Sunday, December 25, 2011

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

Assalammualaikum..

Hari ini nak cerita pasal peribahasa
'Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat'
Ramai yang tak berapa nak setuju dengan peribahasa ini bukan?


Tadaa..ini aku bagi contoh..untuk menunjukkan..
Adala yang tak bersetuju..hehe..
Tujuan aku buat begini bukanlah untuk memburukkan sesiapa..
tapi, cuma untuk memahamkan sesiapa yang tak faham..
Aku dulu pun tak setuju jugak dengan peribahasa tu..

Seperti yang kita tau, orang dulu-dulu ney..
Suka berkias-kias..contoh, macam cerita Puteri Gunung Ledang tu..
Sultan nak meminang dia, tapi dia bagi syarat yang agak luar biasa..

"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat"
bermaksud orang yang berpegang kuat dengan adat tertentu.
sebagai contoh, anak dia melanggar pantang larang adat dalam Adat Perpatih <--contoh la..
Anak dia melakukan perbuatan sumbang.
Mesti la kena hukumkan? Jadi dia terima je la seadanya.
Sebab, anak dia da melakukan kesalahan.
Itulah yang cuba disampaikan berdasarkan peribahasa di atas.

Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah
Kata adat banyak kiasan
Ditunjuk dia tetapi bukan
Bergulung pendek panjang direntang
Tak faham kalau tak direnungkan
Usang-usang diperbaharui
Lapuk-lapuk dikajangi
Yang elok dipakai
Yang buruk dibuang
Kalau singkat minta disambungkan
Kalau panjang minta dikerat
Kalau koyak minta ditampal
Kalau bocor minta dibetulkan

"Sesungguhnya peraturan adat seperti yang dipaparkan di atas telah tersimpul dalam bentuk teromba yang pendek, namun ia boleh dihuraikan secara panjang lebar. Seseorang mungkin tidak faham tanpa merujuk kepada orang yang arif atau memikirkan dengan mendalam. Selanjutnya adat atau peraturan ini boleh dipinda atau dibuang. Sebaliknya adat yang baik perlulah digunakan dalam kehidupan. Sekiranya terdapat kekurangan maka adat itu bolehlah ditambah, diperbaiki atau diperkemas supaya kehidupan masyarakat adat lebih terjamin dan sejahtera. Sebenarnya peraturan atau adat dapat menjamin kebahagiaan manusia dalam kehidupan."

Diingatkan bahawa, peribahasa Melayu tu bersifat tersirat
dan bukannya tersurat. Peace V

Salam.

Sunday, December 4, 2011

What's happening right now?

Assalammualaikum.

Lama menyepikan diri dari dunia blog ney. haha.
Sebab, ada lagi kerja-kerja yang perlu diselesaikan
sebagai seorang pelajar.

Assignment-assignment yang tak lekang dek panas
oleh lecturer perlu disiapkan secepat mungkin.
Tak lama lagi nak final exam. haha.

Setakat ney alhamdulillah. Insyaallah berjaya jugak la
menyiapkan assignment yang diberikan.hoho.

Maaf la yer, aku letak banyak gambar kali ini. hoho

Yang ini la assignment Bengkel 1. Membangunkan sistem menggunakan C++ dan Oracle tak lupa juga SQL.

Salah satu fungsi dalam system aku. Customer viewer system. ahaks!

Yang ini serba sedikit coding C++.
a
Menjadi goalkeeper futsal Sukan Antara Fakulti (SAF)
Dapat no. 3 jew. Menjadi sejarah dalam Fakulti aku. First time dapat tempat. haha.

Membuat silap dalam Jurus 1 Malaysia masa Kem Gempur hari tu.

Menyanyikan lagu Negaraku~

Dapat bersalam dengan Dekan Fakulti. hoho

Berakhirnya Kem Gempur.

Itu je la yang nak dikongsikan. haha.
Maaf la kalau lambat loading tu ehh..hoho..

Salam :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...