk dikerahkan membina landasan terbang tentera dan kem tawanan perang di Sandakan.
Oleh kerana tidak diberikan makanan dan rawatan perubatan sewajarnya, bilangan tawanan semakin berkurangan dan mereka yang masih hidup terlalu lemah untuk meneruskan kerja pembinaan.
Kecewa dengan hasil kerja mereka, komanden kem, Kapten Hoshijima Susumu mengeluarkan perintah untuk menembak mati baki tawanan yang masih hidup. Walau bagaimanapun enam askar British telah berjaya melarikan diri dari Ranau.
sumber : bicarasara.blogspot.com 

Sejarah sebenarnya, Sandakan Death Marches.
Trek perjalanan dorang tu, da berjaya di jejak balik.
so, kalau korang berminat nak kembara ikut jalan tu.
boleh la pergi sini The Sandakan Track

Friday, September 9, 2011

2 hari lagi

Di dunia ini tiada wujudnya manusia itu bodoh kerana tuhan telah menciptakan manusia itu bijak dan dinaikkan darjat daripada semua makhluk yang ada di alam semesta yang fana ini. Cuma yang membezakan seseorang itu dengan orang yang lain adalah USAHA.


P.S.__: 2hari lagi aku akan balik ke Melaka. Hoyeah!

Thursday, September 8, 2011

Hantaran Ikut Status Pelajaran




Sumber Gambar : hatisamronkin.com

take note Seluruh Semenanjung Sahaja. haha.
Sabah/Sarawak tak.

kalau di Sabah ikut la jugak kenduri kahwin tu nak buat macam mana.
tapi, paling kurang pun 15k - 20k jugak aku rasa.
sebab, 10k memang tak cukuplah.

kalau-kalau kenduri kahwin tu,
nak buat kat dewan, makanan katering lagi.
sediakan la duit 30k. haha!

tapi, kalau ikut Islam.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )
“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )


P.S.__: 20k tu, kalau labur dalam bank. Masyuk woo~~


Spontaneous Thursday



"Agak-agak kalau buat spek,
berapa hari baru dia siap ehh?"


.


Wednesday, September 7, 2011

#WW : Suara Kau Sumbang Dik


(=^_^=)


(-.-")
 

P.S__: Jadi suara latar jew da la. adei. =.="





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...